Peserta 1 : Mizan

10.1 Peserta 1 : Mizan

Mizan merupakan seorang kanak-kanak lelaki autistik yang berumur 7 tahun. Sepanjang kajian dijalankan, data direkod pada setiap kali sesi pelaksanaan. Kajian ini dijalankan pada setiap hari selama 16 sesi. Kemahiran yang dikaji adalah kemahiran membina persahabatan yang mengambil tempat di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi dan empat komponen tingkah laku peserta yang diperhatikan boleh didapati dalam Borang Senarai Semak Pemerhati : Mizan. Berbanding dengan peserta yang lain, Mizan dilihat seronok membaca cerita sosial yang direka untuknya. Mizan didapati sering meminta buku ceritanya setiap kali pembantu penyelidik masuk ke kelas. Tambahan pula, peserta ini mempunyai keupayaan untuk membaca sendiri cerita sosial yang dibina. Hasil pembacaan cerita sosial ini, kemahiran membaca peserta ini semakin lancar berbanding keadaan peserta ketika mula diperkenalkan dengan cerita sosial ini. Tahap ketidakupayaan intelektual Mizan pula adalah pada tahap ringan.

Rajah 10.1.1 menunjukkan hasil dapatan yang diperoleh daripada Mizan melalui tingkah laku mengambil giliran.

Baseline 1 Intervensi 1

Baseline 2 Intervensi 2

Rajah 10.1.1 Hasil dapatan kajian : Mizan

Fasa baseline 1 melibatkan tiga sesi iaitu sesi 1 sehingga sesi 3. Pada fasa ini, tingkahlaku mengambil giliran peserta mula diperhatikan. Tiada sebarang intervensi cerita sosial diberikan pada sesi ini. Pada sesi 1, hanya dua daripada empat tingkahlaku yang disasarkan berlaku. Peserta didapati menunjukkan sikap ketidakpuasan hati dan gagal mematuhi arahan pembantu penyelidik semasa melakukan aktiviti bermain komputer. Namun, pada sesi ke-2 dan ke -3, tingkahlaku yang disasarkan berlaku mulai meningkat kepada bilangan 3 dan 4.

Semasa fasa intervensi 1 pula, intervensi cerita sosial mula diperkenalkan kepada peserta kajian. Tempoh pembacaan cerita sosial ini adalah selama 10 minit sebelum sebarang aktiviti dilakukan. Pada sesi 4 dan sesi 5, pembantu penyelidik membacakan cerita sosial kepada peserta kajian terlebih dahulu bagi memastikan kefahaman tentang cerita tersebut diperoleh. Pada sesi 6, 7 dan 8 pula, peserta Semasa fasa intervensi 1 pula, intervensi cerita sosial mula diperkenalkan kepada peserta kajian. Tempoh pembacaan cerita sosial ini adalah selama 10 minit sebelum sebarang aktiviti dilakukan. Pada sesi 4 dan sesi 5, pembantu penyelidik membacakan cerita sosial kepada peserta kajian terlebih dahulu bagi memastikan kefahaman tentang cerita tersebut diperoleh. Pada sesi 6, 7 dan 8 pula, peserta

Semasa sesi 4 dijalankan, peserta melakukan aktiviti menggunakan komputer secara bergilir-gilir. Semasa aktiviti ini, pembantu penyelidik sengaja meletakkan peserta kajian sebagai pengguna terakhir yang menggunakan komputer. Peserta didapati menyatakan keinginan untuk bermain komputer kepada pembantu penyelidik. Peserta turut bergerak ke arah komputer sebanyak 2 kali apabila melihat gilirannya tidak kunjung tiba. Oleh sebab itu, peserta mula menunjukkan muka masam kepada pembantu penyelidik sebagai tanda protes. Namun, setelah pembantu penyelidik mengingatkan peserta tentang cerita yang telah dibacakan, peserta mulai duduk diam dan sabar menunggu gilirannya. Setelah peserta memperoleh giliran untuk bermain komputer, pembantu penyelidik menguji peserta sekali lagi dengan memintanya bangun dan memberi giliran kepada kawan yang lain untuk bermain. Peserta akur dengan arahan pembantu penyelidik tanpa sebarang tingkahlaku yang tidak diingini berlaku. Pada sesi 5 sehingga sesi 7, terdapat peningkatan terhadap tingkahlaku peserta di mana tingkahlaku yang disasarkan berlaku. Namun, pada sesi 8, hanya dua tingkahlaku yang disasarkan berlaku. Murid didapati mengamuk dan tidak sabar ketika bermain kerusi beracun. Hal ini terjadi kerana murid tidak berjaya memenangi aktiviti yang diadakan.

Pada sesi baseline 2 pula, sesi yang terlibat adalah sesi 9 sehingga sesi 11. Pada sesi 9, tingkahlaku yang disasarkan berlaku hanyalah dua daripada empat tingkahlaku yang diperhatikan. Peserta didapati menunjukkan rasa tidak puas hati ketika melakukan Pada sesi baseline 2 pula, sesi yang terlibat adalah sesi 9 sehingga sesi 11. Pada sesi 9, tingkahlaku yang disasarkan berlaku hanyalah dua daripada empat tingkahlaku yang diperhatikan. Peserta didapati menunjukkan rasa tidak puas hati ketika melakukan

Seterusnya, fasa intervensi 2 melibatkan sesi 12 sehingga sesi 16. Pada fasa ini, intervensi cerita sosial mula digunakan semula kepada peserta. Sepanjang sesi ini, peserta membaca sendiri cerita sosial sambil dipantau oleh pembantu penyelidik. Peserta juga didapati dapat menerangkan setiap gambar yang dilihat pada setiap muka surat. Sebagai contoh, gambar empat orang kanak-kanak. Peserta menyebut nama rakan –rakan di kelas bagi mewakili setiap gambar kanak-kanak tersebut. Prestasi peserta juga didapati konsisten pada sesi 12, 13, 14 dan 16. Namun pada sesi ke 15, peserta mengulangi tindakannya iaitu menunjukkan rasa tidak puas hati dengan merebahkan diri di lantai apabila guru lambat memanggil namanya untuk bermain komputer. Lantas, pembantu penyelidik memanggil nama peserta dan menegur tindakan peserta. Pembantu penyelidik menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan, kesan serta akibat jika tindakan tersebut berulang kembali sebelum membenarkan peserta bermain komputer. Namun, pada pusingan kedua aktiviti ini, murid dapat melakukan tingkahlaku yang disasarkan dengan jayannya. Maklumat terperinci mengenai hasil dapatan kajian boleh dilihat pada Lampiran A.

Berdasarkan graf di atas, tingkahlaku peserta didapati berubah ke arah lebih baik. Tingkahlaku yang disasarkan berlaku hasil daripada pelaksanaan intervensi cerita sosial. Peserta juga sering menyebut ayat yang terdapat di dalam cerita sosial seperti ‗Tidak boleh marah‘ dan ‗mengambil giliran‘ semasa fasa intervensi 2. Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, peserta didapati dapat memahami cerita dengan baik setelah dibaca dan diberi penerangan secara berulang-ulang kali oleh pembantu penyelidik. Hal ini terbukti di mana peserta dapat menerangkan maksud cerita yang disampaikan melalui gambar semasa fasa intervensi 2. Selain itu, peserta juga dilihat Berdasarkan graf di atas, tingkahlaku peserta didapati berubah ke arah lebih baik. Tingkahlaku yang disasarkan berlaku hasil daripada pelaksanaan intervensi cerita sosial. Peserta juga sering menyebut ayat yang terdapat di dalam cerita sosial seperti ‗Tidak boleh marah‘ dan ‗mengambil giliran‘ semasa fasa intervensi 2. Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, peserta didapati dapat memahami cerita dengan baik setelah dibaca dan diberi penerangan secara berulang-ulang kali oleh pembantu penyelidik. Hal ini terbukti di mana peserta dapat menerangkan maksud cerita yang disampaikan melalui gambar semasa fasa intervensi 2. Selain itu, peserta juga dilihat