HBML4103
24 a.
bahasa kiasan  perbandingan b.
bahasa pertentangan c.
penggunaan peribahasa d.
penggunaan pantun
6.3.1  Gaya Bahasa Kiasan
Salah  sebuah  karya  bahasa  Melayu  Klasik  iaitu  Hikayat  Hang  Tuah  didapati  banyak menggunakan  bahasa  kiasan  bagi  mengambarkan  tindak  tanduk  watak  ataupun  sesuatu
benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di sampaikan  dengan  jelas  dan  menarik.  Peristiwa-peristiwa  yang  melibatkan  penggunaan
bahasa kiasan ini ialah :
a. Ular  cintamani  yang  ditangkap  oleh  Hang  Tuah  di  Pulau  Biram  Dewa
telah digambarkan sebagai : ……..  rupanya  dan  besarnya  seperti  pisang  emas  dan  warnanya  seperti
emas sepuluh mutu. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43
b. Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu
digambarkan : ……. seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67
c. Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,
…….  bulan  purnama  empat  belas  haribulan,  gilang  gemilang,  berkilau- kilauan.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 111
HBML4103
25
6.3.2  Gaya Bahasa Pertentangan
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu  Moden  adalah  wujudnya  gaya  bahasa  pertentangan.  Gaya  bahasa  pertentangan
sebenarnya  bertujuan  untuk  mencela,  mengkritik  dan  meyakiti  hati  seseorang.  Biasanya gaya  bahasa  pertentangan  ini  wujud  dalam  pertuturan  dan  penulisan  bahasa  Melayu
Klasik.  Kata-kata  kritikan  tersebut  biasanya  ditujukan  oleh  seseorang  penutur  kepada watak yang lain.
Menerusi  Hikayat  Hang  Tuah  beberapa  ayat  yang  menggunakan  gaya  bahasa pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah,
“Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah  itu  bukan  padanku;  padanku  Raja  Melaka  juga.  Adapun
pertikamanku  yang  empat  ribu  ini  kuamuk  di  dalam  negeri  Melaka  itu sejam  lamanya;  syahadan  gajahku  yang  bernama  Syah  Kertas  yang  gila
makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka  yang tujuh belas  ruang  itu.  Jikalau  tiada  kuperbuat  demikian  seperti  cakap  ini,
bukanlah anak raja Terengganu”. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254
Kata-kata  kritikan  ini  dilemparkan  oleh  Megat  Terengganu  setelah  mengetahui peristiwa  penculikan  Tun  Teja.  Megat  Terengganu  sengaja  menonjol-nonjolkan
kelebihan  dirinya  sendiri  dengan  mempersendakan  kekuatan  Hang  Tuah  dan  juga pertahanan negeri Melaka.
Pengarang  mewujudkan  sekali  lagi  penggunaan  bahasa  sarkasme  melalui  watak Megat Terengganu di dalam petikan di bawah.
HBML4103
26 “Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika
sampai  aku  ke  Melaka,  yang  pertikamanku  empat  ribu  orang  ini kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya dan gajahku yang
bernama  Syah  Kertas  yang  gila  makan  minyak  ini  kurandungkan  pada balairung  raja  Melaka  yang  tujuh  belas  ruang  itu.  Jika  tiada  kuperbuat
seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu. ”
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 259
Pada  kali  ini,  kata-kata  sindiran  tersebut  dilemparkan  kepada  Raja  Melaka. Dengan  adanya  perulangan  penggunaan  bahasa  sarkasme,  pengarang  berharap  dapat
menghidupkan  suasana  penceritaan.  Para  pembaca  seakan-akan  dapat  merasai  suasana dan latar berlakunya peristiwa tersebut.
6.3.3  Gaya Bahasa Sindiran