Latar Belakang Masalah
1.1 Latar Belakang Masalah
Perubahan dalam pentaksiran ini merupakan mekanisme yang asing khususnya bagi murid-murid Tingkatan 1 tahun 2012 kerana menurut Rahimah (2012), murid-murid yang telah serasi dengan sistem penilaian lama yang berorientasikan peperiksaan semestinya akan terasa terbeban dan tertekan dengan perubahan drastik yang dilakukan oleh pihak tertentu. Oleh kerana itu, pelaksanaan PBS ini memerlukan kajian yang mendalam kerana masalah-masalah yang berlaku akan menyebabkan murid, guru dan sekolah sebagai mangsa keadaan. Setiap sistem penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek dan wajar dilaksanakan apabila kesemua pihak yang terlibat dalam sistem penilaian tersebut sudah bersedia untuk menghadapinya kerana ianya dapat memberikan satu implikasi yang besar, sama ada secara positif atau negatif kepada pihak sekolah, murid, tenaga pengajar, masyarakat dan masa depan.
Kesediaan murid-murid adalah sangat penting dalam mengharungi gelombang pendidikan yang sentiasa berubah dan apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, matlamatnya akan dapat dicapai dan seterusnya mengelakkan murid-murid menjadi uji kaji untuk menguji keberkesanan sesuatu sistem penilaian yang baru (Ruhaiza dalam Harian Metro bertarikh 22 Oktober 2012).Menurut Azhar (2012), proses perubahan kepada pelaksanaan PBS ini sentiasa akan menggugat status qou dan kelompok zon selesa. Pembaharuan seperti ini akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan Kesediaan murid-murid adalah sangat penting dalam mengharungi gelombang pendidikan yang sentiasa berubah dan apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, matlamatnya akan dapat dicapai dan seterusnya mengelakkan murid-murid menjadi uji kaji untuk menguji keberkesanan sesuatu sistem penilaian yang baru (Ruhaiza dalam Harian Metro bertarikh 22 Oktober 2012).Menurut Azhar (2012), proses perubahan kepada pelaksanaan PBS ini sentiasa akan menggugat status qou dan kelompok zon selesa. Pembaharuan seperti ini akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan
Kesediaan murid tentunya melibatkan cara mereka berfikir, menerima dan membuat tindakan supaya mereka dapat memahami dengan jelas dan bersedia menerima perubahan sistem penilaian lama kepada yang baru. Selain itu, guru juga tidak dapat membentuk pengajaran dan penaksiran berdasarkan tahap profisiensi murid yang sebenar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2012).Pentaksiran yang dilakukan secara formatif dan sumatif sepanjang pengajaran dan pembelajaran adalah agak menyukarkan apabila terdapat murid yang ramai dalam satu-satu kelas. Dengan cabaran di dalam setting kelas tradisional ini, peluang murid-murid untuk tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepatutnya berlaku dalam keadaan kondusif untuk guru dan murid bagi menjamin keberkesanan PBS di sekolah serta tidak membebankan guru dan murid-murid. Murid yang ramai tentunya akan menjejaskan pentaksiran yang dijalankan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Syuhada, Berita Harian bertarikh 18 Mei 2010, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan. Masih terdapat ibu bapa yang tidak faham dengan pelaksanaan PBS dan beranggapan penilaian dibuat guru tidak telus yang meragui kejujuran dalam melapor pencapaian murid. Isu pilih kasih tentunya akan menggugat minat murid dalam pembelajaran mereka. Ini kerana secara tidak langsung murid yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan telah melakukan yang terbaik tidak dihargai dengan ketidaktelusan guru dalam pentaksiran.
Rahimah (2012) menyatakan adalah menjadi kesulitan bagi murid-murid terutamanya yang berada di kelas-kelas akhir kerana mereka tidak memandang serius dan tidak bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.Ini kerana bagi mereka, ketiadaan peperiksaan membuatkan mereka tidak bermotivasi dalam pembelajaran yang selama ini menjadi keutamaan dalam menilai prestasi, pengetahuan dan kerja amali. Menurut beliau juga, masalah akan timbul apabila murid tersebut kerap ponteng dan tidak menyiapkan evidence yang diberi. Menurut Tan (2006) yang dipetik daripada Azizi et al. (2007), suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Keadaan ini berlaku kerana pada tanggapan mereka, jika mereka tidak dapat capai mana-mana band, guru akan beri peluang untuk mengulangnya semula. Berdasarkan daripada latar belakang masalah yang dinyatakan, penyelidik amat tertarik dan berminat untuk Rahimah (2012) menyatakan adalah menjadi kesulitan bagi murid-murid terutamanya yang berada di kelas-kelas akhir kerana mereka tidak memandang serius dan tidak bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.Ini kerana bagi mereka, ketiadaan peperiksaan membuatkan mereka tidak bermotivasi dalam pembelajaran yang selama ini menjadi keutamaan dalam menilai prestasi, pengetahuan dan kerja amali. Menurut beliau juga, masalah akan timbul apabila murid tersebut kerap ponteng dan tidak menyiapkan evidence yang diberi. Menurut Tan (2006) yang dipetik daripada Azizi et al. (2007), suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Keadaan ini berlaku kerana pada tanggapan mereka, jika mereka tidak dapat capai mana-mana band, guru akan beri peluang untuk mengulangnya semula. Berdasarkan daripada latar belakang masalah yang dinyatakan, penyelidik amat tertarik dan berminat untuk