HBML4103
6 Pustaka  DBP.  Bahasa  Melayu  Moden  telah  diangkat  statusnya  sebagai  bahasa
kebangsaan  melalui  Perkara  152  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3.1 Definisi Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang.  Bahasa  ini  berkembang  selari  dengan  penguasaan  negara  Eropah  di  Asia
Tenggara.  Dalam  tempoh  tersebut,  bahasa  Eropah,  bermula  dengan  bahasa  Portugis, diikuti  dengan  bahasa  Belanda  dan  kemudiannya  bahasa  Inggeris  telah  bertapak  di
nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu.
3.2 Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami dua  fasa  perkembanagan.  Ianya  dikenali  sebagai  fasa  sebelum  Perang  dunia  Kedua  dan
selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu Moden  mendapat  kedudukan  yang  tinggi,  ekoran  daripada  kecemerlangan  sebelumnya.
Sungguhpun  kerajaan  British  yang  mentadbir  Tanah  Melayu  pada  ketika  itu,  pegawai- pegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang
diadakan  bagi  membolehkan  mereka  berhubung  dengan  penduduk  tempatan  dengan mudah  dan  lancar.  Oleh  itu  tidak  hairanlah  sekiranya  terdapat  ramai  pegawai  atasan
British  seperti  Brown,  Kilkinson,  Maxwell,  Winstedt,  Dussek,  Marsden,  Skinner  dan lain-lain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu.
Sebaliknya,  selepas  Perang  Dunia  Kedua,  British  telah  mengubah  dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu
yang  berjaya  menguasai  bahasa  Inggeris  dengan  baik  akan  diberi  keutamaan  untuk bekerja dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan
pendidikan  Inggeris  dan  dihantar  berkursus  di  England.  Mereka  telah  menggunakan
HBML4103
7 Bahasa  Inggeris  dalam  urusan  seharian.  Pada  ketika  itu,  individu  yang  boleh  berbahasa
Inggeris dianggap sebagai orang bijak dan bertaraf tinggi.
Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah  dikembalikan.  Perkara  152  Perlembangaan  Persekuatuan  telah  mengangkat  bahasa
Melayu  sebagai  Bahasa  Kebangsaan  dan  wajib  digunakan  dalam  urusan  rasmi.  Bahasa Melayu juga telah diangkat  sebagai  bahasa pengantar pendidikan dari peringkat  sekolah
rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi  dengan  pengubalan  Akta  Bahasa  Kebangsaan  19631967.  Selain  digunakan  dalam
institusi  pendidikan,  bahasa  Melayu  juga  telah  diperluaskan  penggunaannya  dalam urusan  kehakiman,  persidangan  Dewan  Undangan  Negeri,  Dewan  Rakyat  dan  Dewan
Negara.
4.0 MAKLUMAT TEKS HIKAYAT LAMA