Faktor –faktor lain yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelakanaan PBS.
5.3 Faktor –faktor lain yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelakanaan PBS.
Hasil temubual dianalisis untuk mengenalpasti faktor-faktor lain yang tidak dinyatakan dalam borang soal selidik yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Hasil daripada dapatan temubual menunjukkan terdapat tiga tema utama yang mempengaruhi tahap kesediaan guru tingkatan satu di sekolah menengah daerah Marang dalam pelaksanaan PBS. Tema-tema berkenaan dibangunkan berasaskan data-data mentah yang dianalisis kekerapannya iaitu (i) faktor pengetahuan dan kemahiran sebanyak 16 kali atau 32.00%, (ii) faktor beban tugas sebanyak 18 kali atau 36.00%, dan (iii) faktor masa sebanyak 16 kali atau 32.00% . Hasil temubual yang ditranskrip dapat membangunkan tema-tema seperti jadual.
Jadual 7: Kategori Tema
No Tema Faktor Mempengaruhi Kekerapan Peratusan Tahap Kesediaan Guru
1 Beban Tugas
2 Pengetahuan dan Kemahiran
3 Masa
Jumlah
5.3.1 Tema Pertama : Beban Tugas
Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa tema beban tugas merupakan faktor yang mempunyai kekerapan terbanyak iaitu 18 kali. Tema ini merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS iaitu 36.00 peratus. Daripada tema ini, terdapat beberapa item data mentah yang dikenalpasti berfungsi sebagai asas sokongan pembinaan tema ini. Item-item tersebut ialah guru perlu sedia bahan ikut potensi pelajar, guru perlu menyemak fail dan evidens pelajar, tugasan sekolah dibawa balik ke rumah, dan evidens terlalu banyak.
5.3.2 Tema Kedua : Pengetahuan dan Kemahiran
Hasil daripada analisis data, dapatan menunjukkan bahawa tema pengetahuan dan kemahiran merupakan faktor yang mempunyai kekerapan sebanyak 16 kali. Tema ini merupakan faktor kedua utama yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS iaitu 32.00 peratus. Daripada tema ini, terdapat beberapa item data mentah yang dikenalpasti berfungsi sebagai asas sokongan pembinaan tema ini. Item- item berkenaan adalah PBS ialah pentaksiran holistik, PBS menitik beratkan perkembangan potensi secara individu, guru yang mengajar murid tersebut sahaja yang tahu potensi pelajar, guru menghadiri kursus, guru mendapat bimbingan daripada guru pakar dan JU, guru menyediakan PdP lebih awal, dan terdapat guru yang kurang mahir sistem online.
5.3.3 Tema Ketiga : Masa
Hasil daripada analisis data, dapatan menunjukkan bahawa tema masa merupakan faktor yang mempunyai kekerapan sebanyak 16 kali sama seperti tema pengetahuan dan kemahiran. Tema ini merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS iaitu 32.00 peratus.
Daripada tema ini, terdapat beberapa item data mentah yang telah dikenalpasti berfungsi sebagai asas sokongan pembinaan tema ini. Item-item berkenaan adalah sistem capaian internet lambat, masalah pelajar tidak hadir, guru terikat dengan sukatan pelajaran, guru sebagai mentor dan guru bercuti.
5.4 Hubungan faktor minat, sikap dan tahap penguasaan kemahiran dan
pengetahuan guru terhadap PBS dengan pengalaman mengajar tingkatan satu.
Bagi menjawab objektif kajian yang ketiga, data dianalisis menggunakan kaedah korelasi bagi melihat samada terdapat perhubungan di antara faktor minat, sikap dan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru terhadap PBS dengan pengalaman mengajar tingkatan satu.
Jadual 7: Statistik Deskriptif dan Korelasi bagi Pembolehubah-pembolehubah Minat, Sikap, Penguasaan Kemahiran dan Pengetahuan serta Pengalaman Guru dalam Pelaksanaan PBS Tingkatan Satu. Pembolehubah
dalam pelaksanaan PBS
1 .81** .35** dalam pelaksanaan PBS
2) Tahap sikap guru 3.77 .435
3) Tahap
1 .20 penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru
dalam pelaksanaan PBS
4) Pengalaman
1 mengajar tingkatan 1
Merujuk kepada jadual di atas, tahap minat guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan positif yang signifikan, (r=.31, p .05) secara statistik dengan Merujuk kepada jadual di atas, tahap minat guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan positif yang signifikan, (r=.31, p .05) secara statistik dengan
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap sikap guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan positif yang signifikan, (r=.35, p .01 ) secara statistik dengan pengalaman mengajar guru tingkatan satu. Ini menunjukkan bahawa guru yang mempunyai tahap sikap yang tinggi mempunyai pengalaman mengajar yang tinggi manakala guru yang mempunyai tahap sikap yang rendah mempunyai pengalaman mengajar guru yang rendah. Tahap sikap guru mempunyai hubungan yang rendah (r=.36) dengan pengalaman mengajar guru. Tahap sikap guru diterangkan sebanyak 13% oleh pengalaman mengajar guru. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru tidak mempunyai hubungan yang signifikan secara statistik dengan pengalaman mengajar guru (r=.20, p .05).
Kesimpulannya, berdasarkan analisis ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan sikap dengan pengalaman mengajar tingkatan satu iaitu semakin kurang pengalaman mengajar guru, semakin kurang kesediaan minat dan sikap guru dalam pelaksanaan PBS tetapi tidak terdapat hubungan yang signifikan secara statistik tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar guru dalam pelaksanaan PBS.