Jabatan Hakim Kedudukan Hakim Dalam Hukum Ketatanegaraan Islam

adil tarjih maka shahadahnya ditolak. Bagaimanapun menurut Ibn Irfah mentadbir maslahah umum seperti membahagikan harta rampasan, mentadbir tentera, menyusun peperangan, memerangi penderhaka, membahagikan dan mengurus harta baitul mal bukanlah dibawah bidang kuasa al-qadha’. 14

B. Kedudukan Hakim Dalam Hukum Ketatanegaraan Islam

1. Jabatan Hakim

Jabatan Hakim adalah perkara yang penting bagi menegakkan keadilan sebenar dalam masyarakat secara praktek. Undang-undang yang adil sekalipun kadang-kadang menjadi tidak adil dengan sebab pelaksanaannya pincang. Hukum Islam yang yang dinyatakan oleh Allah yang maha adil, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasul yang bersifat adil, harus dilaksanakan dengan adil juga. Islam menetapkan cara yang menjamin dan mengukuhkan tegaknya keadilan dalam aspek kehakiman Hakim. Antaranya menetapkan pemisahan kuasa kehakiman daripada di pengaruhi oleh badan yang lain. Badan kehakiman adalah suatu kewajiban yang ditetapkan oleh al-Quran dan as- Sunnah dan Ijma’. Ia termasuk dalam urusan ibadah, pemerintahan dan memikul amanah besar dalam Islam. Walaupun hukumnya fardhu kifayah. Banyak ayat- ayat al-Quran yang mewajibkan pelaksanaan hukum Allah dengan adil, disertakan dengan amalan Nabi Muhammad dan para sahabat. Hukum yang berkait dengannya dan adab-adabnya, menjadi fardhu ain kepada orang yang melaksanakan yaitu hakim. 14 Mahmud Saedon, Penatdbiran Undang-undang Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 h.17 Di zaman Nabi SAW, Jabatan Hakim diberi hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak lain. Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul pilihan Allah menjadi contoh ulung dan unggul, tidak menyalahgunakan haknya menjadi ketua negara apabila berlaku pertelingkahan antara manusia dalam banyak peristiwa. Nabi Muhammad berjaya memisahkan kedudukannya sebagai ketua negara dan tidak mempengaruhi jabatan Hakim dengan melantik orang lain menjadi Hakim dengan perkara yang melibatkan pribadinya tanpa apa-apa gangguan. Keadaan ini menyebabkan orang Yahudi dan Musyrikin yang paling bermusuh dalam Islam berubah menjadi penganut Islam dan sahabat yang setia. Mereka melihat keadilan Islam secara langsung terhadap diri sendiri dan perkara ini tidak berlaku pada mereka sebelum kedatangan Islam. 15 Diantara butir perjanjian yang metrikan oleh Rasulullah SAW diantara orang Muhajirin dengan pendududk Islam kota Madinah, orang- orang Yahudi dan sebagainya, diantara butir tersebut itu ada menyebutkan “sekiranya berlaku diantara pihak yang memetrikan perjanjian ini sesuatu kejadian atau perbalahan yang di khawatirkan akan menyebabkan keburukan, maka penyelesaiannya dipulangkan kepada Allah dan Rasulullah. Ini tegas menunjukkan bahwa Rasullullah SAW merupakan hakim yang memutuskan segala sesuatu diantara penduduk asli kota Madinah dengan orang Muhajirin yang mendatang. Segala perbalahan dirujuk kepada Rasulullah SAW dan baginda merupakan satu-satunya Hakim mereka dalam setiap perbalahan. 16 15 Abdul Hadi Awang, Islam Untuk Semua, Selangor: PTS Islamika SDN BHD, 2009 h.58

2. Pengangkatan Hakim