Penggunaan Kosa Kata Klasik Penggunaan Bahasa Istana

HBML4103 16 Berdasarkan petikan di atas yang telah dituliskan semula dengan menggunakan bahasa Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang asal. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden telah mengabaikan perdu perkataan ini kerana ianya tidak memberi sebarang maksud atau makna tertentu dalam karya mereka.

5.5 Penggunaan Kosa Kata Klasik

Selain dari ciri-ciri yang telah dibincangkan, bahasa Melayu Klasik juga dilihat sering kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain- lain lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi. Bagi memperlihatkan penggunaan yang meluas kosa kata ini di dalam karya bahasa Melayu Klasik, jadual yang berikutnya ini akan menunjukkan antara contoh kosa kata klasik yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah beserta terjemahannya yang dilakukan dalam bahasa Melayu Moden. Jadual 5.5 : Penggunaan Kosa Kata Klasik Dalam Hikayat Hang Tuah Kosa Kata Klasik Asal Terjemahan Ke Dalam bahasa Melayu Moden aviad adika amum anak bingkis arkian andalan bajuzirah berpelik bersuaka bertandak Arab kawi Siam Sanskrit putih tuanku pangkat bagi gol bangsawan barang pemberian sesudah itu cagaran baju besi bersubang kecil berlindung HBML4103 17 Berdasarkan jadual di atas, ianya jelas memperlihatkan perbezaan perkataan dan sebutan bagi kosa kata klasik dengan kosa kata terjemahan yang dilakukan ke dalam bahasa Melayu Moden. Walaupun mempunyai maksud yang sama, akan tetapi perkataan tersebut disebutkan dengan dua cara yang berbeza.

5.6 Penggunaan Bahasa Istana

Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap beraku berbanding di dalam karya bahasa Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan di dalam karya bahasa Melayu Klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang diptik dari Hikayat Hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad 2008 : 5 yang berbunyi : Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan puteri Kemala Ratna Peling gan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda. Namun begitu penggunaan bahasa istana ini, kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden didapati bertemakan tentang kehidupan insan dalam kelompok masyarakat biasa. Oleh itu penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu semakin hari semakin ditinggalkan dalam masyarakat Melayu Moden. HBML4103 18

5.7 Penggunaan Aksara Jawi