Hadhanah dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah

baligh atau mumayyiz yang memerlukan penjagaan yang lebih tegas diserahkan kepada ayahnya. 67

D. Hadhanah dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah

Persekutuan 1984 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 telah membuat satu bab khusus tentang hadhanah dengan memberikan wewenang kepada Mahkamah Syariah dan Hakim untuk menangani masalah-masalah tuntutan hadhanah di Maahkamah dan melaksanakan putusan mahkamah yang telah ditetapkan mengenai masalah ini. Akta ini terdiri dari 10 bab, dan bab hadhanah atau pemeliharaan anak merupakan bab VII yang terdiri dari seksyen 81-105. Lampiran Dalam seksyen 81 1 menerangkan bahwa ibu lebih berhak menjadi pengasuh bagi anak-anaknya. 68 Syara’ telah menetapkan bahwa orang yang berhak menjadi hadhinah penjaga setelah ibu adalah sesuai dengan susunan keluarga sebagaimana disebutkan dalam seksyen 81 2 yaitu: 1. Nenek dari ibu ke atas. 2. ayah. 3. nenek dari ayah ke atas 67 Abdul Al-Sabuni, Op. Cit. Hal. 158. 68 Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Akta Undang-undang Keluarga Islam; Wilayah- wilayah Persekutuan 1984, Kuala Lumpur: International Law Book Services, 1998, h. 51. 4. saudara perempuan sekandung. 5. saudara perempuan seibu. 6. saudara perempuan seayah. 7. anak perempuan dari saudara perempuan sekandung. 8. anak perempuan dari saudara perempuan seibu. 9. anak perempuan dari saudara seayah. 10. saudara perempuan dari ibu. 11. saudara perempuan dari ayah. 12. ashabah laki-laki. Dalam seksyen 81 3 diterangkan bahwa seorang laki-laki yang berhak menjadi pengasuh mempunyai hubungan muhrim dengan anak perempuan. Dalam seksyen 81 4 diterangkan bahwa orang yang memiliki lebih banyak kelayakan lebih diutamakan menjadi hadhinah ketika semua yang berhak menjadi hadhanah berkumpul. Seksyen 82 juga menerangkan syarat-syarat untuk perempuan yang menjadi hadhinah seperti yang telah ditetapkan oleh syara’. 69 Seksyen 83 a-e menyatakan perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya hak hadhanah. Seksyen 84 1 menerangkan bahwa ulama fiqh telah menetapkan batasan umur untuk masa hadhanah dan mahkamah dapat memberi pertimbangan batasan umur ini tergantung permohonan yang diajukan. 69 Ibid., h. 52. Seksyen 84 2 menerangkan bahwa ayah diberi wewenang untuk mengambil hadhanah apabila habis masanya, dan anak-anak diberi kesempatan untuk memilih setelah ia mumayyiz. Seksyen 85 menerangkan hadhanah terhadap anak-anak yang tidak sahtaraf. Seksyen 86 1 menerangkan bahwa mahkamah mempunyai kuasa untuk melantik penjaga anak-anak dalam keadaan luar biasa tanpa mempertimbangkan seksyen 81 yang menetapkan ibu lebih berhak dan keluarga ketika tidak ada ibu dan ketika hilang kelayakan. Seksyen 86 2 menerangkan bahwa mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat pertimbangan berdasarkan kemaslahatan anak-anak dan memperhatikan kehendak ayah-ibunya dan anak-anak dalam penetapan pengasuh setelah anak- anak itu mumayyiz. 70 Seksyen 86 3 menerangkan bahwa Mahkamah hendaklah memperingatkan bahwa penjagaan secara bergantian tidak boleh mengganggu kehidupan anak-anak tersebut. Seksyen 86 4 menerangkan bahwa mahkamah mempunyai kuasa untuk melantik pengasuh lebih dari satu untuk beberapa anak dari ayah-ibu yang sama berdasarkan kemaslahatan masing-masing anak. Seksyen 86 5 menerangkan bahwa mahkamah mempunyai wewenang untuk membuat perintah kepada instansi tertentu untuk penjagaan anak. 70 Ibid., h. 53. Seksyen 87 1 dan 87 2 a – b mahkamah diberi kuasa meletakkan tanggung jawab kepada penjaga bersama-sama dengan perintah hadhinah serta mengenakan beberapa syarat terhadap penjaga bagi menguruskan pelajaran dan pendidikan kanak-kanak, kepentingan tempat tinggal, pendidikan agama, pengawalan dan masalah lawatan atau berjumpa kanak-kanak dengan ayah- ibunya atau keluarganya atau sebaliknya. 71 Seksyen 87 2 c dan d Mahkamah memberi izin kepada anak-anak untuk mengunjungi pihak yang tidak tidak mempunyai hak penjagaan dan pihak yang tidak mempunyai hak penjagaan diberi izin untuk bertemu anak-anak itu. Seksyen 88 1 mahkamah diberi kuasa memutuskan sama ada layak atau tidak diberi hadhanah kepada ayah-ibu atau orang lain yang berhak sekiranya permohonan dibuat kepada mahkamah. Seksyen 88 2 menerangkan bahwa ayah ialah pengasuh utama bagi anak-anak dan boleh memberi apa-apa perkiraan yang perlu dan baik kepada orang lain berhubung dengan penjagaan kanak-kanak demi kepentingan mereka. Seksyen 88 3 ayah boleh membuat wasiat untuk melantik penjaga harta anaknya dan mahkmah diberi kuasa untuk melantik orang lain sebagai penjaga harta kanak-kanak. 72 Seksyen 88 4 menetapkan umur anak-anak untuk tujuan wasiat dalam seksyen-seksyen di atas. 71 Ibid., h. 54. 72 Ibid., h. 55. Dari seksyen 89 hingga akhir Bab Hadhanah dalam Akta ini penulis tidak membuat ulasan apapun karena tidak termasuk dalam pembahasan. Walau bagaimanapun juga penulis telah menyebut Seksyen-seksyen karena berkaitan juga dengan penjagaan anak-anak. 73 Setelah diteliti Seksyen-seksyen Bab Hadhanah dalam Akta Undang- undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 ini dapat ditemui pada keseluruhan kandungannya adalah sesuai dengan hukum syara’ seperti dijelaskan oleh ulama-ulama fiqh, meskipun demikian penulis berpendapat masih terdapat kekurangan-kekurangan yang perlu ditambah dalam bab ini untuk melengkapi seluruh aspek hadhanah sebagaimana yang terdapat dalam perundangan Islam. Perkara-perkara yang perlu ditambah seperti : a Dalam Seksyen 82 telah disebutkan bahwa syarat-syarat perempuan yang berhak menjadi penjaga hadhinah hendaklah mempunyai lima syarat saja, tetapi menurut kitab-kitab fiqh terdapat sebelas syarat yang perlu disebutkan dalam Seksyen ini. b Dalam Akta ini tidak terdapat Seksyen yang menyebut mengenai hadhanah anak-anak Wati Syubhat dan anak-anak Li’an, sedangkan hadhanah anak-anak zina dijelaskan dalam Seksyen 85 dan diberi taraf kedudukannya sebagai anak tidak sahtaraf. Penulis berpendapat bahwa Seksyen anak-anak Wati Syubhat dan Li’an hendaklah diadakan supaya anak-anak ini dianggap sama dengan anak zina, 73 Ibid., h. 56-63. disebabkan telah terdapat hukum-hukum dalam kitab fiqh dan penting untuk dijadikan undang-undang yang memutuskan permasalahan anak-anak jenis ini. c Dari pembahasan, pendapat penulis mengenai perkara-perkara di atas, di sini sekali lagi mengusulkan supaya diadakan beberapa Seksyen yang bersangkutan Bab Hadhanah dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 seperti dikemukakan di atas demi permasalahan anak-anak dan penjaganya juga perannya dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga dengan merevisi pasal-pasal dari Undang-undang yang ada dapat mengembalikan peran serta fungsi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dalam mengendalikan urusan dan administrasi keluarga Islam lebih berkesan dari sekarang untuk menuju kepada cita-cita meningkatkan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia.

BAB IV PERAN SULH TERHADAP PENYELESAIAN SENGKETA HADHANAH