Halangan Yang Dihadapi Sepanjang Kajian

10.4 Halangan Yang Dihadapi Sepanjang Kajian

Terdapat beberapa halangan yang perlu dihadapi oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini. Antaranya kajian terpaksa ditangguhkan selama seminggu kerana pembantu penyelidik yang dilantik terlibat program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian pendidikan khas. Selain itu, peserta dan pembantu penyelidik juga terlibat dengan aktiviti living skill yang diadakan sebulan sekali. Namun, masa penglibatan peserta dan pembantu penyelidik terhadap aktiviti tersebut adalah tidak sama. Hal ini menyebabkan pengkaji menunda kajian kepada tarikh yang lain. Kesannya tempoh masa kajian menjadi panjang daripada tempoh perancangan sebelumnya. Walaupun begitu, sesi pelaksanaan kajian tetap tidak berubah iaitu sebanyak 16 sesi.

Selain itu, pengkaji turut berdepan dengan masalah emosi para peserta. Masalah emosi yang dialami peserta kedua adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dialami. Peserta di dapati baru sembuh dari demam semasa sesi 16. Kesannya, Adam didapati enggan membaca buku cerita sosial yang diberikan kepadanya. Walaupun telah dipujuk oleh pembantu penyelidik, namun peserta masih enggan membacanya. Kemudian, apabila pembantu penyelidik menunjukkan makanan kesukaannya sebagai ganjaran sekiranya membaca buku cerita sosial, peserta menunjukkan persetujuan untuk membaca cerita sosial.

Keinginan rakan peserta pertama untuk membaca buku cerita sosial sewaktu kajian ini berlangsung turut menjadi halangan kepada kelancaran kajian. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid ini dilihat sering mendekatkan diri kepada pembantu penyelidik dan mulai bertanya berbagai-bagai-bagai soalan. Akibatnya fokus pembantu penyelidik mulai terganggu. Bagi tujuan ini, seorang pembantu pengurusan murid dipanggil untuk membantu pembantu penyelidik dengan menjawab persoalan murid berkenaan. Namun, tindakan murid mendekatkan diri dengan pembantu penyelidik hanya berlaku selama 4 sesi sahaja iaitu pada sesi 4 sehingga sesi 7. Selepas sesi 7, murid dilihat bertingkah laku seperti biasa iaitu murid duduk di meja sendiri dan melakukan kerja yang diberikan oleh guru kepadanya.

Keadaan persekitaran juga merupakan halangan yang perlu ditempuhi sepanjang kajian ini. Keadaan kelas yang sempit dan hanya dibatasi dengan penghadang di tengah menyebabkan aktiviti yang dijalankan terbatas. Biasanya pembantu penyelidik akan melaksanakan aktiviti di luar kelas selepas peserta membaca buku cerita sosial. Tujuan pembantu penyelidik bertindak sedemikian adalah untuk memastikan peserta dan rakan –rakan yang lain memperoleh ruang yang sesuai di samping memudahkan pergerakan peserta semasa aktiviti. Hal ini sering terjadi kepada peserta pertama dan kedua. Namun, ada kalanya pembantu penyelidik melakukan Keadaan persekitaran juga merupakan halangan yang perlu ditempuhi sepanjang kajian ini. Keadaan kelas yang sempit dan hanya dibatasi dengan penghadang di tengah menyebabkan aktiviti yang dijalankan terbatas. Biasanya pembantu penyelidik akan melaksanakan aktiviti di luar kelas selepas peserta membaca buku cerita sosial. Tujuan pembantu penyelidik bertindak sedemikian adalah untuk memastikan peserta dan rakan –rakan yang lain memperoleh ruang yang sesuai di samping memudahkan pergerakan peserta semasa aktiviti. Hal ini sering terjadi kepada peserta pertama dan kedua. Namun, ada kalanya pembantu penyelidik melakukan

Selain itu, tempoh masa kajian yang singkat juga menyebabkan pengkaji tidak mempunyai masa yang panjang untuk menjalankan kajian (Aboulafia 2012). Hal ini kerana terdapat pelbagai cuti dan majlis sambutan yang dilakukan di sekolah sepanjang bulan Mei. Antaranya cuti hari Pekerja, cuti Hari Wesak dan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tambahan, cuti persekolahan selama dua minggu pada hujung bulan ini turut memberi tekanan kepada pengkaji dalam menyelesaikan kajian ini. Walaupun begitu, pengkaji masih mampu menyelesaikan kajian seperti mana yang telah dirancang. Semua halangan di atas menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu apakah halangan yang dihadapi sepanjang pelaksanaan pendekatan cerita sosial terhadap kanak-kanak autistik?