10: Peralatan Muzik Tradisional yang Dipamerkan adalah Unik dan Asli

Carta 4.10: Peralatan Muzik Tradisional yang Dipamerkan adalah Unik dan Asli

sangat setuju

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)

Carta pai 4.11 diatas menunjukkan peratusan berkenaan dengan persepsi pelancong terhadap peralatan muzik tradisional yang dipamerkan di mari-mari cultural village adalah unik dan asli. Hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa majority pelancong adalah sangat setuju dan bersetuju berkenaan dengan persepsi mereka terhadap muzik tradisional yang dipamerkan di MMCV adalah unik dan asli. Buktinya, sebanyak 49 peratus daridapa 100 responden yang ditemui menjawab sangat setuju mengenai persepsi mereka berkenaan dengan peralatan muzik tradisional yang dipamerkan tersebut adalah asli dan unik. Di samping itu juga

41 peratus daripada 100 peratus respondne yang ditemui juga menyatakan setuju berkenaan persepsi mereka bahawa alat muzik tradisional yang dipamerkna adalah unik dan asli.

Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian turut serta yang dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa alat muzik tradisional yang dipamerkan adalah daripada alat muzik asal yang dibina dengan buluh dan juga dibina oleh orang asal di setiap etnik yang terdapat di dalam perkampungan MMCV. Selain itu juga, pemandu pelancong akan menjelaskan berkenaan dengans etiap alat muzi tradisional yang terdapat di mmcv dan keadaan ini menyebabaka pelancong yang melawat akan mengetahui maklumat berkenaan dengan alat muzik tersebut adalah asli dan unik. Hal ini kerana, alat muzik tradisional yang di pamerkan di MMCV adalah merupakan salah satu produk budaya yang dikomersialkan bagi menarik minat pelancong untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan alat muzik yang mewakili identity etnik yang terdapat di perkampungan MMCV tersebut. Keadaa ini telah mempengaruhi persepsi mereka dengan menyatakan setuju bahawa alat muzik tradisonal yang dipamerkan tersebut adalah unik dan asli. Oleh hal yang demikian, pelancong yang melaat akan diberi peluang untuk mencuba alat muzik yang dipemerkan situasi tersebut merupakan satu

pengalaman yang ‘authentic’ yang dialami oleh pelancong yang datang melawat. Manakala, 10 peratus daripada responden yang ditemui menyatakan sederhana

berkenaan persepsi mereka terhadap alat muzik tradisional yang dipamerkan tersebut adalah unik dan asli. Di samping itu juga tiada sebarang responden yang ditemui menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju mengenai persepsi mereka terhadap perkara tersebut. Hal ini kerana, rata-rata pelancong yang melawat di perkampungan mari-mari amat mengagumi akan alat muzik tradisional yang dipamerkan di setiap lima etnik dan tiada sebarang pelancong yang dilihat tidak mengagumi kesemua responden memberi komen bahawa produk budaya yang dikomersialkan anatranya adalah alat muzik tradiosional lima etnik sabah di perkampungan memiliki ciri-ciri originality dan menganggap alat tradisional tersebut adalah sebagai sesuatu yang asli dan unik.

Oleh hal yang demikian kebanyakkan pelancong yang dikaji berpendapat dan memberi komen di ruangan komen yang disediakan di dalam borang soal seldik menyatakan bahawa mereka amat menikmati pengalaman budaya yang dipersembahkan di dalam perkampungan MMCV tersebut. Kebanyakkan pelancong yang ditemui berpendapat bahawa lawatan mereka ke MMCV adalah salah satu lawatan yang memberi pengetahuan kepada mereka lebih-lebih lagi berkenaan dengan alat muzik tradisional Oleh hal yang demikian kebanyakkan pelancong yang dikaji berpendapat dan memberi komen di ruangan komen yang disediakan di dalam borang soal seldik menyatakan bahawa mereka amat menikmati pengalaman budaya yang dipersembahkan di dalam perkampungan MMCV tersebut. Kebanyakkan pelancong yang ditemui berpendapat bahawa lawatan mereka ke MMCV adalah salah satu lawatan yang memberi pengetahuan kepada mereka lebih-lebih lagi berkenaan dengan alat muzik tradisional