Dapatan Data Temu bual

ii. Dapatan Data Temu bual

Penyelidik juga telah menjalankan temubual terhadap tiga orang pakar dalam bidang perguruan dan pemilihan kerjaya ini iaitu orang yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perguruan ini bagi mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya perguruan ini. Pakar-pakar ini adalah terdiri daripada pensyarah -pensyarah yang begitu berpengalaman dalam bidang perguruan ini. Faktor-faktor yang diperolehi dari hasil temubual adalah lebih kurang sama dengan hasil analisis data dokumen melalui pembacaan hasil kajian lepas. Ulasan dibawah menunjukkan hasil respon yang di berikan oleh pakar-pakar berkenaan dengan faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan.

Terdapat banyak fa ktor yang menjadi pendorong atau penyebab dalam pemilihan kerjaya ini, tidak kiralah kerjaya perguruan mahupun kerjaya bukan bidang perguruan. Selalunya mereka yang memilih sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada minat, kepuasan dalam diri bila dapat melakukan apa yang diminati, dorongan dari pelbagai pihak tidak kira dari ibubapa atau keluarga, kawan-kawan Terdapat banyak fa ktor yang menjadi pendorong atau penyebab dalam pemilihan kerjaya ini, tidak kiralah kerjaya perguruan mahupun kerjaya bukan bidang perguruan. Selalunya mereka yang memilih sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada minat, kepuasan dalam diri bila dapat melakukan apa yang diminati, dorongan dari pelbagai pihak tidak kira dari ibubapa atau keluarga, kawan-kawan

(R1T1)

Dalam situasi sekarang ramai yang ingin jadikan kerjaya cikgu ini sebagai kerjaya pilihan mereka. Sebab mengapa mereka memilih kerjaya ini adalah kerana mereka benar-benar meminati kerjaya ini terutama suka akan kanak-kanak dan mendapat dorongan yang kuat dari luar. Antara dorongan yang selalu menjadi penyebab adalah kerana desakan yang kuat dari ahli keluarga terutama ibuba pa dalam kerjaya guru ini. Selain itu, kelebihan juga menjadi faktor pendorong juga dalam pemilihan kerjaya. Mereka yang pilih kerjaya cikgu ini juga mungkin disebabkan oleh mereka ini ingin memberi sumbangan dengan apa yang mereka tahu kepada murid. (R2T1)

Peribadi seseorang yang ingin menjadi guru selalunya bersifat penyayang dan hanya fikir kepentingan orang lain melebihi diri mereka sendiri. Orang yang nak jadi pendidik ini selalunya suka akan kanak-kanak dan gemar bersosial dengan orang ramai. Ada juga yang memilih kerjaya ini adalah kerana mereka ingin sentiasa berdamping dengan orang ramai terutama orang cerdik pandai. Mereka ini selalu menganggap kerja cikgu cukup mulia kerana dapat menyampaikan ilmu kepada orang lain dan ilmu yang disampai akan diguna sehingga bila-bila. Ada juga yang pilih sesuatu pekerjaan itu kerana menjadikan seseorang yang dikagumi sebagai idola dan ingin menjadi seperti orang itu. (R3T1)

Melalui data temubual, penyelidik telah membuat rumusan seperti yang disenaraikan dalam jadual 6.2 iaitu jadual perbandingan faktor-faktor pemilihan kerjaya melalui temubual. Perbentukan jadual matrik kekerapan konstruk ini adalah berpandukan jurnal dan kajian yang telah ditulis oleh Hasan (2012).

Jadual 6.2: Perbandingan faktor-faktor pemilihan kerjaya melalui temubual

Konstruk Nisbah Bi Pembimbing

Kekerapa l Berkesan

2 Ibu-Bapa/ Keluarga

X X 2/3

5 Kanak-Kanak/Pelajar X

Berdasarkan kedua-kedua hasil dapatan ini, penyelidik telah membuat ringkasan iaitu dengan merumuskan kesemua faktor-faktor ini kepada tiga konstruk utama iaitu Faktor Instrinsik, Faktor Ekstrinsik dan Faktor Altruistik di mana faktor Instrinsik telah menerangkan tentang faktor minat, faktor Ekstrinsik pula, menerangkan mengenai dorongan dari luar iaitu seperti ibubapa, keluarga, kawan-kawan, masyarakat serta faktor ganjaran dan kelebihan. Manakala Faktor Altruistik pula menerangkan mengenai faktor kebajikan orang lain terutama terhadap pelajar dan masyarakat serta institusi ini sendiri. Kesemua konstruk ini adalah bermaksud faktor dalaman, faktor luaran dan juga faktor yang merupakan seseorang itu lebih mengutamakan kebajikan orang lain dari kebajikan diri sendiri.