HBML4103
12 Penggunaan  kosa  kata  pinjaman  Arab-Parsi  juga  boleh  didapati  menerusi  karya
bahasa  Melayu  Moden.  Perkataan-perkataan  seperti  Allah,  insyaallah  dan  sebagainya juga  ada  digunakan.  Namun  pendedahannya  tidak  sehebat  seperti  dalam  bahasa  Melayu
Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam tulisan rumi,  tidak seperti  karya bahasa Melayu  Klasik  yang menggunakan tulisan Arab
bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata- kata yang berfungsi sebagai “mukadimah”.
Penggunaan  kosa  kata  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  bukan  sahaja  menerima pengaruh  dari  bahasa  Sanskrit,  Arab  dan  Parsi,  malahan  ianya  turut  dipengaruhi  oleh
bahasa Jawa. Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat
hang  Tuah  ini.  Pengaruh  Panji  jawa  begitu  ketara  sekali  terutamanya  apabila  nama kerabat  diraja  dan  golongan  bangsawan  Melaka  dan  Terengganu  menggunakan  gelaran
Jawa.  Ini  jelas  dapat  dilihat  berdasarkan  nama-nama  yang  diberikan  kepada  kedua-dua puteri  baginda  raja  Melaka,  iaitu  Raden  Bahar  dan  Raden  B
aju.  “Raden”  merupakan gelaran diraja  yang sering digunakan kepada putera raja Jawa  yang sama ertinya seperti
gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat  yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran  yang diberikan kepada para
alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan “Kyai” ini pula  samalah  ertinya  dengan  perkataan  Ustaz,  Imam,  Haji  dan  Lebai  yang  sering
digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden.
5.3 Pengulangan Perkataan
Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan  pandangannya  sendiri  melalui  hasil  karyanya.  Gaya  bahasa  yang  baik  melibatkan
banyak  penggunaan  perbendaharaan  kata.  Salah  satu  dari  ciri-ciri  yang  membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah dari segi pengulangan kata.
Perbendaharaan  kata  yang  digunakan  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  didapati  banyak menggunakan  pengulangan  perkataan.  Perkara  ini  dapat  dibuktikan  apabila  penelitian
HBML4103
13 terhadap Hikayat hang Tuah dilakukan. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak
didapati  di  dalam  karya  hikayat  ini.  Sebagai  sebuah  hasil  karya  klasik,  gaya  bahasa pengulangan adalah perkara yang lazim didapati.
Perkataan-perkataan  yang  sering  kali  digunakan  secara  berulang-ulang  di  dalam Hikayat Hang Tuah adalah :
a.  setelah b.  alkisah
c.  hatta d.  maka
e.  sebermula f.  arakian
g.  syahadan h.  sekalian
Berdasarkan  penelitian  penulis  terhadap  kandungan  hikayat  ini  terutamanya  pada halaman dua belas dan tiga belas, bilangan penggunaan perkataan ‘maka’ telah diulang
sebanyak dua puluh tiga kali sementara bagi perkataan ‘hatta’ pula ianya telah diulang
tulisannya sebanyak empat kali.
Pada masa yang sama terdapat juga pengulangan perkataan bagi kata ganda yang terdapat di dalam hikayat ini. Kata ganda yang dimaksudkan adalah seperti :
a.  raja-raja b.  anak-cucu
c.  sekali-sekala d.  bunyi-bunyian
e.  orang besar-besar f.  bermain-main
g.  anak bini
HBML4103
14 Disamping itu pengulangan bagi kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung juga
kerap  berlaku  dalam  bahasa  Melayu  Klasik.  Hikayat  Hang  Tuah  sendiri  telah memperlihatkan beberapa contoh pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung
yang  sering  digunakannya.Jadual  5.3  di  bawah  dapat  menjelaskan  lagi  antara pengulangan kata yang sering digunakan d dalam hikayat ini.
Bil Jenis Pengulangan Kata
Contoh-contoh 1
Kata Tunjuk itu, sana, maka
2 Kata Hubung
yang, dan, atau 3
Kata Penegas lah, pun
Pengulangan  bagi  perkataan-perkataan  yang  digunakan  dalam  bahasa  Melayu Klasik  dilihat berbeza dengan bahasa Melayu Moden. Penggunaan kata  berulang dilihat
tidak  berlaku  di  dalam  bahasa  Melayu  Moden.  Penulis  berpendapat  antara  punca  utama yang menyebabkan berlakunya pengulangan kata di dalam bahasa Melayu Klasik adalah
disebabkan  kurangnya  perbendaharaan  kata  pada  ketika  itu.  Keadaan  ini  juga  berpunca akibat  dari  pengaruh  bahasaSanskrit  dan  Arab  yang  pernah  digunakan  sebelumnya  oleh
masyarakat Melayu pada zaman tersebut.
Berbeza  dengan  bahasa  Melayu  Moden,  kesedaran  tentang  penggunaan  nahu bahasa  Melayu  yang  betul  dan  pembangunan  pengistilahan  amat  dititik  beratkan  dalam
bahasa  Melayu  Moden.  Ini  dapat  dibuktikan  dengan  penghasilan  Pelita  Bahasa  Melayu oleh  Pend
ita Za’ba sekitar tahun 1940 yang menghuraikan kaedah nahu bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu bahasa Inggeris. Nahu Za’ba
lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Disamping itu penubuhan  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  pada  22  Jun  1956,  juga  telah  membawa
perubahan yang besar terhadap bahasa Melayu yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Di antara matlamat penubuhannya adalah untuk :
memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
mengubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
HBML4103
15
5.4 Penggunaan Kata Pangkal Ayat