HBML4103
15
5.4 Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Selain  daripada  ciri-ciri  yang  telah  dibincangkan,  aspek  lain  yang  turut  membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah mengenai penggunaan kata
pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut sebagai  perdu  perkataan.  Antara  perdu  perkataan  yang  sering  digunakan  dalam  hasil
karya yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun an sebagainya.
Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah. Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :
Syahadan  maka  paduka  ayahanda  bonda  pun  terlalu  amat  kasih  akan anakanda  baginda  itu.  Hatta  berupa  lamanya  maka  Tuan  Puteri  Kemala
Ratna  Pelinggan  pun  besarlah,  makin  besar  makin  bertambah  baik rupanya.  Hatta  beberapa  raja-raja  hendak  meminang  dia,  tiada  juga
diberikan oleh ayahanda bonda baginda.
Penggunaan  kata  pangkal  ayat  ini  dilihat  tidak  memberi  sebarang  fungsi  atau makna  dalam  sesebuah  ayat  yang  diwakilinya.  Sekiranya  ia  tidak  digunakan  atau
diabaikan,  makna  sesebuah  ayat  tidak    akan  berubah.Berdasarkan  keterangan  tersebut, penggunaan  bahasa  Melayu  Moden  hari  ini  dilihat  tidak  lagi  kerap  menggunakan  kata
pangkal  ayat.  Oleh  itu,  petikan  di  atas  boleh  ditafsirkan  atau  ditulis  semula  tanpa menggunakan kata pangkal ayat seperti berikut :
Maka  paduka  ayahanda  bonda  pun  terlalu  amat  kasih  akan  anakanda baginda  itu.  Beberapa  lama  kemudian,  Tuan  Puteri  Kemala  Ratna
Pelinggan  pun  besarlah,  semakin  bertambah  cantik  paeras  rupanya sehingga  beberapa  orang  raja  berhajat  untuk  meminang  tetapi  telah
ditolak oleh ayahanda dan bondanya.
HBML4103
16 Berdasarkan  petikan  di  atas  yang  telah  dituliskan  semula  dengan  menggunakan
bahasa Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang asal.  Oleh  itu,  tidak  hairanlah  mengapa  karya-karya  yang  menggunakan  bahasa  Melayu
Moden  telah  mengabaikan  perdu  perkataan  ini  kerana  ianya  tidak  memberi  sebarang maksud atau makna tertentu dalam karya mereka.
5.5 Penggunaan Kosa Kata Klasik