HBML4103
22 menjelaskan  kepada  pembaca  bahawa  Sang  Sapurba  mempunyai  anak  seramai  empat
orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat  itu  berbelit-belit  dan  sukar  difahami.  Hal  ini  bertentangan  dengan  gaya  penuliasan
bahasa  Melayu  Moden  yang  mementingkan  ketepatan  maklumat  bagi  memudahkan kefahaman  pembaca.  Oleh  itu  ayat-ayatnya  dituliskan  dengan  lebih  ringkas  tanpa
meninggalkan sebarang maklumat penting.
6.2 Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang
Selain  daripada  penggunaan  ayat  yang  berulang-ulang,  ciri-ciri  lain  yang  turut  dikesan dalam  bahasa  Melayu  Klasik  ialah  terdapatnya  pendepanan  predikat  dalam  sesuatu  ayat
yang digunakan. Pendepanan predikat dalam ayat ini juga disebut sebagai penyongsangan ayat. Terdapat pelbagai-bagai jenis pendepanan predikat ini antaranya adalah :
a.  pendepanan predikat kata kerja b.  pendepanan objek
c.  pendepanan kata pelengkap
Hal yang sedemikian berlaku berpunca daripada pengaruh nahu bahasa Arab yang terdapat  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  itu  sendiri.  Antara  contoh-contoh  ayat  yang
menunjukkan ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti yang berikut :
Setelah  sudah  bermuat  maka  nakoda  itu  pun  turunlah  keperahunya  lalu berlayar ke Palembang.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13
Hatta,  beberapa  lamanya  belayar  itu,  maka  nakhoda  itu  pun  hampirlah akan sampai ke Palembang.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13
HBML4103
23 Berapa antaranya maka dilihat oleh Hang Tuan dari jauh, maka kelihatan
perahu belayar tiga buah menuju perahu mereka itu. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 37
Ciri-ciri  penyongsangan  ayat-ayat  bahasa  Melayu  Klasik  dilihat  berbeza  dengan ciri-ciri  penyongsangan  ayat-ayat  bahasa  Melayu  Moden.  Menurut  Nik  Safiah  Karim
2010, ayat tunggal dalam bahasa Melayu Moden boleh terbentuk dalam susunan biasa dan  boleh  juga  dalam  susunan  songsang,  melalui  proses  pendepanan  atau  penjudulan.
Dalam  susunan  songsang,  unsur-unsur  dalam  konstituen  predikat  yang  biasanya  hadir selepas  subjek  dipindahkan  ke  hadapan  subjek.  Menurutnya  lagi,  unsur  yang
dikedepankan  hendaklah  diberi  penegasan  iaitu  melalui  proses  pendepanan.  Dalam bahasa  Melayu  Moden,  terdapat  sekurang-kurangnya  dua  proses  pendepanan  yang
berlaku pada predikat iaitu :
i. pendepanan seluruh predikat
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat
Antara  berikut  menunjukkan  contoh  proses  pendepanan  yang  terdapat  dalam  bahasa Melayu Moden.
a. Perangainya baik sungguh. susunan biasa
b. Baik  sungguh  perangainya  ayat  songsang  yang  telah  didepankan  seluruh
predikatnya
6.3 Penggunaan Gaya bahasa