Metodologi kajian

4.0 Metodologi kajian

Bahagian ini akan membincangkan aspek persampelan, rekabentuk kajian, instrumensi dan prosedur kajian yang digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan guru –guru tingkatan satu sekolah menengah melaksanakan PBS.

4.1 Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada 80 orang guru-guru tingkatan satu yang mengajar di 11 buah sekolah menengah di daerah Marang. Seramai 66 orang guru dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Bagi penentuan bilangan sampel, pengkaji menggunakan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Oleh itu, analisis data dibuat berdasarkan kepada 66 set soal-selidik yang telah dikumpul. Ini adalah kerana Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan bahawa saiz sampel yang lebih besar daripada 30 dan kurang daripada 500 adalah sesuai untuk menjalankan penyelidikan.Hal ini selaras dengan kajian Tuckman (1978) yang mendapati saiz sampel perlu dimaksimakan supaya ralat persampelan dapat diminimakan.

Bagi mengenalpasti faktor-faktor tambahan tahap kesediaan guru melaksanakan PBS, lima orang responden yang terdiri daripada guru-guru tingkatan satu sekolah menengah di daerah Marang dipilih untuk ditemubual secara mendalam. Hal ini selaras dengan pendapat Marican (2006) yang menyatakan bahawa kajian berbentuk kualitatif memadai memilih saiz sampel yang kecil iaitu 5 hingga 25 sahaja. Tambahan pula faktor kekangan masa dalam memproses data turut mempengaruhi pemilihan saiz sampel.

4.2 Rekabentuk kajian

Bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kajian dijalankan dalam dua bentuk iaitu kajian kuantitatif menerusi soal selidik dan kualitatif menerusi tembual secara mendalam secara semi berstruktur. Menurut Sulaiman Masri (2003), rekabentuk kajian perlu bersesuaian dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, rekabentuk kuantitatif menerusi soal selidik dipilih kerana bersesuaian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Kaedah temubual pula digunakan untuk mengenalpasti faktor lain yang mempengaruhi kesediaan guru-guru yang tidak dinyatakan dalam soal selidik. Hal ini selaras dengan pendapat Rohana Yusof (2004), yang menyatakan kaedah temubual sesuai digunakan untuk mencungkil unsur yang tersirat dan mengesan maklumat secara lebih mendalam.

4.3 Instrumensi Kajian

Kajian dijalankan menggunakan pendekatan soal selidik dan kaedah temubual secara mendalam semi berstruktur. Soal selidik yang digunakan merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada Sanitah dan Norsiwati (2012). Kebolehpercayaan instrumen sangat penting sebelum kajian dijalankan. Sehubungan itu, soal selidik yang diadaptasi daripada Sanitah dan Norsiwati (2012) yang mempunyai tahap kepercayaan

0.80 telah dipilih sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data kuantitatif. Hal ini selaras dengan pandangan Salleh dan Zaidatun (2001) yang menyatakan bahawa kebolehpercayaan atau reabiliti merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur permasalahan kajian secara konsisten setiap kali digunakan pada masa, tempat dan sampel berlainan. Kajian rintis juga telah dijalankan ke atas 30 orang guru di dua buah sekolah di Marang, Terengganu. Kebolehpercayaannya adalah tinggi pada nilai ‗Cronbach‟s Alpha‘ bagi kesediaan 0.80 telah dipilih sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data kuantitatif. Hal ini selaras dengan pandangan Salleh dan Zaidatun (2001) yang menyatakan bahawa kebolehpercayaan atau reabiliti merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur permasalahan kajian secara konsisten setiap kali digunakan pada masa, tempat dan sampel berlainan. Kajian rintis juga telah dijalankan ke atas 30 orang guru di dua buah sekolah di Marang, Terengganu. Kebolehpercayaannya adalah tinggi pada nilai ‗Cronbach‟s Alpha‘ bagi kesediaan

Soal selidik yang digunakan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi maklumat demografi responden dari tahap pendidikan, jenis sekolah serta tahun pengalaman mengajar. Bahagian B pula terdiri daripada item dimensi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS berdasarkan pecahan komponen berikut :

Jadual 1 : Pecahan item berdasarkan komponen kajian

Komponen Item

Jumlah soalan Tahap minat guru

Nombor soalan

Soalan 1 hingga 12

Tahap kesediaan sikap Soalan 13 hingga 24

guru Tahap

kesediaan Soalan 25 hingga 41

penguasaan kemahiran dan pengetahuan

Menurut Azizi et. al (2007) Skala Likert boleh digunakan sebagai kaedah untuk menyelidik sikap dan pendapat secara lebih mudah menggunakan kenyataan melalui penilaian bermula dari tidak setuju kepada sangat setuju. Oleh itu, Skala Likert yang digunakan menggunakan lima tahap iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Bagi mengenalpasti faktor lain yang mempengaruhi tahap kesediaan guru, 5 orang responden telah dipilih untuk ditemubual dan diajukan soalan-soalan berikut:

4.3.1 Soalan pengenalan : soalan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang responden.

Soalan 1 : Terangkan tentang diri anda dari aspek umur, bilangan tahun bekerja, dan mata pelajaran yang diajar.

4.3.2 Soalan Transisi : soalan ini bertujuan bagi mendapat maklumat tentang tahap pengetahuan responden tentang PBS. Soalan 2 : Sejauhmanakah anda faham tentang kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Soalan 3: Sejauhmanakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS? Soalan 4: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam

melaksanakan PBS di sekolah menengah ?

4.3.3 Soalan Kunci : soalan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terus daripada responden iaitu berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaannya melaksanakan PBS. Soalan 5: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan anda dalam

melaksanakan PBS? Soalan 6 : Sejauhmanakah tahap kesediaan anda dalam melaksanakan PBS?

4.3.4 Soalan Penutup : soalan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada responden Soalan 7: Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap

kesediaan guru dalam melaksanakan PBS?

Kajian rintis menerusi temubual juga telah dilakukan ke atas seorang guru di daerah Marang. Hasil daripada kajian rintis tersebut, beberapa perubahan telah dibuat dan soal selidik separa struktur disediakan hasil kajian rintis tersebut.

4.4 Prosedur Kajian

4.4.1 Soal selidik

Bagi pengumpulan data kuantitatif, soal selidik diedarkan ke sekolah-sekolah yang dikaji. Surat kebenaran menjalankan kajian yang dikeluarkan oleh pihak universiti telah diedarkan ke sekolah-sekolah kajian berserta instrumen soal selidik. Penggunaan emel dan `Facebook` turut digunakan untuk mengedarkan instrumen sekolah-sekolah yang agak jauh dari lokasi penyelidik. Instrumen ini diedarkan kepada guru-guru tingkatan satu mengikut jumlah sampel yang ditentukan berdasarkan jadual penentuan sampel saiz bagi tujuan kajian daripada Krejcie dan Morgan (1970) . Data yang dikumpul kemudian dianalisis menggunakan SPSS versi 17.

4.4.2 Temubual