Tugas hakim ialah melaksanakan keadilan. Oleh itu, seseorang hakim hendaklah menjaga segala tindak tanduk dan sikapnya dari sebarang perkara
yang boleh menimbulkan keraguan tentang keadilan hukumnya dan kebersihan pribadinya. Hakim tidak boleh terpengaruh atau dipengaruhi oleh
keadaan sekeliling atau oleh tekanan dari mana-mana pihak di dalam bentuk sekali apapun.
Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah berfirman:
I 9 .
g B
J 3:
E .
C8`h I
G iE B _ `
Artinya: “Apabila kamu mengatakan sesuatu maka hendaklah kau berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan kerabat
dengan mu QS: Al-An’am: 6 152
Allah memerintahkan supaya menghukum itu berasaskan hak dan tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan perasaan.
= j:. C
]k 9
l 12 B4
Kmea n
G oERgp
HJW C fCF
5 5K
7rsCt F
` . uv
lwx d 0y
l] z{: C:
7|a }~
a `
Artinya: “Wahai Daud, sesungguhnya kami menjadikanmu Khalifah di bumi, maka jalankanlah hukuman diantara manusia dengan hukum syara’yang benar
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu karena yang demikian itu akan menyesatkan dari jalan Allah”
QS: Shaad: 26 38
E. Mahkamah Sivil
Mahkamah sivil merupakan satu badan yudikatif negara, segala aturan dan sumber hukumnya berpandukan pada pelembagaan malaysia, begitu juga
halnya dengan syarat-syarat kelayakan hakim. Syarat kelayakan hakim mempunyai perbedaan dengan Mahkamah syariah.
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah
Tinggi semuanya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan pelantikan dibuat selepas di rundingkan dalam Majelis Raja-raja.
Sebelum Perdana Menteri memberi nasehat pada Yang di-Pertuan Agong, maka hendaklah dirundingkan dengan Ketua Hakim Negara, kecuali pelantikan itu
iyalah perlantikan Ketua Hakim Negara itu sendiri. Jika hendak dilantik Hakim Besar, maka sebelum Perdana Menteri memberi nasehat kepada Yang di-Pertuan
Agong maka hendaklah berunding dengan Hakim Besar yang telah dilantik. Untuk melantik sseorang hakim Mahkamah persekutuan pula, perdana menteri
haruslah berunding dengan kedua-dua hakim besar hakim besar dan hakim besar Mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak, dan untuk melantik hakim Mahkamah
tinggi, memadailah dirundingkan perkara pelantikan ini dengan hakim besar Mahkamah tinggi itu.
69
Untuk dilantik menjadi hakim, seorang itu haruslah warganegara Malaysia, dan dalam tempoh sepuluh tahun sebelum dilantik ia telah menjadi
advokad Mahkamah persekutuan atau Mahkamah tinggi, atau telah berkhidmat dalam pekhidmatan kehakiman dan perundangan bagi persekutuan atau bagi
sebagian dari tempoh sepuluh tahun itu dia telah menjadi advokad dan sebagian lagi dia telah berkhidmat dalam perkhidmatan itu. Seseorang hakim itu boleh
69
Tun Salleh Abbas, Prinsip Pelembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia Selangor: Dawama SDN BHD, 2006 h. 126
memegang jawatannya sehingga umur 65 tahun, walau bagaimanapun dia boleh meletakkan jawatannya sebelum ia mencapai umur 65 tahun. Seseorang hakim
tidak boleh dilucutkan daripada jawatannya melainkan dengan mengikut peraturan-peraturan yang tertulis dalam pelembagaan.
70
Yang di-Pertuan Agong boleh melucutkan seorang hakim daripada jawatannya jika di berkelakuan tidak baik, atau karena keuzuran badan atau
akalnya atau sebab-sebab lain yang tidak lagi membolehkan dia menjalankan tugasnya. Jika dengan sebab tersebut difikirkan penting supaya dilucutkan
seorang hakim itu daripada jawatannya, maka hendaklah Perdana Menteri membuat representasi tentang hal ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Kemudian
Yang di-Pertuan Agong akan melantik tribunal yang akan menyiasat dan membuat laporan dan syor atau saranan tentang perlucutan kepada Yang di-
Pertuan Agong. Berdasarkan laaporan dan syor atau saranan tribunal inilah seorang hakim itu boleh dilucutkan jawatan daripada tribunal itu, Yang di-
Pertuan Agong berhak menggantung seorang hakim itu daripada menjalankan tugas-tugasnya. Jika hakim yang digantung tugasnya itu iyalah hakim Mahkamah
Persekutuan, penggantungan itu disyorkan oleh perdana menteri, tetapi jika hakim itu hakim Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, penggnatungan dibuat atas
syor ketua hakim.
71
F. Analisis Perbandingan Syarat Hakim Dalam Sistem Perundangan Islam Dan