SI NOPSI S ‘RATAP RABI TAH’

8 Konferensi Int ernasional Kesusast raan XXII UNY-HISKI, 2012 WASI TAH DALAM NOVEL ‘RATAB RABI TAH’: I NTERPRETASI WANI TA MELAYU Dr. Naffi Mat Universiti Pendidikan Sultan I dris, Tg. Malim, Perak napiematgmail.com 1.0. MUQADI MAH Wasitah yang dianggap semangat spirit sudah lama wujud dalam peradaban manusia, iaitu sejak manusia yang sebelum ini hidup berkomuniti kecil dan terasing atau terperinci mulai memasuki penghidupan dalam komuniti yang jauh lebih besar berlandaskan dua konsep, iaitu wujudnya daerah bumi dengan batas-batas sempadannya yang dianggap milik mereka, dan pemilikan satu identiti ‘bangsa’ yang mempunyai hak atau tuntutan ke atas tanah milik mereka bersama. Lebih wajar istilah ‘wasitah’ dianggap semangat patriotism. Maka sifat ini diperkait dengan individu yang mempunyai semangat juang yang berani tampil di depan masyarakat bagi mencapai hasrat yang difikirkan untuk kepentingn bersama. Semangat juang yang diperkirakan sebagai semangat patriotisme tersisip dalam karya prosa dengan menampilkan watak-watak yang berjuang untuk memerdekakan masyarakatya dari belenggu penjajah. Keluasan penciptaannya tidak terbatas, iaitu tidak hanya terbatas kepada penglahiran karya seni semata-mata. Dengan sifat kesusasteraan Melayu yang menampilkan soal-soal interaksi seperti agama, moral, ekonomi, sejarah, budaya dan politik dengan sendirinya, kemunculannya memberi kesan kepada khalayak. Mengikut George A. Panichas 1974: xxiv, sifat kesusasteraan bukanlah setakat berupa pemerian atau pengisahan bagi sesuatu zaman tetapi juga bertindak sebagai seruan ke arah kebaikan untuk pelbagai rencah kehidupan. Novel ‘Ratap Rabitah’ karya Aminah Mokhtar, yang memenangi hadiah saguhati dalam sayembara “Novel Sako 3” merungkai persoalan patriotisme yang ada dalam dada seorang wanita tua.

2.0. SI NOPSI S ‘RATAP RABI TAH’

Mengisahkan watak ‘saya’ Rabitah. iaitu seorang wanita tua yang berusia lebih seratus tahun, yang telah melalui pelbagai kegetiran hidup sewaktu zaman penjajahan Belanda dan I nggeris. Rabitah turut merasai jerih perih kekejaman Jepun sewaktu zaman penguasaan Jepun. Watak Rabitah diolah sebagai seorang wanita yang mempunyai semangat juang yang kuat dan tabah sewaktu mudanya. Dia digambarkan, tidak pernah menangis, ataupun menyerah kalah dengan segala pancaroba yang berlaku terhadap hidupnya sebagai seorang pejuang bangsa dan negara. Akan tetapi setelah usianya meningkat, sesudah dia tidak lagi cergas, fizikalnya semakin kurang tenaga, Rabitah tidak putus-putus mengungkap semula nasib hidupnya kerana harapan untuk menjaga keturunannya tidak diteruskan sebagaimana yang diharapkannya. Kesedihnya semakin bertambah apabila anak-anaknya yang seramai sepuluh orang itu tidak mahu pulang untuk menjunjung sejarah bangsa yang berlingkar di Pulau Gunung Cengal. 9 Konferensi Int ernasional Kesusast raan XXII UNY-HISKI, 2012 Rabitah senantiasa meratap, menangis, bermonolog sendirian dan menjadi seorang pengenang kisah nenek-moyangnya. Melalui teknik imbas kembali dan interior- monologue, Rabitah juga sering mengimbau kenangan pahit manis ketika dia menjadi pejuang bangsa yang disegani oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai ahli keluarga dari keturunan Oyang Denan, iaitu moyang pertamanya, Rabitah mahu menjadikan arwah moyangnya itu sebagai teras yang memaku jurai keturunannya supaya tinggal menetap di Pulau Gunung Cengal. Namun, segala harapannya berkecai apabila anak-anaknya, menantu dan cucu- cucunya tidak mempunyai keyakinan untuk tinggal di pulau itu dan mempertahankan pusaka warisan tinggalan leluhurnya, Mereka bertindak nekad mahu menjua pulau itu yang boleh memberi pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka juga tanpa segan silu sanggup menggadai Pulau Gunung Cengal kepada orang lain. Hal ini misalnya boleh dilihat melalui tindakan Mohd Sakirin yang mempergunakan sumber kekayaan pulau itu untuk kepentingan pihak colonial. Rabitah menjadi semakin resah apabila rumah pusaka tinggalan nenek moyang turut mahu diroboh oleh anak-anak dan cucu-cucunya sendiri yang sombong dan gila akan harta pusaka. Pada hali baginya, rumah pusaka tersebut menyimpan banyak kisah-kisah lama di samping kaya dengan kesenian dan motif-motif ukiran yang tidak ternilai harganya. Sikap tamak haloba yang tertanam dalam diri anak- anaknya, terutama anak sulungnya, Yasser, yang bertindak kejam mengumpil dinding dan mahu merobohkan tiang rumah pusaka tersebut amat menghiris perasaan Rabitah. Begitu juga dengan sikap sikap anak-anak Yasser serta isterinya, Khazanah, yang turut mahu menghapuskan jejal warisan keturunannya sendiri tanpa memikirkan perasaan Rabitah sebagai orang tua yang begitu menyanjung tinggi tinggalan moyangnya. Kepedihan hati dan jiwa Rabitah yang terseksa akibat perbuatan anak cucunya sering diredakan oleh suara arwah bapanya yang sering terngiang-ngiang memberikan nasihat dan inspirasi yang amat berguna kepadanya dalam mengharungi kesengsaraan tersebut. Ratapan dan tangisan yang berpanjangan akhirnya terubat setelah Makmor dan Siti Mustika anak kembarnya kembali ke Pulau Gunung Cengal untuk menghalang rumah pusaka bertiang seri itu daripada jatuh ke tangan pihak bank kerana mahu dijual oleh Johan dan Adam atas tujuan mahu membeli sebuah banglo mewah. Harapan dan cita-cita Rabitah untuk mengabadikan generasi arwah Oyang Denan dan arwah Nyai Teja Kartini di Tanah Orang Melayu ini terus tinggal di Pulau Gunung Cengal itu akhirnya termakbul juga berkat doanya yang tidak pernah putus-putus kepada Allah swt.

3.0. PENJELMAAN PATRI OTI SME