HBML4103
9 diguna  pakai  pada  hari  ini.  Berikut  akan  dihuraikan  beberapa  perbezaan  yang  telah
dikenal pasti antara kedua-dua bahasa tersebut dari aspek perkataan atau morfologi.
5.1 Penggunaan Tulisan
Bahasa  Melayu  Klasik  dikatakan  terpisah  dari  bahasa  Melayu  Kuno  apabila  wujudnya tulian Jawi Asmah Omar, 1993. Sebelum ini, tulisan  yang digunakan oleh masyarakat
M elayu  dalam  bahasa  Melayu  Kuno  adalah  tulisan  “palava”  Raminah  Hj  Sabran  dan
Rahim  Syam,  1986.  Namun  begitu  kedatangan  Islam  telah  membawa  perubahan  yang amat  ketara  terhadap  masyarakat  Melayu  ketika  itu.  Perubahan  bukan  sahaja  dari  aspek
tauhid  dan  akidah  malahan  sistem  tulisan  masyarakat  Melayu  ketika  itu  turut    berubah. Sebagaimana  yang  diketahui  tulisan  Jawi  adalah  berasal  dari  tulisan  Arab.  Pendakwah-
pendakwah Islam berketurunan Arab telah menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi.  Tujuan  utama  berbuat  demikian  adalah  bagi  memudahkan  bacaan.  Bagi
memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah tulisan tersebut telah dimansuhkan.
Sistem  ejaan  yang  digunakan  dalam  hikayat  ini  merupakan  sistem  ejaan  Jawi. Penggunaan  huruf  Jawi  atau  tulisan  Arab  ini  dapat  dilihat  dengan  jelas  sekali  menerusi
perkataan  “Bismillahirrahmanirrahim”  dan  wabihinastainubihi”  yang  kerap  kali digunakan  di  dalam  Hkayat  hang  Tuah.  Perkataan  tersebut  telah  ditulis  dengan
menggunakan  huruf  Jawi.  Keadaan  ini  berbeza  dengan  karya-karya  bahasa  Melayu Moden  yang  telah  menerima  pengaruh  tulisan  Rumi  yang  berasal  dari  Barat.  Kecuali
karya-karya  atau  buku-buku  yang  bercorak  keagamaan,  bahasa  Melayu  Moden menggunakan tulisan rumi sepenuhnya dalam setiap karya yang dihasilkan.
5.2 Pengaruh Kosa Kata Asing
Antara  ciri  yang  membezakan  bahasa  Melayu  Klasik  dengan  bahasa  Melayu  Moden adalah pengaruh kosa kata asing. Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonem-
fonem  dari  bahasa  Arab  Abdullah  Hassan,  1992.Antara  yang  kerap  kali  digunakan contohnya  ‘kh’,  ‘z’  dan  ‘sy’.  Penggunaan  fonem-fonem  ini  digunakan  dengan  begitu
HBML4103
10 meluas  terutama  sekali  dalam  penghasilan  karya  sastera  yang  bercorak  keagamaan,
cerita-cerita  rakyat  dan  lain-lain  lagi.  Antara  contoh  perkataan  yang  dikesan  menerusi Hikayat  Hang  Tuah  yang  menggunakan  fonem  Arab  adalah  seperti  akhirat,  syarat  dan
zaman.
Bahasa Melayu Klasik juga dilihat telah menerima pelbagai jenis kosa kata asing seperti  Arab  dan  Sanskrit  dalam  pelbagai  bidang  seperti  keagamaan,  undang-undang  ,
kesusasteraan,  pemerintahan,  pentadbiran,  perubatan,  falsafah,  tasawuf  dan  kata-kata umum. Ini bermakna bahasa Melayu Klasik telah menyerap perkataan Arab dan Sanskit
ke  dalam  bahasa  Melayu  ketika  itu.  Keadaan  tersebut  telah  menyebabkan  pertambahan perbendaharaan  kata  dalam  bahasa  Melayu.  Pinjaman  dari  perkataan  Arab  umpamanya
adalah  berpunca  dari  kurangnya  perkataan  Melayu  dalam  menterjemahkan  sesuatu perkara.
Seperti  mana  yang  telah  sedia  maklum,  Hikayat  Hang  Tuah  membabitkan penceritaan  yang  berlatarkan  masa  yang  panjang  dan  latar  yang  luas.  Tidak  seperti
Sejarah Melayu yang ditulis oleh seorang yang mahir dalam bahasa Arab dan dipengaruhi oleh  agama  Islam,  Hikayat  Hang  Tuah  masih  mengambarkan  alam  fikiran  Melayu
sebelum meluasnya agama tersebut. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati kurang  sekali  kecuali  pada  bahagian-bahagian  tertentu.  Berdasarkan  dari  pembacaan
hikayat  tersebut,  penulis  mendapati  penggunaan  kosa  kata  yang  terkandung  di  dalam Hikayat  Hang Tuah dipengaruhi  oleh tiga jenis  pengaruh bahasa asing  yang utama iaitu
pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.
Di  dalam  Hikayat  Hang  Tuah,  ada  menceritakan  watak  yang  diberi  nama  Sang Perta Dewa.
Beliau telah memberikan nama “Bukit Siguntang Mahabiru” kepada sebuah bukit  yang  subur  dengan  tumbuh-tumbuhan.  Tempat  tersebut  kemudiannya  telah
dijadikan  negeri  atau  penempatan.  Adalah  dipercayai  bahawa  penggunaan  “Mahabiru” dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan “Mahaviru” yang bermaksud bukit suci
mengikut  kepercayaan  tradisi  Hindu.  Mengikut  kepercayaan  agama  Hindu  bukit Mahariru  merupakan  kediaman  dewa-dewa  Vishnu  dan  Shira.  Dengan  wujudnya  kata-
HBML4103
11 kata  tersebut,  pengarang  berharap  ianya  dapat  mengambarkan  kesaktian  yang  dikaitkan
dengan dewa-dewa dalam karya ini.
Gel aran “Laksamana” yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal
dari  perkataan  Sanskrit  yang  bermaksud  tanda  atau  markah  keutamaan.  Gelaran Laksamana  diberikan  kepada  Hang  Tuah  yang  merupakan  lambang  kesetiaan  dan
ketaatan  yang  sepenuhnya  terhadap  raja-raja.  Ianya  meyerupai  watak  Laksamana  dalam Hikayat Seri Rama.
Fenomena  ini  berbeza  dengan  karya  Melayu  Moden  yang  didapati  lebih  banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris dan Arab dari bahasa-bahasa yang lainnya.
Bahasa  Melayu  Klasik  turut  menampakkan  ciri-ciri  pengaruh  dari  bahasa  Arab. Perkataan-perkataan  Arab  telah  digunakan  dengan  meluasnya  dalam  bahasa  tersebut.
Keadaan  ini  telah  menyebabkan  kosa  kata  dan  perbendaharaan  kata  bahasa  Melayu Klasik  pada  ketika  itu  semakin  bertambah.  Pinjaman  dari  perkataan  Arab  dikatakan
berpunca  dari  kurangnya  perkataan-perkataan  Melayu  dalam  menterjemahkan  sesuatu perkara.
Keadaan ini dapat diperjelaskan menerusi contoh-contoh perkataan  yang ditemui di  dalam  Hikayat  Hang  Tuah.  Terdapat  beberapa  perkataan  yang  telah  menampakkan
ciri-ciri  pengaruh  Islam  dengan  begitu  jelas  sekali.  Perkataan  Arab  sering  digunakan sebagai
mukadimah dalam  karya-karya  bahasa  Melayu  Klasik.  Contohnya
“Bismillahirrahmanirrahim”  dan  wabininastainubihi”  yang  merupakan  pembuka  kata yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam
agama  Islam.  Selain  dari  perkataan-perkataan  tersebut  terdapat  banyak  lagi  perkataan- perkataan  Arab-Parsi  yang  digunakan  dalam  hikayat  ini.  Perkataan  -perkataan  tersebut
adalah seperti  Allah  subhanahuwata’ala,  assalamualaikum,  muallim,  mua’azzam,  al-
kisah,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi. Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang banyak  di  dalam  hikayat  ini  telah  membuktikan  pengaruh  Islam  yang  kian  berkembang
sehingga mempengaruhi kosa kata yang digunakan pada ketika itu.
HBML4103
12 Penggunaan  kosa  kata  pinjaman  Arab-Parsi  juga  boleh  didapati  menerusi  karya
bahasa  Melayu  Moden.  Perkataan-perkataan  seperti  Allah,  insyaallah  dan  sebagainya juga  ada  digunakan.  Namun  pendedahannya  tidak  sehebat  seperti  dalam  bahasa  Melayu
Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam tulisan rumi,  tidak seperti  karya bahasa Melayu  Klasik  yang menggunakan tulisan Arab
bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata- kata yang berfungsi sebagai “mukadimah”.
Penggunaan  kosa  kata  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  bukan  sahaja  menerima pengaruh  dari  bahasa  Sanskrit,  Arab  dan  Parsi,  malahan  ianya  turut  dipengaruhi  oleh
bahasa Jawa. Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat
hang  Tuah  ini.  Pengaruh  Panji  jawa  begitu  ketara  sekali  terutamanya  apabila  nama kerabat  diraja  dan  golongan  bangsawan  Melaka  dan  Terengganu  menggunakan  gelaran
Jawa.  Ini  jelas  dapat  dilihat  berdasarkan  nama-nama  yang  diberikan  kepada  kedua-dua puteri  baginda  raja  Melaka,  iaitu  Raden  Bahar  dan  Raden  B
aju.  “Raden”  merupakan gelaran diraja  yang sering digunakan kepada putera raja Jawa  yang sama ertinya seperti
gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat  yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran  yang diberikan kepada para
alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan “Kyai” ini pula  samalah  ertinya  dengan  perkataan  Ustaz,  Imam,  Haji  dan  Lebai  yang  sering
digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden.
5.3 Pengulangan Perkataan