Mahkamah Syariah SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HAKIM DALAM

BAB IV SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HAKIM DALAM

PERADILAN TERENGGANU

D. Mahkamah Syariah

Hakim Mahkamah Syariah di Terengganu merangkumi Ketua Hakim Syar’i, Hakim Mahkamah Rayuan Syari’ah, Hakim Mahkamah Tinggi Syari’ah dan Hakim Rendah Syari’ah. Didalam Enakmen No. 3 tentang Mahkamah Syariah Terengganu 2001 merangkumi pasal perlantikan tersebut. 64 Pasal 8 1 mengatakan “ Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasehat Menteri Besar, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syariah Ayat 2 mengatakan “ Seseorang layak dilantik di bawah ayat 1 jika; a Dia seorang warganegara yang beragama Islam; dan b Dia- i Selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau hakim atau pendaftar atau pendakwa syar’i sesuatu negeri atau pada masa yang sama memegang mana- mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula ii Selama tidak kurang dari lima belas tahun sebelum perlantikannya telah menjadi advokad syar’i sesuatu negeri atau pada suatu masa sebelum ini dimana-mana negeri; atau iiiSeorang yang arif hukum syarak. Ayat 3 orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syar’i seolah-olah dia telah dilantik dibawah subseksyen 1. Mahkamah syariah adalah satu badan yang terpisah daripada majelis dan berfungsi untuk membicarakan atau memutuskan kasus-kasus yang 64 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu: 2001 h. 207 diperuntukkan oleh Enakmen. Mahkamah syariah diadili oleh hakim, beliau dilantik oleh Sultan atau Raja negara bagian itu atau oleh Yang di-Pertuan Agong bagi negara bagian Pulau pinang, Melaka, Sabah dan sarawak. 65 Kelayakan seorang hakim tidak ada suatu ketetapan yang tertentu. Kecuali ditetapkan, mesti seseorang yang beragama Islam, warganegara malaysia. Tidak disyaratkan seorang yang ahli dalam bidang undang-undang Islam, kecuali keutamaannya diberikan kepada seseorang yang berkelulusan dalam bidang pengajian Islam khasnya dalam bidang syariah. Oleh karena tidak terdapat suatu ketetapan syarat bagi kelayakan hakim dalam bidang undang-undang , maka terdapat hakim di Mahkamah Syariah yang dilantik berkelulusan dalam bidang seperti bahasa arab dan usuluddin. 66 Berdasarkan peruntukan pasal 43 3Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 di negeri Pahang menyebut tentang kelayakan calon Ketua Hakim Syar’ie dan Hakim Mahkamah Tinggi adalah: 1. Seorang Lelaki 2. Seorang Warganegara Malaysia 3. Selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun sebelum perlantikannya dia telah bertugas sebagai advokad syar’ie dimana-mana Mahkamah Syariah atau sebagai anggota Mahkamah syariah atau mempunyai kepakaran dalam perundangan Islam 67 Pada prakteknya Mahkamah syariah hanya membicarakan dan menguruskan kasus-kasus yang tertentu seperti perkawinan, penceraian, nafkah anak dan istri, warisan dan harta sepencarian. 68 65 Ahmad Mohmaed Ibrahim Ahilemah Joned, Undang-undang Di Malaysia,Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986 h.54 66 Abu Bakar Abdullah, Kearah Pelaksanaan Undang-undang Islam Di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Terengganu: Pustaka Damai, 1986 h. 284 67 Muhammad Arifin. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia, jil 12, Selangor: Dawama SDN BHD, 2007 h.130 68 Ahmad Mohmaed Ibrahim Ahilemah Joned, Undang-undang Di Malaysia,Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986 h.54 Tugas hakim ialah melaksanakan keadilan. Oleh itu, seseorang hakim hendaklah menjaga segala tindak tanduk dan sikapnya dari sebarang perkara yang boleh menimbulkan keraguan tentang keadilan hukumnya dan kebersihan pribadinya. Hakim tidak boleh terpengaruh atau dipengaruhi oleh keadaan sekeliling atau oleh tekanan dari mana-mana pihak di dalam bentuk sekali apapun. Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah berfirman: I 9 . g B J 3: E . C8`h I G iE B _ ` Artinya: “Apabila kamu mengatakan sesuatu maka hendaklah kau berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan kerabat dengan mu QS: Al-An’am: 6 152 Allah memerintahkan supaya menghukum itu berasaskan hak dan tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan perasaan. = j:. C ]k 9 l 12 B4 Kmea n G oERgp HJW C fCF 5 5K 7rsCt F ` . uv lwx d 0y l] z{: C: 7|a }~ a ` Artinya: “Wahai Daud, sesungguhnya kami menjadikanmu Khalifah di bumi, maka jalankanlah hukuman diantara manusia dengan hukum syara’yang benar dan janganlah engkau menurut hawa nafsu karena yang demikian itu akan menyesatkan dari jalan Allah” QS: Shaad: 26 38

E. Mahkamah Sivil