Gaya Bahasa Hiperbola Penggunaan Peribahasa

HBML4103 28

6.3.3 Gaya Bahasa Hiperbola

Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik. Namun begitu gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden. Gaya bahasa hiperbola bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan. Tujuan penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan perkara ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan yang berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca. Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian pengarang tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling. Petikan daripada Hikayat Hang Tuah menjelaskan, …… sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan gedung yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat, ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung ….. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425 Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula, pengarang juga menggunakan gaya bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana pemerian pengarang tentang rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah negeri Cina. Di antaranya berbunyi : …… indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa binatang ditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata dan bernyawa juga; disuruhnya berdiri ia berdiri, disuruhnya duduk ia duduk, disuruhnya berkata-kata ia berkata- kata……. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 446 HBML4103 29

6.3.4 Penggunaan Peribahasa

Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan pekerti penutur dan penulisnya. Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik penulis telah memetik beberapa potong ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.

6.3.5 Penggunaan Pantun