Peserta 2 : Adam

10.2 Peserta 2 : Adam

Adam pula merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun. Kemahiran sosial yang diuji adalah kemahiran regulasi kendiri. Tahap ketidakupayaan intelektual Adam adalah pada tahap sederhana. Maklumat ini diperoleh daripada guru-guru yang mengajar Adam memandangkan tiada maklumat diperolehi daripada laporan perubatan peserta. Kemahiran ini memberi penekanan terhadap interaksi sosial yang positif yang perlu ditunjukkan oleh peserta kajian semasa aktiviti bermain dengan rakan-rakan di dalam kelas. Terdapat empat tingkahlaku yang diperhatikan sepanjang 16 sesi pelaksanaan kajian ini seperti mana yang terdapat dalam borang senarai semak pemerhati - Adam.

Rajah 10.2.1 menunjukkan hasil dapatan yang diperoleh daripada Adam melalui tingkah laku interaksi sosial yang positif.

Baseline 1 Intervensi 1

Baseline 2 Intervensi 2

Rajah 10.2.1 Hasil dapatan kajian : Adam

Berdasarkan graf di atas, prestasi peserta didapati tidak konsisten sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Sepanjang fasa baseline

1 iaitu sesi 1 sehingga sesi 3, peserta didapati sering menangis, menjerit dan menjatuhkan diri dengan sengaja sekiranya gagal melakukan sesuatu tugasan atau permainan. Walaupun diberi peluang kali kedua untuk melakukannya, peserta masih berkeadaan sedemikian sekiranya masih gagal melakukan sesuatu tugasan atau permainan. Hal ini dapat dilihat melalui sesi 1 dan sesi 3 di mana peserta hanya mampu melakukan satu tingkahlaku yang disasarkan semasa sesi 1 manakala hanya dua tingkahlaku yang disasarkan berjaya dilakukan semasa sesi 3.

Buku cerita sosial mula diperkenalkan kepada peserta kajian sepanjang sesi 4 hingga sesi 8 iaitu semasa fasa intervensi 1. Pengkaji memberi penekanan terhadap modifikasi tingkahlaku peserta yang kerap menangis, menjerit dan menjatuhkan diri semasa aktiviti. Pengkaji turut menerangkan akibat sekiranya peserta berkelakuan sedemikian. Buku cerita ini hanya dibaca oleh pembantu penyelidik semasa sesi 4 dan Buku cerita sosial mula diperkenalkan kepada peserta kajian sepanjang sesi 4 hingga sesi 8 iaitu semasa fasa intervensi 1. Pengkaji memberi penekanan terhadap modifikasi tingkahlaku peserta yang kerap menangis, menjerit dan menjatuhkan diri semasa aktiviti. Pengkaji turut menerangkan akibat sekiranya peserta berkelakuan sedemikian. Buku cerita ini hanya dibaca oleh pembantu penyelidik semasa sesi 4 dan

aktiviti ‗kerusi beracun‘. Peserta dilihat mengamuk, menjerit dan menjatuhkan diri apabila gagal menjadi pemenang. Walaupun telah diingatkan tentang cerita sosial yang telah dibaca, peserta tetap tidak berubah.

2. Pada peringkat ini, tiada sebarang intervensi cerita sosial diberikan kepada peserta. Pengkaji hanya memerhati tingkahlaku peserta melalui aktiviti yang dijalankan oleh pembantu penyelidik. Prestasi peserta didapati menunjukkan peningkatan berbanding keadaan peserta semasa fasa baseline

Sesi 9 hingga sesi 11 merupakan fasa baseline

1. Peserta berjaya melakukan sekurang-kurangnya dua tingkahlaku yang disasarkan sepanjang sesi ini.

Setelah itu, pengkaji memberikan semula buku cerita sosial kepada peserta sepanjang fasa intervensi 2. Berdasarkan pemerhatian, peserta didapati enggan membaca buku cerita ini semasa sesi 14. Walaupun telah dipujuk oleh pembantu penyelidik, peserta masih enggan memberikan kerjasama. Namun, apabila ditunjukkan biskut kegemarannya, peserta mulai bersetuju untuk membaca buku cerita tersebut. Pada sesi 15, peserta berjaya melakukan tiga tingkahlaku yang disasarkan manakala pada sesi 16, tingkahlaku yang berjaya dimodifikasi hanyalah dua sahaja. Pada sesi ini, emosi peserta dilihat tidak begitu baik kerana baru pulih dari demam. Maklumat Setelah itu, pengkaji memberikan semula buku cerita sosial kepada peserta sepanjang fasa intervensi 2. Berdasarkan pemerhatian, peserta didapati enggan membaca buku cerita ini semasa sesi 14. Walaupun telah dipujuk oleh pembantu penyelidik, peserta masih enggan memberikan kerjasama. Namun, apabila ditunjukkan biskut kegemarannya, peserta mulai bersetuju untuk membaca buku cerita tersebut. Pada sesi 15, peserta berjaya melakukan tiga tingkahlaku yang disasarkan manakala pada sesi 16, tingkahlaku yang berjaya dimodifikasi hanyalah dua sahaja. Pada sesi ini, emosi peserta dilihat tidak begitu baik kerana baru pulih dari demam. Maklumat