HBML4103
29
6.3.4  Penggunaan Peribahasa
Penggunaan  peribahasa  di  dalam  ayat-ayat  bahasa  Melayu  Klasik  berupaya  menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan
pekerti  penutur  dan  penulisnya.    Bagi  memperlihatkan  contoh-contoh  penggunaan peribahasa  dalam  karya  bahasa  Melayu  Klasik  penulis  telah  memetik  beberapa  potong
ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.
6.3.5  Penggunaan Pantun
Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan cerita serta  meninggalkan  kesan  yang  mendalam  dalam  ingatan  pembaca.  Malahan  teknik
penggunaan  pantuan  adalah  satu  teknik  yang  biasa  digunakan  dalam  hasil-hasil  sastera klasik. Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan
lebih jelas.
Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas pantun  bersama-sama  dengan  sahabat-sahabatnya.  Mereka  berbalas  pantun  sambil
bersuka  ria  di  taman  larangan  Betara  Majapahit.  Hang  Jebat  dan  Hang  Kasturi memulakan pantun tersebut, iaitu,
Hang Jebat Hang kasturi Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196
HBML4103
30 Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,
Gajah lekir kuda beraksa Di mana kuhempaskan
Sama lebur sama binasa Orang kayu di manakan aku tunangkan.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196
Tiba giliran Hang Lekir berpantun,
Adakah perisai bertali rambut Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisa tahu takut Kami pun muda lagi perkasa.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196
Gaya bahasa Melayu Klasik dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti yang telah  dibincangkan  iaitu  bahasa  kiasan,  bahasa  pertentangan,  hiperbola,  peribahasa  dan
pantun.  Penggunaan  elemen-elemen  gaya  bahasa  ini  dilakukan  dengan  tujuan  menarik minat  pembaca  terhadap  sesebuah  karya  sastera  yang  dihasilkan.  Selain  dari  bertujuan
menzahirkan perasaan negetif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk memberikan  penekanan  terhadap  sesuatu  keistimewaan  sesuatu  perkara  atau  benda.
Elemen  ini  amat  dititik  beratkan  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  bagi  meninggalkan kesan  yang  berkekalan  di  ingatan  sesorang  pembaca.  Namun  begitu  menerusi  gaya
bahasa  Melayu  Moden  elemen-elemen  yang  telah  dibincangkan  tidak  begitu  ketara penampilannya.  Pertuturan  dan  penulisan  dalam  bahasa  Melayu  Moden  dilihat  lebih
bersifat  terbuka,  telus  dan  berterus  terang.  Ini  adalah  kerana  masyarakat  moden  hari  ini lebih bersikap terbuka dan berterus terang dalam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga
mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.
HBML4103
31
6.4 Unsur Sensasi