HBML4103
19 c.  penggunaan frasa atau ayat pengaruh Arab.
d.  penggunaan unsur humor. e.  penggunaan unsur-unsur penyembahan.
f.  penggunaan unsur perlambangan g.  memasukkan unsur-unsur sensasi.
h.  unsur kiasan atau perbandingan. i.  gaya bahasa sindiran.
j.  penggunaan pantun dan peribahasa.
6.1 Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit
Penggunaan  ayat  yang  panjang,  berulang-ulang  dan  berbelit-belit  merupakan  ciri  utama yang  membezakan  bahasa  Melayu  Klasik  dengan  bahasa  Melayu  Moden  dari  sudut
sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga dianggap  meleret-leret  terutama  sekali  apabila  menerangkan  sesuatu  perkara.  Ciri  yang
membezakan  bahasa  Melayu  Klasik  dengan  bahasa  Melayu  Moden  ini  dapat  dikesan melalui beberapa baris ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.
Apabila  tuan  puteri  dan  segala  isi  istana  itu  mendengar  bunyi-bunyian dan  melihat  segala  perintah  dewa-dewa  turun  terlalu  banyak  datang
dengan  pakaiannya  terlalu  indah-indah  -  rata  terbang  itu  pun  dengan perhiasannya  keemasan  -  datang  mendapatkan  Sang  Perta  Dewa  itu
bertatahkan  ratna  mutu  manikam,  maka  Tuan  Puteri  Pelinggam  pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6
Contoh  ayat  di  atas,  jelas  mengambarkan  kepada  kita  bahawa  ayat-ayat  yang terkandung  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  adalah  terdiri  daripada  ayat  yang  panjang
strukturnya.  Bagi  contoh  ayat  di  atas  ianya  menggunakan  sebanyak  lima  puluh  tujuh patah perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada
HBML4103
20 kita  bahawa  ayat-ayat  yang  terkandung  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  adalah  terdiri
aripada ayat yang panjang strukturnya.
Berdasarkan  análisis  yang  dilakukan  terhadap  ayat  tersebut,  penulis  telah mendapati  antara  punca  utama  ayat  berkenaan  didapati  panjang  adalah  kerana
penggunaan  beberapa  patah  perkataan  telah  diulang  beberapa  kali.  Berikut  dipaparkan análisis bilangan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat tersebut.
Bil   Perkataan Bilangan Ulangan
1 2
3 4
5 6
7 8
9 10
tuan puteri dan
segala itu
turun terlalu
datang pun
Sang Perta Dewa turun
2 2
2 4
2 2
2 2
2 2
Jadual 6.1 : Kekerapan Bilangan Ulangan Perkataan
Berdasarkan jadual 6.1, sebanyak sembilan patah perkataan dikesan telah diulang tulis sebanyak dua kali, manakala perkataan “turun” telah diulang sebanyak empat kali.
Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa antara punca yang menjadikan ayat-ayat yang  terkandung  di  dalam  bahasa  Melayu  Klasik  didapati  panjang  dan  meleret-leret
adalah faktor ulangan perkataan.
Selain  terdapatnya  unsur  pengulangan  perkataan,  sesebuah  ayat  bahasa  Melayu Klasik  juga  didapati  panjang  dan  meleret-leret  kerana  berpunca  daripada  gaya  bahasa
hiperbola  yang  biasa  terdapat  di  dalam  hasil  sastera  klasik.  Gaya  bahasa  hiperbola bermakna  sesuatu  perkara  itu  diceritakan  secara  berlebih-lebihan.  Tujuan  utama
HBML4103
21 penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda
atau  perkara.  Disamping  penggunaannya  juga  diharapkan  dapat  meninggalkan  kesan yang mendalam dan berkekalan diingatan para pembacanya.
Menerusi  contoh  ayat  yang  diberi,  jelas  kelihatan  daripada  wacana-wacana pemerian  pengarang  terhadap  kecantikan  dewa-dewa  yang  turun  dari  kayangan.  Antara
contoh gaya bahasa hiperbola berbunyi :
Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak  datang dengan pakaian terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.
Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6
Di  dalam  bahasa  Melayu  Moden  pengulangan  sesuatu  perkataan  di  dalam sesebuah  ayat  tidak  berlaku.  Sekiranya  sesuatu  perkataan  diulang  beberapa  kali  dalam
sesebuah  ayat  ianya  dianggap  sebagai  suatu  kelemahan  terhadap  binaan  ayat  tersebut. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang
beberapa  kali.  Ganti  nama  tunjuk  atau  perkataan-perkataan  yang  tidak  diperlukan  boleh diabaikan  bagi  tujuan  meringkaskan  sesebuah  ayat.  Pengarang  harus  sedar  bahawa
sesebuah  ayat  yang  panjang,  berulang-ulang  dan  berbelit-belit  akan  menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya.
Contoh  ayat  yang  berulang-ulang  kali  penampilannya  boleh  dilihat  pada  contoh ayat yang berikutnya :
Maka  Sang  Sapurba  terlalu  sukacita  melihat  isterinya  hamil  itu.  Setelah genablah  bulannya,  maka  tuan  puteri  pun  berputeralah  seorang  lelaki,
terlalu elok rupanya sikapnya. Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 11
Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis mendapati ianya telah diulang sebanyak empat  kali  dalam  satu  muka  surat.  Ayat  tersebut  dituliskan  sebanyak  empat  kali  bagi
HBML4103
22 menjelaskan  kepada  pembaca  bahawa  Sang  Sapurba  mempunyai  anak  seramai  empat
orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat  itu  berbelit-belit  dan  sukar  difahami.  Hal  ini  bertentangan  dengan  gaya  penuliasan
bahasa  Melayu  Moden  yang  mementingkan  ketepatan  maklumat  bagi  memudahkan kefahaman  pembaca.  Oleh  itu  ayat-ayatnya  dituliskan  dengan  lebih  ringkas  tanpa
meninggalkan sebarang maklumat penting.
6.2 Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang