PENJELMAAN PATRI OTI SME

9 Konferensi Int ernasional Kesusast raan XXII UNY-HISKI, 2012 Rabitah senantiasa meratap, menangis, bermonolog sendirian dan menjadi seorang pengenang kisah nenek-moyangnya. Melalui teknik imbas kembali dan interior- monologue, Rabitah juga sering mengimbau kenangan pahit manis ketika dia menjadi pejuang bangsa yang disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai ahli keluarga dari keturunan Oyang Denan, iaitu moyang pertamanya, Rabitah mahu menjadikan arwah moyangnya itu sebagai teras yang memaku jurai keturunannya supaya tinggal menetap di Pulau Gunung Cengal. Namun, segala harapannya berkecai apabila anak-anaknya, menantu dan cucu- cucunya tidak mempunyai keyakinan untuk tinggal di pulau itu dan mempertahankan pusaka warisan tinggalan leluhurnya, Mereka bertindak nekad mahu menjua pulau itu yang boleh memberi pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka juga tanpa segan silu sanggup menggadai Pulau Gunung Cengal kepada orang lain. Hal ini misalnya boleh dilihat melalui tindakan Mohd Sakirin yang mempergunakan sumber kekayaan pulau itu untuk kepentingan pihak colonial. Rabitah menjadi semakin resah apabila rumah pusaka tinggalan nenek moyang turut mahu diroboh oleh anak-anak dan cucu-cucunya sendiri yang sombong dan gila akan harta pusaka. Pada hali baginya, rumah pusaka tersebut menyimpan banyak kisah-kisah lama di samping kaya dengan kesenian dan motif-motif ukiran yang tidak ternilai harganya. Sikap tamak haloba yang tertanam dalam diri anak- anaknya, terutama anak sulungnya, Yasser, yang bertindak kejam mengumpil dinding dan mahu merobohkan tiang rumah pusaka tersebut amat menghiris perasaan Rabitah. Begitu juga dengan sikap sikap anak-anak Yasser serta isterinya, Khazanah, yang turut mahu menghapuskan jejal warisan keturunannya sendiri tanpa memikirkan perasaan Rabitah sebagai orang tua yang begitu menyanjung tinggi tinggalan moyangnya. Kepedihan hati dan jiwa Rabitah yang terseksa akibat perbuatan anak cucunya sering diredakan oleh suara arwah bapanya yang sering terngiang-ngiang memberikan nasihat dan inspirasi yang amat berguna kepadanya dalam mengharungi kesengsaraan tersebut. Ratapan dan tangisan yang berpanjangan akhirnya terubat setelah Makmor dan Siti Mustika anak kembarnya kembali ke Pulau Gunung Cengal untuk menghalang rumah pusaka bertiang seri itu daripada jatuh ke tangan pihak bank kerana mahu dijual oleh Johan dan Adam atas tujuan mahu membeli sebuah banglo mewah. Harapan dan cita-cita Rabitah untuk mengabadikan generasi arwah Oyang Denan dan arwah Nyai Teja Kartini di Tanah Orang Melayu ini terus tinggal di Pulau Gunung Cengal itu akhirnya termakbul juga berkat doanya yang tidak pernah putus-putus kepada Allah swt.

3.0. PENJELMAAN PATRI OTI SME

Masalah menuntut hak daripada golongan berkuasa yang bertindak menjajah dan memerintah tanpa restu masyarakat serta mempertahankan yang hak, iaitu harta warisan pusaka dari jatuh ke tangan yang tidak bertanggungjawab masih dilingkungi tahap patriotisme. Mempertahankan yang hak merupakan fenomena kewibawaan seseorang pejuang yang dicirikan oleh sifat rasa sayang dan cinta terhadap tanah air sendiri. I ni diikuti dengan sifat rasa bangga dengan tanah air sehingga mencetuskan kata-kata ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baiklah lagi negara sendiri’. Malah, darah dan roh seorang pejuang akan terus memperjuangkan kepentingan haknya sehinggalah di nafas yang terakhir. Mereka bersedia mempertahankan tanah air daripada ancaman serangan musuh. Kesediaan membela kepentingantanah air 10 Konferensi Int ernasional Kesusast raan XXII UNY-HISKI, 2012 walaupun dirinya dicemuh dan dihina sehingga mereka berpegang teguh pada tali keyakinan dengan mengatakan my country. Dalam pada itu, konsep juang ini dapat dirangkum seperti berikut: • Patriotisme menyerlahkan sikap insan yang bersiap sedia sudi mengorbankan segala-galanya - lahir, batin, materi, idea semangat – dengan tujuan untuk memperolehi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air. • I nsan pencinta bangsa negara, insan yang memperjuangkan kepentingan bangsanya Othman Puteh, 2000 Semangat patriotisme seharusnya lahir dari lubuk hati yang ikhlas dan jujur. Semangat ini lahir dari dalam jiwa apabila terdapat masalah-masalah yang perlu diselesai. Masalah mungkin menyebabkan masyarakat tertindak, kuasa kesejahteraan hidup masyarakat tergugat, atau pengurusan hidup bermasyarakat cuba dirampas oleh orang lain yang tidak dikenali. Mengikut Abdul Rahman Napiah 2000, patriotisme dianggap sebagai saudara kembar kepada nasionalisme, iaitu suatu usaha dan tindakan yang meminta pengorbanan daripada rakyat untuk membebaskan negara, kedaulatan dan memantapkan negara dan bangsanya. Justeru, setiap individu perlu berkorban tenaga dan minda semata-mata untuk mempertahankan tanah air tercinta. Bagi Hashim Awang pula, aspek kehidupan yang sering mendapat keutamaan untuk turut tersentuh dan teradun oleh kesusasteraan Melayu dalam sifatnya yang sebegitu rupa ialah politik. Persoalan patriotisme terlihat sebagai amat mendapat perhatian dan kesungguhan untuk digarap, teristimewanya wujud dalam penciptaan sastera berbenuk novel. Secara murninya, patriotisme harus berupaya menyerlahkan sikap insan yang bersiap sedia dan sudi mengorbankan segala-galanya – lahir, batin, materi, idea dan semangat – untuk memperoleh kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air. I ndividu yang sayangkan negara, yang mermperjuangkan kepentingan bangsanya digelar nasionalis atau patriot. Dalam diri patriot wujud dan terhimpun semangat kebangsaan atau nasionalisme. Nasionalisme pula merupakan intipati kesedaran yang muncul dalam jiwa yang berhasrat mencapai, mempertahankan dan mengabadikan jati diri, intergriti dan kekuatan bangsa itu sendiri. Menurut Hans Kohn 1967, nasionalisme atau patriotisme merupakan satu situasi akal yang menyerlahkan kesetiaan utama individu kepada negara. Patriotisme dan nasionalisme, bukan sesuatu perkara baru dalam kesusasteraan Melayu. I a mula hadir semenjak zaman tradisi sastera lisan lagi. Terutama yang terungkap dalam cerita-cerita penglipur lara, cerita-cerita panji dan sastera epic dan lain- lain lagi. Dalam konteks sastera pasca-moden, khususnya dalam novel, fenomena sosio- politik-ekonomi yang hadir pada era pra dan pasca-perang dunia kedua, sebelum merdeka dan selepas merdeka telah banyak dan diyakini akan terus dimanfaatkan oleh pengarang sesuai dengan keperluan dan transformasi waktu. Lantaran itu, usaha membebaskan diri dari belenggu menjadi agenda terpenting. Mereka akan bergerak secara individu atau kelompok. Mereka bermuafakat untuk mencerna plan gerakan yang lebih efektif. I ndividu yang pernah berjuang dalam bentuk kepartian atau secara individu dengan tujuan untuk kemerdekaan tanah air atau 11 Konferensi Int ernasional Kesusast raan XXII UNY-HISKI, 2012 mendapat kebebasan akan terus berjuang dengan apa cara sekalipun. Mereka mungkin berjuang secara terang-terangan atau secara gerila. Perjuangan mereka akan berkesinambungan sehingga ke usia tua. Dalam hal ini, pejuang yang dapat meneruskan hidup, perjuangan akan menjadi memori yang akan diingat dan diluahkan kepada anak- cucunya. Di dalam lubuk hati, mereka mahu diiingati sebagai pejuang bangsa dan negara.

4.0. KECERAKI NAN PATRI OTI SME