Cerita Sosial

8.1 Cerita Sosial

Cerita sosial adalah sebuah cerita pendek, mudah dan ditulis mengikut perspektif seorang kanak-kanak agar dapat bertingkah laku sosial yang sesuai (Benish & Bramlett 2011). Selain itu, kaedah cerita sosial ini turut direka untuk mengajar kanak- kanak autistik tentang kemahiran-kemahiran tertentu, peristiwa, konsep atau tingkah laku sosial. Menurut Ozdemir (2008), antara fungsi pelaksanaan intervensi cerita sosial ini adalah untuk menerangkan atau mengubah sesuatu rutin, menerangkan situasi Cerita sosial adalah sebuah cerita pendek, mudah dan ditulis mengikut perspektif seorang kanak-kanak agar dapat bertingkah laku sosial yang sesuai (Benish & Bramlett 2011). Selain itu, kaedah cerita sosial ini turut direka untuk mengajar kanak- kanak autistik tentang kemahiran-kemahiran tertentu, peristiwa, konsep atau tingkah laku sosial. Menurut Ozdemir (2008), antara fungsi pelaksanaan intervensi cerita sosial ini adalah untuk menerangkan atau mengubah sesuatu rutin, menerangkan situasi

Terdapat enam langkah yang boleh diikuti oleh guru pendidikan khas dalam membina sebuah cerita sosial (Crozier & Sileo 2005). Antaranya, mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak autistik memerlukan modifikasi. Bagi mengenal pasti tingkah laku yang ingin dimodifikasi, pemerhatian dan perbincangan perlu dilakukan. Hasil pemerhatian dan perbincangan ini dapat menguatkan lagi keyakinan guru terhadap keputusan yang bakal dibuat. Menurut Zirpoli (2005) tingkah laku yang berisiko, menjengkelkan dan mengasingkan diri amat sesuai diberikan modifikasi.

Langkah kedua adalah mengendali penilaian berfungsi. Melalui penilaian ini, guru dapat memperoleh gambaran tentang tingkah laku kanak-kanak di samping membangunkan hipotesis tentang punca mereka bertingkah laku sedemikian. Instrumen yang boleh digunakan semasa proses ini adalah pemerhatian, temu bual dan penilaian kendiri. Selain itu, kekerapan tingkah laku yang memerlukan modifikasi juga perlu diketahui sebelum intervensi cerita sosial dilaksanakan. Hal ini penting bagi memastikan pelaksanaan intervensi cerita sosial yang bakal dilaksanakan adalah berkesan bagi memastikan kemahiran sosial kanak-kanak autistik dapat ditingkatkan.

Melaksanakan rancangan menggunakan cerita sosial merupakan langkah ketiga yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Setelah hipotesis dibuat dan proses baseline dijalankan, guru-guru perlu memilih kaedah yang sesuai dilaksanakan bagi tujuan ini. Bagi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak autistik, kaedah cerita sosial boleh dilaksanakan. Perbincangan dengan guru-guru yang lain amat perlu semasa proses pembinaan cerita sosial ini. Hal ini penting agar cerita sosial yang direka menepati Melaksanakan rancangan menggunakan cerita sosial merupakan langkah ketiga yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Setelah hipotesis dibuat dan proses baseline dijalankan, guru-guru perlu memilih kaedah yang sesuai dilaksanakan bagi tujuan ini. Bagi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak autistik, kaedah cerita sosial boleh dilaksanakan. Perbincangan dengan guru-guru yang lain amat perlu semasa proses pembinaan cerita sosial ini. Hal ini penting agar cerita sosial yang direka menepati

Langkah keempat pula adalah menulis cerita sosial. Cerita sosial yang dibina perlu mengikut tahap kefahaman dan pembacaan murid. Bahasa penulisan yang terlalu tinggi menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran untuk memahaminya. Sesebuah cerita sosial seharusnya mengandungi satu konsep sahaja dalam satu muka surat dan bilangan ayat adalah sejumlah satu sehingga empat ayat. Guru juga perlu berhati-hati semasa mengarang ayat agar maklumat yang disampaikan adalah tepat. Penggunaan ilustrasi yang menarik dapat menjadikan intervensi cerita sosial lebih menarik untuk digunakan. Sehubungan itu, Gray (2004) telah menggariskan enam jenis ayat yang boleh dijadikan panduan semasa membina sesebuah cerita sosial (Okada et al. 2010). Berikut adalah jenis-jenis ayat dan fungsinya yang tertentu :-

i. Ayat deskriptif ( descriptive ) berperanan menyediakan maklumat tentang apa yang berlaku bagi sesuatu situasi.

ii. Ayat langsung ( directive ) berfungsi untuk memberikan arahan secara spesifik kepada kanak-kanak cara-cara bertingkah laku sesuai dengan situasi .

iii. Ayat perspektif ( perspective ) pula menyediakan maklumat tentang fikiran dan perasaan orang lain.

iv. Ayar kawalan ( control ) berperanan untuk membantu kanak-kanak memperoleh maklumat yang penting dalam situasi yang disasarkan.

v. Ayat afirmatif ( affirmative ) berfungsi untuk memberi penekanan terhadap nilai bagi sesuatu fakta (Contoh, berkongsi mainan dengan rakan adalah contoh perbuatan yang baik).

vi. Ayat koperatif ( cooperative) pula menerangkan tentang individu-individu yang akan membantu mereka dan bagaimana mencapai kejayaan dalam situasi tersebut.

Langkah kelima pula adalah pelaksanaan intervensi cerita sosial terhadap kanak-kanak autistik. Pada peringkat ini, guru-guru mula memperkenalkan cerita sosial kepada kanak-kanak tersebut. Guru perlu membaca cerita sosial buat pertama kalinya kepada kanak-kanak autistik. Kemudian, guru boleh menyoal kanak-kanak berkenaan bagi tujuan menguji sejauh mana kefahamannya tentang cerita sosial yang telah dibacakan. Selepas memastikan tahap kefahaman mereka, bagi kanak-kanak yang boleh membaca, guru hanya perlu memantau pembacaan mereka sahaja. Bagi kanak-kanak yang tidak tahu membaca pula, cerita tersebut boleh dibacakan secara berulang kali kepada mereka. Antara kelebihan penggunaan intervensi ini adalah tiada had masa penggunaan dikenakan dan boleh digunakan selama mana yang dikehendaki sehingga kefahaman tentang sesuatu perkara diperoleh.

Mengumpul data merupakan langkah terakhir bagi proses pelaksanaan cerita sosial. Guru perlu mengulangi langkah kedua bagi tujuan pengumpulan data. Maklumat ini penting bagi membantu guru-guru mengukur sejauh mana keberkesanan intervensi cerita sosial yang telah digunakan. Sekiranya didapati kurang berkesan, langkah pengubahsuaian dapat dilakukan. Hal ini penting bagi memastikan tingkah laku yang disasarkan berjaya diubah dan seterusnya meningkatkan kemahiran sosial mereka.