Mahkamah Sivil Dan Wewenangnya

wewenangnya sebagaimana di sebutkan dalam pasal 12 Enakmen no. 3 tentang Mahkamah Syariah Terengganu 2001, 53 yaitu; 1. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh negeri Terengganu dan hendakalah di ketuai oleh seorang hakim, 2. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah; a. Dalam bidang kuasa jinayah, membicarakan apa-apa kesalahan atau mana-mana oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan- kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang- undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit 54 , atau memenjara selama tempoh dua tahun atua kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang di peruntukan bagi kesalahan itu; b. Dalam bidang kuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikan kuasa untuk mendengar dan memutuskan, jika amaun atau nilai hal perkara yang di pertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat di anggarkan dengan wang tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian.

C. Mahkamah Sivil Dan Wewenangnya

Setelah terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, maka undang-undang Sivil dan atucara jinayah telah diselaraskan antara negeri-negeri selat, negeri-negeri Melayu bersekutu, negeri melayu tidak bersekutu, Sabah dan Sarawak. Pada kesimpulannya, menunjukkan bahwa kedatangan Inggris ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran, memperkenalkan undang-undang Inggris dan menyebarkan agama kristian. Kenyataan inni terbukti apabila Inggris bertindak campurtangan dalam semua urusan pentadbiran, terutamanya dalam sistem perundangan. Kesan dari itu munculnya 53 Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu 2001 h. 210 54 Rm 3000 Tiga Ribu Ringgit , Rp 8,100,000 Lapan Juta Seratus Ribu Rupiah. pemerintahan sekular di Tanah Melayu, penggunaan undang-undang Inggris mengenepikan sebagian besar undang-undang Islam dilakukan melalui hakim-hakim British, melalui pengenalan undang-undang Inggris dan penubuhan majelis negeri yang berkuatkuasa membuat undang-undang yang berdasarkan undang-undang Inggris. Negeri Melayu yang mempunyai Mahkamah Syariah Inggris bertindak mengurangkan bidangkuasa Mahkamah tersebut. Dan membuatkan undang-undang Inggris digunakan di setiap negeri. 55 Tugas kehakiman dalam Mahkamah Sivil wewenangnya sangat luas tidak terbatas kepada orang Islam saja bahkan merangkumi orang Islam dan bukan Islam yang boleh memutuskan banyak perkara mengikut bidangkuasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan akta persekutuan disamping enakmen negeri yang terpakai baginya dengan bersumberkan pada Perlembagaan Persekutuan dan juga berpandukan kepada common law Inggris. 56 Yang termasuk dengan Mahkamah sivil adalah Mahkamah atasan dan Mahkamah rendah, Mahkamah atasan termasuk Mahkamah persekutuan, Mahkamah rayuan dan Mahkamah tinggi dan yang termasuk dengan Mahkamah rendah adalah Mahkamah sesyen Mahkamah majistret. 57

a. Mahkamah Persekutuan

Terdapat satu sahaja kehakiman Persekutuan yang mentadbirkan Undang- Undang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri bagi semua Negeri-Negeri 55 Abu Bakar Abdullah, Kearah Pelaksanaan Undang-undang Islam Di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Terengganu: Pustaka Damai, 1986 h. 132 56 Institut Kefahaman Islam Malaysia,Sistem Kehakiman Islam Kuala Lumpur: Malindo Printers SDN BHD, 2001 h. 21 57 http:ms.wikipedia.orgwikiKehakiman_di_Malaysia diakses pada 18122009 pada jam 15.50 wib Persekutuan, oleh karena ketiadaan Mahkamah awam negeri, maka tidak timbul masalah bidangkuasa Mahkamah Persekutuan. 58 Mahkamah Persekutuan merupakan Mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kasus sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kasus jinayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kasus yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, yaitu kasus-kasus yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-Mahkamah Bawahan.

b. Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kasus rayuan sivil terhadap putusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau putusan Mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kasus-kasus yang melibatkan: 1. Tuntutan yang kurang daripada RM250,000; 2. Putusan Mahkamah atau perintah yang berkait dengan biaya sahaja; 3. Rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu. Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kasus jinayah Mahkamah Tinggi. 58 Ahmad Mohamad Ibrahim, Sistem Undang-Undang Di Malaysia,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986 h. 152

c. Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kasus sivil mahupun kasus jinayah . Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kasus-kasus yang tuntutannya melebihi RM250,000, selain daripada kasus-kasus yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor , penderitaan , dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa . Mahkamah ini juga membicarakan kasus-kasus yang berkait dengan: 1. Kesahan atau pembubaran perkahwinan perceraian dan perkara-perkara suami isteri; 2. Kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat ; 3. Penjagaan kanak-kanak ; 4. Pemberian kenyataan sah wasiat , wasiat , dan surat kuasa mentadbir estet ; 5. Injunksi , pelaksanaan tertentu specific performance, atau pembatalan kontrak ; 6. Kesahan individu. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kasus jinayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam . Kasus-kasus dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman . Sedangkan hakim- hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 , para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan . 59

d. Mahkamah Rendah

Hakim-hakim Mahkamah rendah yaitu Mahkamah majistret dan Mahkamah sesyen adalah asal dari pegawai perkhidmatan awam bagi persekutuan dan negeri. Oleh sebab itu mereka ini boleh dilucutkan daripada jawatan mereka seperti melucutkan jawatan pegawai-pegawai lain. Gaji mereka pun tidak ditetapkan oleh parlimen tetapi hanya diluluskan oleh parlimen setiap tahun. Walaupun demikian, putusanputusan yang dibuat oleh Mahkamah rendah juga merupakan keadilan dan kebebasan. Ini karena hakim Mahkamah rendah adalah lulusan undang-undang, dan putusan-putusan yanng dibuat oleh mereka boleh dipinda oleh Mahkamah tinggi atas rayuan yang dibuat oleh Mahkamah itu. 60 Di Malaysia Barat Mahkamah Rendah terbagi kepada tiga, yaitu Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Penghulu 59 http:ms.wikipedia.orgwikiKehakiman_di_Malaysia diakses pada 18122009 pada jam 15.50 wib 60 Tun Salleh Abbas, Prinsip-prinsip Pelembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006 h. 129

e. Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang di gelar hakim. Pegawai ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasehat hakim besar. Ia haruslah terdiri dari seorang yang mempunyai kelulusan sebagai advokat 61 Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati . Mahkamah-Mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim- hakim Mahkamah Sesyen dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen. Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kasus sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kasus-kasus yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor , penderitaan , dan kasus-kasus antara tuan rumah dan penyewa yang Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

f. Mahkamah Majistret

Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik. Mahkamah Majistret membicarakan semua kasus sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jinayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman sanksi sahaja, tetapi boleh 61 Ibid, h.130 mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan , sanksi sehingga RM10,000 danatau hukuman merotan sebanyak 12 kali. 62 Pada hari ini penggunaan undang-undang Inggris di seluruh Malaysia adalah dengan kuatkuasa Pasal 3 dan Pasal 5 Akta undang-undang Sivil 1956, dan dijalankan disetiap Mahkamah Sivil di seluruh Malaysia. 63 62 http:ms.wikipedia.orgwikiKehakiman_di_Malaysia diakses pada 18122009 pada jam 15.5 0. wib 63 Ahmad Mohamad Ibrahim, Sistem Undang-Undang Di Malaysia,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1986 h. 84

BAB IV SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HAKIM DALAM