Perbincangan, Batasan dan Implikasi Kajian
5. Perbincangan, Batasan dan Implikasi Kajian
Dapatan kajian yang berkaitan dengan min kesukaran matlamat, keadilan prosedur dan komitmen guru kepada sekolah selaras dengan kajian-kajian sebelumnya. Kajian Whittington et al., (2004) telah mendapati bahawa skor min kesukaran matlamat adalah
4.17 dengan sisihan piawai 1.42. Kajian (Moorman, 1991) tentang keadilan prosedur telah mendapati skor min 3.88 dengan sisihan piawai 1.37. Manakala dapatan skor min komitmen guru kepada sekolah selaras dengan kajian (Bogler & Somech, 2004) yang telah mendapati min M = 4.21 dengan sisihan piawai = .55.
Jadual 2 menunjukkan bahawa keadilan prosedur berfungsi sebagai mediator terhadap korealasi antara kesukaran matlamat dengan komitmen guru kepada sekolah. Kajian ini sesuai dengan kajian (Li & Butler, 2004) dan (Chughtai & Zafar, 2006). Kajian Li & Butller (2004) telah mendapati bahawa penetapan matlamat berpengaruh secara signifikan terhadap keadilan prosedur. Manakala kajian Chughtai & Zafar (2006) mendapati bahawa keadilan prosedur berpengaruh terhadap komitmen organisasi guru.
Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi diantara variabel kajian, namun demikian beberapa batasan harus dipertimbangkan. Antaranya ialah pada kajian social, data yang diperoleh yang merupakan pendapat responden yang merupakan persepsi diri (Paulhus & Vazire, 2007), pada umumnya terjadi masalah pada varians serta memberikan kesan sosial pada dirinya. Pendapat mereka tidak sentiasa mencerminkan pendapat dirinya. Sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah guru yang berasal dari sekolah menengah kebangsaan di beberapa wilayah di Yogyakarta, Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi diantara variabel kajian, namun demikian beberapa batasan harus dipertimbangkan. Antaranya ialah pada kajian social, data yang diperoleh yang merupakan pendapat responden yang merupakan persepsi diri (Paulhus & Vazire, 2007), pada umumnya terjadi masalah pada varians serta memberikan kesan sosial pada dirinya. Pendapat mereka tidak sentiasa mencerminkan pendapat dirinya. Sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah guru yang berasal dari sekolah menengah kebangsaan di beberapa wilayah di Yogyakarta,
Salah satu sumbangan penting kajian ini ialah menegaskan bahawa kesan relatif dimensi penetapan matlamat dan keadilan terhadap komitmen guru di sekolah. Komitmen guru telah dianggap menjadi satu antara faktor penting terhadap keberkesanan sekolah dan menjadi salah satu faktor penting yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar ((Razak, Darmawan, & Keeves, 2009). Pengetua harus sedar apa yang bermanfaat untuk sekolah: menetapakan atlamat yang mencabar dan mewujudkan rasa keadilan di sekolah atau profesional mengembangkan guru sehingga mereka merasa selesa dengan profesi dan tetap kekal di sekolah mereka. . Akhir sekali, dapatan utama kajian ini bahawa penetapan matlamat dan keadilan organisasi berkaitan dengan komitmen guru. Pengetua perlu menetapkan matlamat yang jelas dan mencabar. Pengetua juga harus mewujudkan dan mengekalkan keadilan organisasi di sekolah- sekolah supaya guru komited. Oleh itu, Kementerian Pelajaran, sebagai pejabat pusat, dan unit-unit operasi di peringkat tempatan, harus menggalakkan penyertaan pengetua dalam seminar dan program-program yang pembangunan profesional guru yang menekankan pada penetapan matalamat dan keadilan organisasi di sekolah.
Bibliografi
Abdullah, A. G. K., Ngang, T. K., & Ismail, A. (2007). Keadilan organisasi,
kepercayaan dan altruisme. Jurnal Pendidik dan P endidikan, 22 , 75-92. Ambrose, M. L., & Arnaud, A. (2005). Distributive and procedural justice: Construct
distinctiveness, construct interdependence, and overall justice. In J. Greenberg & J. Colquitt (Eds.), The handbook of organizational justice . New York: Erlbaum.
Baron, R. M., & Kenny, D. A. (1986). The moderator-mediator variable distinction in social psychological research: Conceptual, strategic and statistical considerations. Journal of Personality and Social Psychology. Journal of Personality and Social Psychology, 51 , 1173-1182.
Binberg, J. G., Luft, J., & Shields, M. D. (Eds.). (2007). Psychology Theory in Management Accounting Research (Vol. 1 st). Amsterdam: Elsevier.
Bipp, T., & Kleingeld, A. (2011). Goal-setting in practice.The effects of personality and perceptions of the goal-setting process on job satisfaction and goal commitment. Personnel Review, 40 (3), 306-323.
Blader, S. L., & Tyler, T. R. (2003). A four component model of procedural justice: Defining the meaning of a "fair" process. P ersonality and Social Psychology Bulletin, 29 , 747-758.
Bogler, R., & Somech, A. (2004). Influence of teacher empowerment on teacher organizational commitment, professional commitment and organizational citizenship behavior in schools. Teaching and Teacher Education, 20 , 277-289.
Bush, T. (2006). Theories of educational management. Open Educational Resource < http://opened.creativecommons.org/definition> . Retrieved from
Chiu, J. S.-K., Chen, W.-C., Lu, F. C., & Lee, S.-J. (2006). The linkage of job performance to goal setting, team building and organizational commitment in the high-tech industry in taiwan. The Journal of Human Resource and Adult Learning , 130-144.
Chughtai, A. A., & Zafar, S. (2006). Antecedents and consequences of organizational commitment among Pakistani university teachers. Applied H.R.M. Research,,
11 (1), 39-64. Colon, D. E., Meyer, C. J., & Nowakowski, J. M. (2005). How Does Organizational
Justice Affect Performance, Withdrawal and Counterproductive Behavior? In J. Amernic, J. Greenberg & J. A. Colquitt (Eds.), Handbook of organizational justice (pp. 301-328). New Jersey: LEA.
Colquitt, J. A. (2001). On the dimensionality of organizational justice: A construct
validation of a measure. Journal of Applied Psychology, 86 (3), 386-400.
Daileyl, R. C., & Kirk, D. J. (1992). Distributive and procedural justice as antecedents of job dissatisfaction and intent to turnover. Human Relations, 45 (3), 305-317.
Efklides, A., Kuhl, J., & Sorrentino, R. M. (2001). Trends and prospects in motivation research . New York: Kluwer Academic Publisher.
Fang, E., Evans, K. R., & Zou, S. (2005). The moderating effect of goal-setting characteristics on the sales control systems –job performance relationship. Journal of Business Research 58 , 1214-1222.
Hoy, W. K., & DiPaola, M. F. (2007). Essential ideas for the reform of American schools . USA: Information Age Publishing.
Hoy, W. K., & Tarter, C. J. (2004). Organizational justice in schools: no justice without
trust. International Journal of Educational Management, 18 (4), 250-259. Hulpia, H., Devos, G., & Keer, H. V. (2011). The relation between school leadership
from a distributed perspective and teachers‘ organizational commitment: Examining the source of the leadership function. Educational Administration Quarterly, 20 (10), 1-44.
Kaufman, E. K., Israel, G. D., & Rudd, R. D. (2008). Exploring goal-setting as a tool
for leadership development. Journal of Leadership Studies, 1 (4), 51-61. Klein, H. J., Becker, T. E., & Meyer, J. P. (2009). Commitment in organization
accumulated wisdom and new directions . New York: Rouledge Taylor & Francis Group.
Konovsky, M. A., & Cropanzano, R. (1991). Perceived fairness of employee drug testing as a predictor of employee attitudes and job performance. Journal of Applied Psychology, 76 , 698-707.
Latham, G. P., & Pinder, C. C. (2005). Work motivation theory and research at the dawn of the twenty-first century. . Annual Reviews Psychology, 56 , 485-516.
Leithwood, K., & Reihl, C. (2003). What we know about successful school leadership . Philadelphia: Laboratory for Student Success, Temple University.
Li, A., & Butler, A. B. (2004). The Effects of Participation in Goal Setting and Goal Rationales on Goal Commitment: An Exploration of Justice Mediators. Journal of Business and Psychology, 19 (1), 37-51.
Locke, E. A., & Latham, G. P. (1990).
A theory of goal setting and task performance. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Locke, E. A., & Latham, G. P. (2002). Building a practically useful theory of goal setting and task motivation a 35-year odyssey. American Psychologist, 57 (9), 705-717.
Mierlo, H. V., & Kleingeld, A. (2010). Goals, strategies, and group performance: Some
limits of goal setting in groups. Small Group Research, 41 (5), 524-555.
Moorman, R. H. (1991). Relationship between organizational justice and organizational citizenship behaviors: Do fairness perceptions influence employee citizenship? . Journal of Applied Psychology,, 76 (6), 845-855.
Moorman, R. H., Niehoff, B. P., & Organ, D. W. (1993). Treating employees fairly and organizational citizenship behavior: Sorting the effects of job satisfaction, organizational commitment, and procedural justice. Employee Responsibilities and Rights Journal, 6 , 209-225.
Mossholder, K. W., Bennett, N., R.Kemery, E., & A.Wesolowsk, M. (1998). Relationships between Bases of Power and Work Reactions: The Mediational Role of Procedural Justice. Journal of Management, 24 (4), 533-552.
Mowday, R. T., Steers, R. W., & Porter, L. W. (1979). The measurement of organizational commitment. Journal of Vocational Behavior, 14 (2), 224-247.
Park, I. (2005). Teacher commitment and its effects on students achievement in American high schools. Educational Research and Evaluation, 11 (5), 461-485.
Paulhus, D. L., & Vazire, S. (2007). The self-report method. In R. W. Robins, R. C. Fraley & R. F. Kruege (Eds.), Handbook of research methods in personality psychology . New York: The Guilford Press.
Poole, W. L. (2007). Organization justice as a framework for understanding unionmanagement relations in education. Canadian Journal of Education,
30 (3), 725-748. Razak, N. A., Darmawan, I. G. N., & Keeves, J. P. (2009). Teacher commitment. In L.
J. Saha & A. G. Dworkin (Eds.), Internationa l Handbook of Research on Teachers and Teaching (pp. 343-360): Springer Science + Business Media.
Riehl, C., & Sipple, J. (1996). Making the most of time and talent: Secondary school organizational climates, teaching task environments, and teacher commitment. American Educational Research Journal of Management, 33 (2), 873-901.
Robbins, S., Judge, T., Odendaal, A., & Roodt, G. (2009). Organizational behavior global and southern africa perspectives (Vol. 2nd). Cape Town: Pearson Education South Africa.
Strike, K. T., & Nickelsen, J. (2011). Mentoring the educational leader: A practical framework for success Maryland: Rowman & Litllefield Publishing Group.
Tyler, T. R., & Lind, E. A. (1992). A relational model of authority in groups. In M. Zanna (Ed.), Advances in experimental social psychology (pp. 115-191). New York: Academic Press.
Vigoda-Gadot, E., & Angert, L. (2007). Goal setting theory, job feedback, and OCB: Lessons from a longitudinal study. Basic and applied Social psychology, 29 (2), 119-128.
Whittington, J. L., Goodwin, V. L., & Murray, B. (2004). Transformational leadership, goal difficulty, and job design: Independent and interactive effects on employee outcomes. The Leadership Quarterly 15 , 593-606.
Wright, B. E. (2004). The role of Work context in work motivation: A public sector application of goal and social cognitive theories. Journal of Public Administration Research and Theory, 14 (1), 59-78.
Wright, P. M., George, J. M., Farnsworth, S. R., & McMahan, G. C. (1993). Productivity and extra-role behavior: The effects of goals. Journal of Applied Psychology, 78 , 374-381.
Yavuz, M. (2010). The effects of teachers‘ perception of organizational justice and culture on organizational commitment. African Journal of Business Management 4 (5), 895-701.
Yu, B. (2011). Test of mediating effect of self-regulation between transformational leadership and organizational commitment. Business and Management Review
1 (6), 68-81.
Program 2Bs: Penerapan Dan Kesedaran Nilai-Nilai Universal Dan Pengetahuan Tentang Tingkah Laku Buli untuk Menangani Kejadian Buli Di Sekolah
Jamalsafri Saibon, Abdul Jalil Ali, Syed Mohamad Syed Abdullah & Adawiah Abdul Rasyid Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, 11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Tel: 04-6533238, Fax: 04-6572907 [email protected]
Abstrak: Fenomena buli dalam kalangan murid di negara ini telah menjadi lebih serius. Kajian lepas mendapati bahawa terdapat hubungan antara tahap tingkah laku buli dengan tahap pengetahuan mengenai tingkah laku buli. Oleh hal demikian Program 2Bs: I’m a Buddy not a Bully, telah dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan penerapan dan kesedaran nilai-nilai universal dan pengetahuan tentang tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah. Program ini mengandungi beberapa aktiviti yang dilaksanakan menggunakan pendekatan creative and fun pedagogy. Di samping itu, kempen anti buli juga dilaksanakan. Program ini yang dibiayai oleh geran Projek Libatsama Universiti-Komuniti, Universiti Sains Malaysia telah menekankan terhadap nilai-nilai universal, proses pemindahan ilmu dan nilai serta kelestarian program. Seramai 500 orang murid dari empat buah sekolah yang berbeza orientasi (harian, akademik, agama dan sukan) telah dipilih dalam program ini. Hasil kajian eksperimental menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pengetahuan dan kesedaran tingkah laku buli dalam kalangan pelajar- pelajar yang menyertai program ini. Hasil temu bual mendapati bahawa murid telah memberikan komen yang sangat positif. Menerusi Program 2Bs telah membantu mereka menghayati nilai-nilai universal di samping pengetahuan tentang tingkah laku buli serta meningkatkan kesedaran untuk bertindak balas secara positif apabila berhadapan dengan kejadian buli di sekolah. Program ini yang menekankan peranan sahabat sejati, dijangka mengurangkan kejadian buli di sekolah-sekolah melalui pengetahuan yang diperoleh daripada program ini. Program ini juga telah menerima beberapa pengiktrafan dan anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai bukti terhadap keberkesanan program ini dalam melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai-nilai universal dalam kehidupan.
Keyword: Nilai-nilai universal, tingkah laku buli, tahap pengetahuan dan kesedaran tingkah laku buli, program 2Bs.
Pengenalan
April, 2004, negara digemparkan dengan kes kematian Muhammad Farid Ibrahim, murid tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor, akibat dibuli oleh sekumpulan murid senior di asrama sekolah. Pada April, 2004, negara digemparkan dengan kes kematian Muhammad Farid Ibrahim, murid tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor, akibat dibuli oleh sekumpulan murid senior di asrama sekolah. Pada
Peningkatan kes-kes buli yang telah dilaporkan menunjukkan seolah-olah masalah buli ini merupakan satu budaya ketika di alam persekolahan. Beberapa kajian luar dan dalam negara telah mendapati faktor seperti rakan sebaya, status sosial, keluarga dan sekolah itu sendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah. Namun berdasarkan kajian Jamalsafri (2009) telah mendapati murid-murid dan guru mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang rendah tentang buli. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai persepsi yang salah tentang buli. Ada kalanya murid tidak menyedari perbuatan yang biasa dilakukan oleh mereka terhadap rakan merupakan tingkah laku buli.
Kajian juga telah mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan tentang tingkah laku buli dengan tahap tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah. Hubungan dalam bentuk negatif ini menjelaskan seorang murid yang mempunyai tahap pengetahuan tentang tingkah laku buli yang rendah berkecenderungan untuk memiliki tahap buli yang tinggi dan sebaliknya murid yang memppunyai tahap pengetahuan tentang tingkah laku buli yang tinggi mempunyai kecenderungan untuk memiliki tahap buli yang rendah.
Menurut Rigby (2008), tingkah laku buli merupakan satu perlakuan negatif sama ada dalam bentuk fizikal, verbal, psikologi, pemulauan dan peras ugut. Buli biasanya dilakukan oleh seorang atau sekumpulan murid secara langsung atau tidak langsung terhadap mangsa buli. Tingkah laku buli ini berlaku dalam keadaan pembuli mempunyai fizikal, verbal, kuasa atau pengaruh yang lebih dominan Menurut Rigby (2008), tingkah laku buli merupakan satu perlakuan negatif sama ada dalam bentuk fizikal, verbal, psikologi, pemulauan dan peras ugut. Buli biasanya dilakukan oleh seorang atau sekumpulan murid secara langsung atau tidak langsung terhadap mangsa buli. Tingkah laku buli ini berlaku dalam keadaan pembuli mempunyai fizikal, verbal, kuasa atau pengaruh yang lebih dominan
Secara khususnya pula buli secara langsung merujuk kepada tindakan negatif yang berlaku secara terbuka terhadap mangsa dalam bentuk sentuhan fizikal (seperti memukul, menendang, menampar, menolak, merosakkan atau mencuri harta benda, menunjukkan symbol yang tidak sopan, dan memaksa melakukan sesuatu) (Noran Fauziah 2004).Buli secara tidak langsung pula merujuk kepada tindakan negatif yang berlaku dalam bentuk psikologi (pemulauan sosial dan penyingkiran seseorang dari sesebuah kumpulan) (Olweus 1993), dan verbal (mengejek, mengugut, menghina dan mencela) (Olweus 1991) yang dilakukan oleh pelajar yang lebih dominan terhadap pelajar yang lebih lemah.
Olweus (2001), menjelaskan tingkah laku buli meninggalkan kesan yang negatif terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri mengalami masalah psikologi. Mangsa buli cenderung untuk ponteng sekolah, mempunyai harga diri yang rendah, kerisauan yang tinggi, mengalami kemurungan dan ada yang sanggup membunuh diri (Noran, 2004). Hal ini menunjukkan kesan yang dialami ekoran masalah buli ini menggugat kelestarian dan kelangsungan pendidikan yang sempurna dalam kalangan murid-murid di sekolah. Justeru, untuk menangani masalah ini murid-murid dan guru seharusnya dibekalkan dengan pengetahuan, kesedaran dan pengurusan buli yang sempurna.
Oleh hal yang demikian, program 2B’s (I’m a BUDDY, Not a BULLY) yang merupakan program peningkatan pengetahuan dan kesedaran berkaitan tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid yang menggunakan pendekatan pedagogi kreatif adalah bersesuaian dilaksanakan di sekolah bagi mengurangkan bilangan kes buli
yang berlaku di sekolah. Di samping itu, penerapan nilai universal iaitu budaya keamanan (Culture of Peace), di dalam program ini secara tidak langsung dapat membentuk satu masyarakat sekolah yang cintakan keamanan dan secara tidak langsung isu keselamatan murid ketika berada di sekolah khususnya hal yang berkaitan dengan buli akan dapat dibendung.
Nilai Universal - Budaya keamanan
Penerapan nilai universal iaitu budaya keamanan di dalam program ini bertujuan untuk membina masyarakat sekolah ke arah membudayakan keamanan iaitu saling hormat dan menghargai diversiti atau kepelbagaian yang sedia wujud di sesebuah sekolah. Isu-isu berkaitan dengan budaya keamanan tidak seharusnya hanya dilihat dalam konteks globalisasi malah harus juga dilihat secara lokal dengan memfokuskan isu keselamatan individu walau di mana mereka berada. K eamanan tidak terhad kepada ketiadaan perang malah keamanan seharusnya dipromosikan dalam perspektif yang pelbagai.
Dalam perspektif sekolah maksud keamanan itu dinilai daripada sejauh mana aman dan selamat seseorang murid itu ketika berada di sekolah. Hal ini selaras dengan Akta kanak-kanak 2001 yang memberi fokus kepada hak kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation) kanak-kanak agar mereka dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.
Di dalam Program 2Bs, penerapan nilai-nilai universal ini diterapkan menerusi tema ‘Buddy’ atau sahabat yang menekankan peranan sahabat yang berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang tingkah laku buli dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang wujud berkaitan dengan isu buli di sekolah.
Selain daripada budaya keamanan yang dikaitkan dengan pengetahuan dan kesedaran tentang tingkah laku buli, program ini juga menerapkan dimensi universal seperti menghormati perbezaan diversiti antara manusia, kesedaran terhadap saling kebergantungan di antara individu dengan individu yang lain, kebolehan berkomunikasi di antara satu sama lain dan cara penglibatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik yang berlaku secara bijaksana.
Dalam proses melahirkan s eorang ‘buddy’ sebagai individu penyelesai konflik buli secara bijaksana, proses pembelajaran ini bermula dengan mengetahui dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan definisi, ciri-ciri dan punca kejadian Dalam proses melahirkan s eorang ‘buddy’ sebagai individu penyelesai konflik buli secara bijaksana, proses pembelajaran ini bermula dengan mengetahui dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan definisi, ciri-ciri dan punca kejadian
Sementara itu di dalam aktiviti-aktiviti stesen di dalam program ini elemen- elemen universal dalam membudayakan keamanan seperti sensitiviti, visi dan semangat terhadap dunia yang aman, isu diversiti dan inequality, isu living together dan hak-hak kemanusiaan juga telah diterapkan mengikut konteks, budaya dan masyarakat sekolah agar ianya bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
Objektif program
Pelaksanaan Program 2Bs ini bertujuan untuk; I. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid-murid dan guru-guru tentang masalah tingkah laku buli yang berlaku di sekolah. II. Mendidik dan melatih murid-murid sekolah untuk menjadi penyelesai konflik buli secara bijaksana dan sebagai bystander yang berfikiran positif dalam membantu mangsa buli.
III. Membantu pihak sekolah meningkatkan kualiti pengurusan disiplin (buli) bagi menangani masalah tingkah laku buli dengan menubuhkan bilik operasi pencegahan buli. IV. Menubuhkan Kelab 2B’s di sekolah untuk melaksanakan aktiviti penyebaran pengetahuan dan kempen kesedaran tentang buli di sekolah. V. Membantu kelestarian dan kelangsungan pendidikan terhadap kumpulan sasaran bagi mencapai perkembangan holistik terutamanya dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.
Metodologi
Untuk menilai keberkesanan Program 2Bs ini dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tingkah laku buli satu kajian eksperimental telah Untuk menilai keberkesanan Program 2Bs ini dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tingkah laku buli satu kajian eksperimental telah
Seramai 118 orang pelajar yang berumur 16 tahun telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Pelajar yang dipilih ini merupakan peserta yang mengikuti Program 2Bs. Pelajar ini dipilih daripada mereka yang tinggal di asrama sekolah yang berlainan orientasi iaitu sekolah yang berorientasikan akademik, sekolah sukan, sekolah agama dan sekolah harian biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yang berkecenderungan sebagai pembuli, mangsa buli, pengawas sekolah, ahli Persatuan Rakan Sebaya (PRS) dan pelajar biasa. Pelajar yang dikenal pasti sebagai pembuli dan mangsa buli dipilih kerana perlakuan buli tersebut memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Menurut Noran et al (2009) mendapati bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa buli berkecenderungan untuk terlibat dengan ponteng sekolah, merasa rendah diri, kemurungan, tekanan perasaan dan ada yang cubaan untuk membunuh diri.
Sementara itu bagi pembuli pula mereka dilaporkan akan menerima kesan gangguan psikologi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pemilihan pengawas sekolah dan ahli kelab Rakan Sebaya adalah kerana mereka akan dilatih untuk menjadi penyelesai konflik buli yang berlaku di sekolah secara bijaksana. Manakala murid biasa merupakan golongan pelajar yang sering menjadi pemerhati dan saksi terhadap kejadian buli di sekolah yang mana mereka akan dididik dengan pemikiran positif untuk mambantu mangsa buli. Bagi memastikan kelestarian dan kelangsungan pendidikan terhadap pelajar di sekolah pemilihan pelajar ini sebagai kumpulan sasaran Program 2Bs ini ada sangat relevan dan bersesuaian.
Dapatan Kajian
Bagi menilai keberkesanan program ini kaedah eksperimen telah dijalankan. Hasil daripada soal selidik ujian pra menunjukkan bahawa skor min pelajar tentang pengetahuan dan kesedaran buli berada pada tahap sederhana (Min = 49.66). Selepas menjalani program 2Bs, skor min pelajar bagi soal selidik ujian pos meningkat ke tahap sederhana tinggi (Min = 72.77). Table 1: Paired Samples Statistics
Correlation
Sig.
Test 1 & Test Pair 1
Analisis daripada korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca (p <.001). Penemuan ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara pengetahuan dan kesedaran mengenai tingkah laku buli oleh semua peserta dalam kajian ini. Table 2: Paired Samples Correlations
Std.
Std. Error
Mean
Deviation Mean
Keputusan statistik ujian T di bawah menunjukkan perbezaan yang signifikan (t = -22.1, df = 117, p> .01) antara ujian pra dengan ujian pasca. Hasil keputusan ujian menunjukkan bahawa program 2Bs telah mempengaruhi prestasi pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan pengetahuan dan kesedaran buli. Perbezaan nilai skor min antara kedua-dua ujian adalah tinggi. Penemuan ini menunjukkan bahawa program 2Bs telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran buli dalam kalangan pelajar yang tinggal di sekolah berasrama penuh. Table 3: Paired Samples Test
Paired Differences 95% Confidence
Interval of the Difference
Std.
Mean Std.
Sig. (2- Deviation
df tailed)
Pair1 Test1
-21.0 -22.1 117 .001 Test 2
Berdasarkan dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa Program 2Bs ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancangkan iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid sekolah tentang tingkah laku buli menerusi penerapan nilai-nilai universal. Hal ini berkaitan dengan dapatan kajian lepas yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan kesedaran tentang tingkah laku buli dengan tahap membuli seseorang pelajar. Berdasarkan dapatan kajian ini adalah diharapkan agar dengan pengetahuan dan kesedaran tentang tingkah laku buli yang diperoleh menerusi penerapan nilai-nilai universal ini akan mengurangkan kes-kes buli yang berlaku di sekolah.
Penghargaan
Penghargaan kepada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia yang telah membiayai program ini di bawah geran Division of Industry and Community Network Grant, 1002/JJIM/ARSE1001. Penghargaan juga ditujukan kepada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM dan Jabatan Pelajaran Negeri di atas sokongan terhadap program.
Rujukan
[1] Jamalsafri Saibon (2009). Hubungan Status Sosial Pelajar, Konflik Keluarga, Tahap Maskulin dan Pendedahan Keganasan Menerusi Media dengan Tahap dan Jenis Kecenderungan Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Lelaki di Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Tesis Tidak Diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. [2] Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Panduan pengurusan menangani buli di sekolah. Putrajaya. [3] Noran Fauziah Yaakub, Fatimah Haron, Ahmad Jazimin Jusoh (2009). Manual Guru: Pencegahan Buli di Sekolah. Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. [4] Olweus, D. (1993). Bullying at School: What we know and what we can do. Oxford: Blackwell. [5] Rigby, K. (2002). New perspectives on bullying. London: Jessica Kingsley Publishers.