Peserta 3 : Amirul

10.3 Peserta 3 : Amirul

Amirul merupakan seorang kanak-kanak autistik lelaki yang berumur 8 tahun. Kemahiran sosial yang diuji pada kanak-kanak ini adalah kemahiran regulasi kendiri. Dalam kemahiran ini, peserta diajar agar mampu menyatakan kemahuan diri dengan menunjukkan keupayaan dalam membeli makanan dan minuman sendiri di kantin. Namun, tahap ketidakupayaan intelektual Amirul adalah pada tahap sederhana mengikut makluman daripada guru-guru yang mengajar Amirul

Rajah 10.3.1 menunjukkan hasil dapatan yang diperoleh daripada Amirul melalui tingkah laku membeli makanan dan minuman sendiri di kantin.

Baseline 1 Intervensi 1

Baseline 2 Intervensi 2

Rajah 10.3.1 Hasil dapatan kajian : Amirul Sepanjang fasa baseline

1, pengkaji hanya memerhati tingkahlaku peserta semasa aktiviti membeli makanan dan minuman. Tiada sebarang intervensi diberikan sepanjang sesi 1 sehingga sesi 3. Tingkahlaku yang disasarkan berlaku dengan tidak sekata iaitu hanya dua tingkahlaku sahaja yang berjaya dilakukan manakala pada sesi 1, berlaku penurunan di mana hanya satu tingkahlaku sahaja yang berjaya dilakukan oleh peserta pada sesi 2. Pada sesi 3 pula, tingkahlaku yang berjaya dilakukan peserta adalah sebanyak 2 unit. Sepanjang fasa ini, peserta didapati sering menunggu dan mengharapkan arahan pembantu pengurusan murid ketika membeli makanan dan minuman sendiri. Peserta juga dilihat tidak bergerak dari tempat duduk sekiranya pembantu pengurusan murid tidak memanggil nama peserta dan memintanya agar bergerak ke tempat jualan makanan dan minuman.

Pada sesi ke-4 sehingga sesi ke-8, peserta mula didedahkan dengan intervensi cerita sosial. Pada sesi ini, pembantu penyelidik membacakan cerita sosial kepada peserta sambil menerangkan maksud setiap ayat melalui gambar. Pembantu penyelidik didapati membacakan cerita ini sepanjang fasa ini memandangkan peserta ini tidak boleh membaca. Tahap kemahiran membaca Amirul adalah mengeja suku kata KVKV

yang mudah. Pembantu penyelidik mengambil masa selama 10 minit sebelum waktu rehat bagi menyudahkan pembacaan cerita sosial ini yang dilakukan di dalam kelas. Sepanjang proses pembacaan ini, peserta hanya dapat memberi penumpuan hanya seminit sahaja. Mata peserta kerap dilihat memandang keadaan sekeliling. Apabila keadaan ini berlaku, pembantu penyelidik akan menyebut nama peserta agar memandang gambar pada buku cerita sosial. Peserta melihat kembali buku cerita tersebut dan keadaan ini berulang sehingga pembantu penyelidik selesai membacakan cerita tersebut. Setelah selesai membaca cerita sosial ini, peserta akan menjalani waktu rehat di kantin. Pada masa ini, pemerhati akan melihat dan merekod tingkahlaku peserta. Sepanjang sesi 4 sehingga sesi 6, tingkahlaku yang diperhatikan berjaya dilakukan oleh peserta didapati meningkat. Namun, pada sesi 7 dan sesi 8, tingkahlaku yang berjaya dilakukan hanyalah 2 unit. Hal ini disebabkan oleh masalah selsema yang dialami sepanjang sesi ini. Peserta didapati pasif dan kurang memberikan respon sepanjang dua sesi kajian ini.

Sesi 9 sehingga sesi 11 merupakan fasa baseline 2. Pada fasa ini, intervensi cerita sosial dikeluarkan. Hal ini bermaksud pembantu penyelidik tidak membacakan cerita sosial tersebut kepada peserta. Tingkahlaku peserta diperhatikan oleh pemerhati yang dilantik bagi proses pengumpulan data. Sesi 9 menunjukkan tingkahlaku yang disasarkan berlaku adalah 2 manakala pada sesi seterusnya menunjukkan peningkatan di mana sebanyak tiga tingkahlaku yang diperhatikan berjaya dilakukan tanpa arahan daripada pembantu pengurusan murid. Sepanjang fasa ini, peserta didapati mampu bergerak sendiri ke meja jualan kuih, menunjukkan keinginan terhadap makanan dan minuman sama ada secara lisan atau bahasa tubuh dan juga mampu menyatakan makanan dan minuman yang dikehendaki. Hal ini menunjukkan peserta mulai faham tentang apa yang perlu dilakukan semasa waktu rehat di kantin. Walaupun begitu, peserta masih gagal membayar harga makanan dan minuman. Berdasarkan pemerhatian, setelah mendapat makanan yang diingini, peserta terus ke kaunter Sesi 9 sehingga sesi 11 merupakan fasa baseline 2. Pada fasa ini, intervensi cerita sosial dikeluarkan. Hal ini bermaksud pembantu penyelidik tidak membacakan cerita sosial tersebut kepada peserta. Tingkahlaku peserta diperhatikan oleh pemerhati yang dilantik bagi proses pengumpulan data. Sesi 9 menunjukkan tingkahlaku yang disasarkan berlaku adalah 2 manakala pada sesi seterusnya menunjukkan peningkatan di mana sebanyak tiga tingkahlaku yang diperhatikan berjaya dilakukan tanpa arahan daripada pembantu pengurusan murid. Sepanjang fasa ini, peserta didapati mampu bergerak sendiri ke meja jualan kuih, menunjukkan keinginan terhadap makanan dan minuman sama ada secara lisan atau bahasa tubuh dan juga mampu menyatakan makanan dan minuman yang dikehendaki. Hal ini menunjukkan peserta mulai faham tentang apa yang perlu dilakukan semasa waktu rehat di kantin. Walaupun begitu, peserta masih gagal membayar harga makanan dan minuman. Berdasarkan pemerhatian, setelah mendapat makanan yang diingini, peserta terus ke kaunter

Kemudian, intervensi cerita sosial mula dilaksanakan semula kepada peserta kajian bermula dari sesi 12 sehingga sesi 16. Penekanan diberikan terhadap tingkahlaku membayar makanan dan minuman. Pembantu penyelidik meminta peserta mengeluarkan duit dari dompet bagi menerangkan maksud tindakan membayar harga makanan dan minuman. Tindakan ini diulang sepanjang fasa ini. Hasilnya berlaku peningkatan terhadap perubahan tingkahlaku di mana kekerapan meningkat dari 3 kepada 4 semasa sesi 14. Hal ini berterusan sehingga sesi ke 16. Pada tahap ini, peserta dilihat berupaya melakukan semua tingkahlaku yang diperhatikan tanpa sebarang arahan daripada pembantu pengurusan murid hasil pelaksanaan intervensi cerita sosial. Berdasarkan maklumat di atas, kemahiran regulasi kendiri peserta ini didapati meningkat dan tingkahlaku peserta juga didapati meningkat. Tambahan pula, semua guru dan pekerja kantin gembira dengan perubahan ini. Justeru, maklumat lengkap tentang hasil dapatan kajian dapat dilihat pada Lampiran C.