HBML4103
31
6.4 Unsur Sensasi
Sebagai  usaha  menjadikan  sesebuah  karya  sebagai  magnum  opus  karya  agung  dan diminati  oleh  pembaca  zaman  berzaman,  beberapa  unsur  sensasi  yang  menarik  minat
pembaca  telah  dimasukkan  ke  dalam  karya-karya  bahasa  Melayu  Klasik.  Pembaca  dan pendengar  di  zaman  tersebut  amat  meminati  kisah-kisah  yang  berupa  sejarah,  cerita
mitos,  lagenda,  cerita  rakyat  dan  juga  penglipur  lara.  Kisah-kisah  ini  telah  disampaikan dalam  pelbagai  bentuk  anataranya  dialog,  hiperbola,  unsur  anachronism,  wasiat,  kawat
atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman, perlakuan watak seperti monolog, interior- monolog,  gambaran  suspen  dan  mimpi.  Kesemua  unsur-unsur  ini  telah  diaplikasikan
dengan  menggunakan  gaya  bahasa  yang  indah  melalui  elemen-elemen  bahasa  seperti simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita.
Di  dalam  karya-karya  Melayu  Klasik  pengarang  memasukkan  unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog, contohnya,
“Maka Seri Bentara pun fikir dalam hatinya, terlalu sekali ingatnya orang enam ini. Demikian hendaknya orang  yang disuruh oleh tuannya seperti
telur sepeti pecah sebuah pecah semuanya”.
Unsur  interior-monolog  adalah  berbeza  dengan  unsur  monolog  kerana  ianya membabitkan fikiran di dalam hati yang tidak mungkin diucapkan. Unsur-unsur tersebut
telah digarap dengan sempurna sekali oleh pengarangnya.
Pengarang  Hikayat  Hang  Tuah  ialah  seorang  yang  bijak  menggunakan  bahasa. Segala  aspek  daripada  elemen-elemen  bahasa  telah  digunakan  dengan  sempurna  dalam
karyanya ini. Dia menggunakan unsur simile seperti “terlalu amarah seperti ular berbelit-
belit”. “Suaranya terlalu manis seperti buluh perindu”. Unsur simile bukan sahaja indah tetapi  tepat  perbandingannya.  Pengarang  juga  menggunakan  metafora
seperti  “burung terbang  lakunya”.  “Memakai  dastar  bunga  dikarang  gajah  gemulong”.  Unsur  ini
memperindahkan gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu.
HBML4103
32 Selain  itu  pengarang  juga  menggunakan  unsur  personafikasi  yang  dapat
menghidupkan atau memberi sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti buah-buah yang berkata :
“Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya”.
Peristiwa  ini  berlaku  ketika  Hang  Tuah  dan  rakan-rakannya  pergi  ke  Gunung Wirana Pura hendak berguru dengan Sang Persanta Nala.
Selain  itu,  terdapat  dalam  hikayat  ini  ayat-ayat  dan  ungkapan  bahasa  Melayu silam yang sungguh indah yang sudah pupus penggunaannya kini seperti “keluar masuk
tidaklah berpintu lagi”’ ertinya bebas keluar masuk.
6.5 Unsur Perlambangan