HBML4103
26 “Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika
sampai  aku  ke  Melaka,  yang  pertikamanku  empat  ribu  orang  ini kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya dan gajahku yang
bernama  Syah  Kertas  yang  gila  makan  minyak  ini  kurandungkan  pada balairung  raja  Melaka  yang  tujuh  belas  ruang  itu.  Jika  tiada  kuperbuat
seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu. ”
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 259
Pada  kali  ini,  kata-kata  sindiran  tersebut  dilemparkan  kepada  Raja  Melaka. Dengan  adanya  perulangan  penggunaan  bahasa  sarkasme,  pengarang  berharap  dapat
menghidupkan  suasana  penceritaan.  Para  pembaca  seakan-akan  dapat  merasai  suasana dan latar berlakunya peristiwa tersebut.
6.3.3  Gaya Bahasa Sindiran
Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk
mengejek  dan  menyindir  sesuatu  perbuatan  ataupun  watak  di  dalam  sesebuah  karya sastera.  Penggunaan  gaya  bahasa  sindiran  ini  jelas  kelihatan  pada  Hikayat  Hang  Tuah
menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para pegawainya, iaitu :
Maka  kata  Bendahara  ,  “Naiklah  ke  atas  balai  itu  duduk.  Tuan-tuan sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan
pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai,  pada  ketika  itu  juga  hamba  memberi  balas  akan  orang  yang
henak membunuh hamba itu?” Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425
HBML4103
27 Semasa  Patih  Kerma  Wijaya  mengetahui  bahawa  Ratu  Lasem  telah  mengambil
anaknya,  Ken Sumirat  tanpa memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di  bawah telah diucapkan olehnya.
“Lihatkan  ratu  Lasem  ini  memberi  aku  malu  Beberapa  aku  membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri
kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku…..” Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 51
Pengarang  juga  menggunakan  gaya  bahasa  satira  semasa  menggambarkan  kata- kata sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog
tersebut adalah seperti berikut. Maka  sahut  Tun  Tuah,  “Pada  bicara  manira,  janganlah  seperti  pelenter
itu  tiadakan  manira  tikam,  jikalau  penggawa  Majapahit  itu  sekalipun manira tikam juga.”
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 163
Kata-kata  pedas  yang  dilemparkan  oleh  Hang  Tuah  ini  dirasai  oleh  Patih  Gajah Mada sehinggakan dia malu tersipu-sipu.
Gaya  bahasa  satira  sekali  lagi  digunakan  oleh  pengarang  dalam  pertuturan  Raja Melaka  setelah  mendengar  fitnah  Patih  Kerma  Wijaya  terhadap  Hang  Tuah.  Kata-kata
baginda adalah : “Wahai  Si  Tuah  Harapnya  aku  akan  dia  maka  berbuat  pula  akan  aku
d emikian ini.”
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 206
HBML4103
28
6.3.3  Gaya Bahasa Hiperbola