Definisi Bahasa Melayu Klasik Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

HBML4103 1

1.0 PENGENALAN

Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dn akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa Melayu Moden pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut daripada sudut perkataan morfologi dan ayat sintaksis.

2.0 BAHASA MELAYU KLASIK

2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik, takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan 1986 : 590 mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para ilmuan HBML4103 2 dan pengkaji untuk menggunakannya atau menyelidiki pertumbuhan dan perkembangannya.

2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Ianya dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa ini diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Oleh yang demikian bahasa ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kedatangan agama dan kebudayaan Islam. Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur kata dan hasil tulisannya. Kewujudan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu Bersurat Minye Tajuh di Aceh 1930. Ianya merupakan batu bersurat pertama yang ditemui dengan penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi, Allah, rahmat dan sebagainya. Ini disusuli dengan penemuan berikutnya iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung yang mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasanya. Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman permulaan bahasa ini telah ditandai dengan kemunculan prasasti di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau bersamaan dengan 1303 Masihi. Bukan itu sahaja, prasasti bahasa Melayu Klasik juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa pulau yang lainnya. Ianya juga turut ditenmui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. HBML4103 3 Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa manuskrip Melayu lama. Sejumlah kira-kira 10,000 naskah manuskrip lama didapati tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua merupakan surat kiriman Sultan Pernate yang berasal dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522. Bahasa Melayu Klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Keadaan ini berpunca kerana kerajaan-kerajaan tersebut telah menjadi lokasi yang penting bagi kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa. Zaman keagungan bahasa Melayu dikatakan berlangsung pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahan takluknya. Secara tidak langsung ianya telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Ianya telah digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan juga aktiviti perdagangan sehingga berupaya menjadi bahasa “linguafranca” kepada para pedagang. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu. Bukan sahaja mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan kesultanan Melayu Melaka ini telah tergambar menerusi “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.

2.3 Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik.