HBML4103
1
1.0 PENGENALAN
Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur  aslinya  terlebih  dahulu  iaitu  orang  Melayu.  Beberapa  sarjana  Eropah  seperti
Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok
manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah  di  Asia  Tenggara.  Ahli-ahli  bahasa  telah  membahagikan  perkembangan  bahasa
Melayu  kepada  tiga  tahap  utama  iaitu  bermula  dengan  bahasa  Melayu  Kuno,  diikuti dengan  bahasa  Melayu  Klasik  dn  akhirnya  bahasa  Melayu  Moden.  Kedatangan  agama
Hindu,  Islam  dan  penjajah  Eropah  ke  Asia  Tenggara  telah  menyebabkan  berlakunya perbezaan  yang  ketara  terhadap  ketiga-tiga  bahasa  tersebut.  Bahasa  Melayu  Kuno
dipercayai  dipengaruhi  oleh  bahasa  Sankrit  dan  agama  Hindu  yang  kuat,  manakala bahasa  Melayu  Klasik  Dipengaruhi  oleh  bahasa  Arab  dan  agama  Islam  dan  bahasa
Melayu  Moden  pula  banyak  menerima  pengaruh  bahasa  penjajah  iaitu  bahasa  Inggeris. Namun  begitu,  penulisan  ini  akan  lebih  memberi  tumpuan  terhadap  bahasa  Melayu
Klasik  dan  bahasa  Melayu  Moden  serta  meninjau  perbezaan  antara  kedua-dua  bahasa tersebut daripada sudut perkataan morfologi dan ayat sintaksis.
2.0 BAHASA MELAYU KLASIK
2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Sebelum  huraian  yang  lebih  mendalam  diberikan  terhadap  bahasa  Melayu  Klasik, takrifan  mengenai  bahasa  tersebut  perlulah  difahami  terlebih  dahulu.  Kamus  Dewan
1986  :  590  mentakrifkan  perkataan  klasik  sebagai  kesenian  atau  kesusasteraan  yang lama,  yang  mempunyai  sifat-sifat  yang  tidak  lagi  terpakai  iaitu  yang  tinggi  dan  abadi
nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan
perubahan    masa  dan  zaman,  bahasa  ini  tidak  lagi  menjadi  wahana  kepada  para  ilmuan
HBML4103
2 dan
pengkaji untuk
menggunakannya atau
menyelidiki pertumbuhan
dan perkembangannya.
2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Menurut  Awang  Sariyan,  bahasa  Melayu  Klasik  berada  pada  tahap  ketiga  dalam periodisasi bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno.
Ianya  dikatakan  bermula  pada  abad  ke-13  dan  berakhir  pada  abad  ke-19.  Bahasa  ini diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu kerajaan
Samudera-Pasai  di  bawah  pemerintahan  Sultan  Malikul  Salih.  Oleh  yang  demikian bahasa  ini  mempunyai  perkaitan  yang  rapat  dengan  kedatangan  agama  dan  kebudayaan
Islam.
Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur
kata  dan  hasil  tulisannya.  Kewujudan  bahasa  Melayu  Klasik  pada  ketika  itu  juga  telah dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu  Bersurat Minye Tajuh
di  Aceh  1930.  Ianya  merupakan  batu  bersurat  pertama  yang  ditemui  dengan penggunaan  kata-kata  Arab  seperti  khalifah,  nabi,  Allah,  rahmat  dan  sebagainya.  Ini
disusuli  dengan  penemuan  berikutnya  iaitu  Batu  Bersurat  Pagar  Ruyung  yang mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasanya.
Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman
permulaan  bahasa  ini  telah  ditandai  dengan  kemunculan  prasasti  di  Terengganu  yang bertarikh  702  Hijrah  atau  bersamaan  dengan  1303  Masihi.  Bukan  itu  sahaja,  prasasti
bahasa  Melayu  Klasik  juga  banyak  terdapat  di  Semenanjung  Tanah  Melayu  seperti  di Pengkalan  Kempas,  Negeri  Sembilan,  Pahang,  Perak,  Kelantan,  Kedah  dan  beberapa
pulau  yang  lainnya.  Ianya  juga  turut  ditenmui  di  Sumatera  Selatan,  Jambi,  Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
HBML4103
3 Kemunculan  bahasa  Melayu  Klasik  juga  telah  dibuktikan  dengan  penemuan
beberapa  manuskrip  Melayu  lama.  Sejumlah  kira-kira  10,000  naskah  manuskrip  lama didapati  tersimpan  di  beberapa  buah  negara  terutamanya  di  Barat.  Manuskrip  Melayu
lama  yang  tertua  merupakan  surat  kiriman  Sultan  Pernate  yang  berasal  dari  kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522.
Bahasa  Melayu  Klasik  dikatakan  berada  di  zaman  kegemilangannya  semasa berada  di  bawah  pemerintahan  kerajaan  Melaka,  Aceh  dan  Johor  Riau.  Keadaan  ini
berpunca  kerana  kerajaan-kerajaan  tersebut  telah  menjadi  lokasi  yang  penting  bagi kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.
Zaman  keagungan  bahasa  Melayu  dikatakan  berlangsung  pada  zaman  Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya
membina  dan  meluaskan  empayar  serta  jajahan  takluknya.  Secara  tidak  langsung  ianya telah  dapat  meningkatkan  kemajuan  dan  perkembangan  bahasa  Melayu  di  rantau  ini.
Ianya  telah  digunakan  secara  meluas  dalam  pentadbiran  dan  juga  aktiviti  perdagangan sehingga berupaya menjadi bahasa “linguafranca” kepada para pedagang. Bahasa Melayu
juga  telah  diangkat  sebagai  alat  penyebar  kepada  agama  Islam  di  seluruh  kepulauan Melayu.  Bukan  sahaja  mendapat  bentuk  tulisan  baru  iaitu  tulisan  Jawi,  perbendaharaan
katanya  juga  telah  bertambah  dengan  wujudnya  keperluan  untuk  menzahirkan  idea-idea yang  dibawa  oleh  peradaban  Islam.  Keagungan  kesultanan  Melayu  Melaka  ini  telah
tergambar menerusi “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.
2.3 Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik.
Bahasa  Melayu  Klasik  tidak  dapat  ditentukan  dengan  jelas  dari  aspek  fonologinya. Awang  Sariyan  menyatakan  perlambangan  bunyi  vokalnya  terdiri  daripada  tiga  vokal
sahaja  ia itu ‘i’, ‘a’ dan ‘u’ yang berasal daripada vokal Arab alif,  ya dan wau. Namun
begitu, bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam  bahasa  Melayu  hari  ini
iaitu  ‘a’,  ‘e’  peper,  ‘e’  taling,  ‘i’,  ‘o’  dan  ‘u’.  Bunyi
HBML4103
4 konsonan  bagi  bahasa  Melayu  Klasik  pula  sama  seperti  yang  terdapat  dalam  Bahasa
Melayu  Moden.  Dalam  Bahasa  Melayu  Klasik  bunyi  getaran  konsonan  ‘r’  jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan pada hujung suku kata akhir
tertutup mengambarakan bunyi getaran itu hidup dan tidak senyap. Bunyi diftongnya pula dilihat  mempunyai  persamaan  dengan  bunyi  diftong  bahasa  Melayu  Moden,  iaitu  ‘ai’,
‘au’ dan ‘oi’.
Aspek  tatabahasa  pula  didapati  mempunyai  persamaan  dengan  bahasa  Melayu Moden  terutamanya  penggunaan  imbuhan.  Keadaan  yang  sama  juga  terjadi  bagi  proses
morfofonemik,  penggandaan  dan  pemajmukan.  Dari  segi  sintaksis  pula,  ayat-ayat  yang terkandung  dalam  bahasa  ini  terdiri  daripada  empat  pola  ayat  dasar  iaitu  ayat  tunggal,
ayat majmak, ayat kompleks dan ayat pasif.
Pengaruh Islam yang semakin kuat menjadikan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan  dari  aspek  kosa  kata,  struktur  ayat  dan  juga  bentuk  tulisan.  Antara  ciri-ciri
Bahasa Melayu Klasik yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
a.  Penggunaan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. b.  Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang.
c.  Menggunakan bahasa istana. d.  Seringkali  menggunakan  kosa  kata  klasik  seperti  ratna,  mutu  manikam,
edan  kesmaran  mabuk  asmara,  masyghul  bersedih,  sahaya  dan  lain- lain.
e.  Kerap  menggunakan  perdu  perkataan  kata  pangkal  ayatseperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.
f. Banyak menggunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun’.
g.  Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelabagai bidang bahasa.
h.  Turut  menggunakan  aksara  Jawi  yang  dipinjam  dari  bahasa  Arab  yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
HBML4103
5 i.  Frasa  dan  ayatnya  banyak  menerima  pengaruh  dari  bahasa  Arab
terutamanya  dalam  kitab-kitab  Melayu  Klasik  seperti  frasa
maka kemudian  daripada  itu
dar i  Amma  ba’du  ataupun  pada  ayat
sunat berbuka  atas  tamar
.  Frasa  ayat  tersebut  diperolehi  hasil  daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.
3.0 BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa  Melayu  Moden  merujuk  kepada  bahasa  yang  digunakan  pada  abad  ke-19 hinggalah sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara
Eropah  di  Asia  Tenggara.  Keadaan  ini  telah  mengakibatkan  bahasa  Portugis,  bahasa Belanda  dan  kemudiannya  bahasa  Inggeris  mula  bertapak  di  Nusantara,  dan  seterusnya
mempengaruhi bahasa Melayu.
Bahasa  Melayu  Moden  merupakan  kesinambungan  daripada  bahasa  Melayu Klasik,  tetapi  bahasa  ini  telah  menerima  pengaruh  bahasa  Inggeris  yang  sangat
kuat.Namun  begitu,  bahasa  Melayu  Moden  ini  tidak  menerima  sistem  pembentukan bahasa  tersebut.  Ianya  juga  tidak  mengenepikan  bahasa  Sanskrit  dan  bahasa  Arab  yang
pernah diguna pakai sebelumnya.
Banyak  istilah-istilah  daripada  bahasa  Inggeris  diterima  pakai  dalam  Bahasa Melayu  Moden  bagi  tujuan  mengungkap  pelbagai  ilmu  baharu  yang  berkembang  dari
masa  ke  semasa.Keadaan  ini  berlaku  kerana  tamadun  Melayu  dan  bahasanya  tidak mempunyai  keupayaan  untuk  berbuat  demikian.  Keterbukaan  bahasa  Melayu  Moden
menerima  unsur-unsur  bahasa  asing  telah  menajadikannya  semakin  dinamik  dan  dapat meneruskan kelangsungannya.
Tidak  seperti  Bahasa  Melayu  Kuno  atau  Bahasa  Melayu  Klasik,  Bahasa  Melayu Moden  tidak  mampu  berkembang  secara  bersendirian.  Catatan  sejarah  telah
membuktikan  Bahasa  Melayu  Moden  telah  mengalami  beberapa  perancangan  dan pembangunan  oleh  sebuah  badan  bahasa  yag  ditubuhkan  khas  iaitu  Dewan  Bahasa  dan
HBML4103
6 Pustaka  DBP.  Bahasa  Melayu  Moden  telah  diangkat  statusnya  sebagai  bahasa
kebangsaan  melalui  Perkara  152  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3.1 Definisi Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang.  Bahasa  ini  berkembang  selari  dengan  penguasaan  negara  Eropah  di  Asia
Tenggara.  Dalam  tempoh  tersebut,  bahasa  Eropah,  bermula  dengan  bahasa  Portugis, diikuti  dengan  bahasa  Belanda  dan  kemudiannya  bahasa  Inggeris  telah  bertapak  di
nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu.
3.2 Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami dua  fasa  perkembanagan.  Ianya  dikenali  sebagai  fasa  sebelum  Perang  dunia  Kedua  dan
selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu Moden  mendapat  kedudukan  yang  tinggi,  ekoran  daripada  kecemerlangan  sebelumnya.
Sungguhpun  kerajaan  British  yang  mentadbir  Tanah  Melayu  pada  ketika  itu,  pegawai- pegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang
diadakan  bagi  membolehkan  mereka  berhubung  dengan  penduduk  tempatan  dengan mudah  dan  lancar.  Oleh  itu  tidak  hairanlah  sekiranya  terdapat  ramai  pegawai  atasan
British  seperti  Brown,  Kilkinson,  Maxwell,  Winstedt,  Dussek,  Marsden,  Skinner  dan lain-lain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu.
Sebaliknya,  selepas  Perang  Dunia  Kedua,  British  telah  mengubah  dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu
yang  berjaya  menguasai  bahasa  Inggeris  dengan  baik  akan  diberi  keutamaan  untuk bekerja dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan
pendidikan  Inggeris  dan  dihantar  berkursus  di  England.  Mereka  telah  menggunakan
HBML4103
7 Bahasa  Inggeris  dalam  urusan  seharian.  Pada  ketika  itu,  individu  yang  boleh  berbahasa
Inggeris dianggap sebagai orang bijak dan bertaraf tinggi.
Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah  dikembalikan.  Perkara  152  Perlembangaan  Persekuatuan  telah  mengangkat  bahasa
Melayu  sebagai  Bahasa  Kebangsaan  dan  wajib  digunakan  dalam  urusan  rasmi.  Bahasa Melayu juga telah diangkat  sebagai  bahasa pengantar pendidikan dari peringkat  sekolah
rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi  dengan  pengubalan  Akta  Bahasa  Kebangsaan  19631967.  Selain  digunakan  dalam
institusi  pendidikan,  bahasa  Melayu  juga  telah  diperluaskan  penggunaannya  dalam urusan  kehakiman,  persidangan  Dewan  Undangan  Negeri,  Dewan  Rakyat  dan  Dewan
Negara.
4.0 MAKLUMAT TEKS HIKAYAT LAMA
Penulis  telah  memilih  Hikayat  Hang  Tuah  sebagai  sumber  rujukan  bagi  menerang  dan memperlihatkan perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden dari
sudut perkataan morfologi dan ayat sintaksis.
Hampir  setiap  bangsa  di  dunia  ini  mempunyai  karya  epik  atau  hikayatnya  yang tersendiri. Jikalau orang India terkenal dengan Ramayana dan Mahabharata, orang Greek
bangga  dengan  Iu’ad  dan  Odyssey,  orang  Inggeris  mengagungkan  Beowulf  manakala dalam  masyarakat  Melayu,  Hikayat  Hang  Tuah  merupakan  antara  karya  epik  yang
menjadi kebanggaan bangsa.
Tidak  dapat  ditentukan  bilakah  Hikayat  Hang  Tuah  ditulis  dan  siapakah pengarangnya.  Namun  ada  yang  menganggarkan  ianya  ditulis  di  antara  tahun  1641  dan
1736. Hikayat  Hang Tuah tidak ditulis keseluruhannya dalam tempoh  yang singkat atau masa yang sama. Ini terbukti dengan penggunaan bahasa dan teknik penyampaian cerita
yang tidak sama. Sebagai sebuah hasil karya sastera Melayu lama yang unggul, Hikayat
HBML4103
8 Hang  Tuah  mengandungi  banyak  ciri  sastera  antaranya  mitos,  unsur  epik,  firasat  dan
sebagainya.
Hikayat  Hang  Tuah  merupakan  sebuah  epik  Melayu  yang  lahir  pada  zaman kegemilangan  masyarakat  Melayu  tradisional.  Kisahnya  mencakupi  segala  pesanan  dan
gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu di zaman moden ini. Ianya mengisahkan  Hang  Tuah  bersama-sama  empat  orang  rakannya  yang  telah
memperlihatkan watak terpuji dengan ciri-ciri kepahlawanan yang unggul serta kesetiaan yang tinggi terhadap sahabat dan rajanya. Namun begitu persahabatan yang akrab antara
Hang Tuah dengan Hang Jebat berakhir dengan konflik dan tragedi  yang menyayat hati. Hikayat  ini  juga  mengambarkan  sistem  sosiobudaya  Melayu  di  zaman  feudalnya.  Hang
Tuah dan Hang Jebat jelas mewakili masyarakatnya pada ketika itu memperlihatkan nilai- nilai  kepahlawanan  atau  keperwiraan  yang  tinggi.  Prinsip  ketaatan  mutlak  terhadap  raja
merupakan prinsip feudal  yang mungkin bercanggah dengan cita-cita dan keadilan  yang terpendam  dijiwa  manusia.    Justeru  itu,  ianya  telah  membuat  Hang  Jebat  memberontak
terhadap  raja.  Prinsip  ketaatan  terhadap  raja  jugalah  telah  mejerat  Hang  Tuah  yang dijatuhi  hukuman  mati,  manakala  raja  jugalah  yang  telah  menghalalkan  pembunuhan
Hang Jebat yang dianggap sebagai penderhaka.
Tegasnya  Hikayat  Hang  Tuah wajar dijadikan  bahan tatapan untuk  generasi  hari ini.  Jikalau  dahulu  ianya  dianggap  sebagai  sebuah  karya  epik  yang  tidak  berfaedah,
namun sekarang tumpuan dan perhatian harus diberikan terhadap nilai-nilai sastera yang terkandung di dalamnya.
5.0 PERBEZAAN  BAHASA  MELAYU  KLASIK  DAN  BAHASA  MELAYU