Gambaran Umum Tentang Sulh di Mahkamah Syariah

BAB IV PERAN SULH TERHADAP PENYELESAIAN SENGKETA HADHANAH

DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MALAYSIA

E. Gambaran Umum Tentang Sulh di Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di Gedung Sulaiman, Jl. Damansara, Kuala Lumpur. Gedung ini telah diumumkan sebagai Mahkamah Syariah pada 1 September 1990 melalui pengumuman kerajaan P.U.B dan P.U.B 702. 74 Sebelum ditempatkan di Gedung Sulaiman ini Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk pertama kalinya ditempatkan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 75 Mahkamah ini kemudian berpindah lagi ke Gedung Jabatan Kerja Raya Malaysia JKR di Jalan Tun Abdul Razak dan terakhir dipindahkan lagi ke Gedung Baitul Mal, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 76 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berhasil menempatkan diri setingkat dengan agensi kerajaan yang lain dari aspek 74 “Latar BelakangProfil Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan”. Situs diakses pada 20 Februari 2008 dari http:www.mswp.gov.my 75 Ibid 76 Ibid profesionalitas pelayanan dan ketertiban sehingga memperoleh penghargaan MS ISO 9002 pada pertengahan tahun 2003. 77 Penyelesaian melalui konsep sulh perdamaian telah diatur di Wilayah Persekutuan dalam Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998. Dalam Seksyen 99 akta ini menyebutkan bahwa: Sulh – Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh untuk menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian mengikut Hukum Syarak. 78 Walaupun ketentuan mengenai sulh hanya wujud secara khusus pada tahun 1998 apabila berkuatkuasanya Akta tersebut, namun ini tidak bermakna sebelum itu prinsip ini tidak diamalkan. Pada penelitian penulis, prinsip ini telah lama diamalkan dalam bentuk di mana pihak-pihak yang bersengketa yang bersetuju untuk berdamai di atas sebahagian atau kesemua tuntutan gugatan, mahkamah akan mengeluarkan satu perintah berbentuk hitam putih dengan mencatitkan “penyelesaian dengan persetujuan bersama”. Oleh itu penulis berpendapat penyelesaian di atas sudah dikira sebagai sulh kerana secara umumnya, ia telah menepati konsep sulh dalam Islam. 79 77 Ibid 78 Undang-undang Malaysia, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998 [Akta 585], undang-undang diakses pada 22 Februari 2008 dari http:www.esyariah.gov.my 79 Sheikh Ghazali Hj. Abdul Rahman.“Sulh Mediasi Dalam Pentadbiran Mahkamah Syariah Cabaran Masa Depan”. Seminar Kebangsaan Penyelesaian Pertikaian Alternatif, 4-5 Februari 2002. Sebagai suatu langkah untuk melaksanakan sulh bagi mempercepat penyelesaian kasus-kasus di Mahkamah serta menyelaraskan ketentuan tersebut, maka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah membentuk Jawatankuasa Kaedah-kaedah Tatacara Mal Sulh Wilayah-wilayah Persekutuan 2004 [P.U. A 18 2004]. Jawatankuasa ini dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan dimana keanggotaannya adalah berdasarkan Seksyen 246 1, 2 dan 3 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998. 80 Kaedah-kaedah ini dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 99 Akta ini. 81 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebagai badan perintis pelaksanaan konsep sulh ini secara sistematik telah bergerak ke arah pelaksanaan tersebut termasuklah membentuk Jawatankuasa Kaedah-kaedah yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan dimana keanggotaannya adalah berdasarkan seksyen 246 1, 2, 3 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah 80 Mohd Haris bin Kasim, Penolong Pengarah Pusat Sumber Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Wawancara Pribadi, Putrajaya, 5 Januari 2007 81 Undang-undang Malaysia, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998 [Akta 585], undang-undang diakses pada 22 Februari dari http:www.esyariah.gov.my Persekutuan dan rujukan kepada Draf Kaedah-kaedah Tatacara Mal Sulh Wilayah-wilayah Persekutuan 1998. 82 Pelaksanaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung dengan Sulh ialah secara Penyelesaian Damai. Dengan kata lain konsep Sulh digunapakai secara umum dimana semua kes-kes selepas didaftarkan akan diagihkan kepada Pengerusi Majlis Sulh Pendaftar yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie mengikut Kaedah-kaedah Prosedur Mal Sulh untuk mengadakan sesi Sulh. 83 Kes-kes yang berjaya diselesaikan secara Sulh ini ialah kes penyelesaian secara damai tanpa melibatkan perbicaraan dan Pengerusi Majlis Sulh Pendaftar akan membawa persetujuan penyelesaian kes tersebut serta syarat-syarat yang dipersetujui kepada Hakim untuk direkodkan dan Perintah Persetujuan Bersama dikeluarkan.

F. Tatacara Pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan