HBML4103
3 Kemunculan  bahasa  Melayu  Klasik  juga  telah  dibuktikan  dengan  penemuan
beberapa  manuskrip  Melayu  lama.  Sejumlah  kira-kira  10,000  naskah  manuskrip  lama didapati  tersimpan  di  beberapa  buah  negara  terutamanya  di  Barat.  Manuskrip  Melayu
lama  yang  tertua  merupakan  surat  kiriman  Sultan  Pernate  yang  berasal  dari  kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522.
Bahasa  Melayu  Klasik  dikatakan  berada  di  zaman  kegemilangannya  semasa berada  di  bawah  pemerintahan  kerajaan  Melaka,  Aceh  dan  Johor  Riau.  Keadaan  ini
berpunca  kerana  kerajaan-kerajaan  tersebut  telah  menjadi  lokasi  yang  penting  bagi kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.
Zaman  keagungan  bahasa  Melayu  dikatakan  berlangsung  pada  zaman  Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya
membina  dan  meluaskan  empayar  serta  jajahan  takluknya.  Secara  tidak  langsung  ianya telah  dapat  meningkatkan  kemajuan  dan  perkembangan  bahasa  Melayu  di  rantau  ini.
Ianya  telah  digunakan  secara  meluas  dalam  pentadbiran  dan  juga  aktiviti  perdagangan sehingga berupaya menjadi bahasa “linguafranca” kepada para pedagang. Bahasa Melayu
juga  telah  diangkat  sebagai  alat  penyebar  kepada  agama  Islam  di  seluruh  kepulauan Melayu.  Bukan  sahaja  mendapat  bentuk  tulisan  baru  iaitu  tulisan  Jawi,  perbendaharaan
katanya  juga  telah  bertambah  dengan  wujudnya  keperluan  untuk  menzahirkan  idea-idea yang  dibawa  oleh  peradaban  Islam.  Keagungan  kesultanan  Melayu  Melaka  ini  telah
tergambar menerusi “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.
2.3 Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik.
Bahasa  Melayu  Klasik  tidak  dapat  ditentukan  dengan  jelas  dari  aspek  fonologinya. Awang  Sariyan  menyatakan  perlambangan  bunyi  vokalnya  terdiri  daripada  tiga  vokal
sahaja  ia itu ‘i’, ‘a’ dan ‘u’ yang berasal daripada vokal Arab alif,  ya dan wau. Namun
begitu, bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam  bahasa  Melayu  hari  ini
iaitu  ‘a’,  ‘e’  peper,  ‘e’  taling,  ‘i’,  ‘o’  dan  ‘u’.  Bunyi
HBML4103
4 konsonan  bagi  bahasa  Melayu  Klasik  pula  sama  seperti  yang  terdapat  dalam  Bahasa
Melayu  Moden.  Dalam  Bahasa  Melayu  Klasik  bunyi  getaran  konsonan  ‘r’  jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan pada hujung suku kata akhir
tertutup mengambarakan bunyi getaran itu hidup dan tidak senyap. Bunyi diftongnya pula dilihat  mempunyai  persamaan  dengan  bunyi  diftong  bahasa  Melayu  Moden,  iaitu  ‘ai’,
‘au’ dan ‘oi’.
Aspek  tatabahasa  pula  didapati  mempunyai  persamaan  dengan  bahasa  Melayu Moden  terutamanya  penggunaan  imbuhan.  Keadaan  yang  sama  juga  terjadi  bagi  proses
morfofonemik,  penggandaan  dan  pemajmukan.  Dari  segi  sintaksis  pula,  ayat-ayat  yang terkandung  dalam  bahasa  ini  terdiri  daripada  empat  pola  ayat  dasar  iaitu  ayat  tunggal,
ayat majmak, ayat kompleks dan ayat pasif.
Pengaruh Islam yang semakin kuat menjadikan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan  dari  aspek  kosa  kata,  struktur  ayat  dan  juga  bentuk  tulisan.  Antara  ciri-ciri
Bahasa Melayu Klasik yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
a.  Penggunaan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. b.  Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang.
c.  Menggunakan bahasa istana. d.  Seringkali  menggunakan  kosa  kata  klasik  seperti  ratna,  mutu  manikam,
edan  kesmaran  mabuk  asmara,  masyghul  bersedih,  sahaya  dan  lain- lain.
e.  Kerap  menggunakan  perdu  perkataan  kata  pangkal  ayatseperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.
f. Banyak menggunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun’.
g.  Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelabagai bidang bahasa.
h.  Turut  menggunakan  aksara  Jawi  yang  dipinjam  dari  bahasa  Arab  yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
HBML4103
5 i.  Frasa  dan  ayatnya  banyak  menerima  pengaruh  dari  bahasa  Arab
terutamanya  dalam  kitab-kitab  Melayu  Klasik  seperti  frasa
maka kemudian  daripada  itu
dar i  Amma  ba’du  ataupun  pada  ayat
sunat berbuka  atas  tamar
.  Frasa  ayat  tersebut  diperolehi  hasil  daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.
3.0 BAHASA MELAYU MODEN