Konsep-Konsep Utama Kajian

2.3 Konsep-Konsep Utama Kajian

2.3.1 Ketulenan Budaya

Istilah Authenticity adalah bererti ketulenan dalam sesuatu produk mahupun perisiwa. Dalam konteks pelancongan, kosep ketulenan menurut Wang (1999) dianggap masih relevan kerana kewujudan pelancongan konsep baru seperti pelancongan etnik, budaya dan sejarah yang melibatkan “the other”. Melalui definisi authenticity ini atau konsep ketulenan ini dijadikan sebagai asas kajian ini bagi mengenalpasti ketulenan terhadap produk budaya yang dikomersialkan di Mari-mari cultural village mengikut persepsi pelancong yang menikmati produk dan peristiwa yang dipamerkan di perkampungan budaya tersebut. Dimana setiap produk budaya yang di pamerkan di lima buah model rumah etnik terbesar di sabah.

2.3.2 Pelancongan

Maksud pelancongan mempunyai pelbagai istilah yang ditakrifkan mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan industry pelancongan. Hal ini termasuklah para pelanocng itu sendiri, organisasi penginapan dan pengankutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya. Istilah perkataan ‘tourism’ adalah diambil daripada perkataan latin iaitu ‘tornare’ dan ‘tornor’ daripada greek yang bermaksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada amnya, Jafari (1977) menyifatkan pelancongan adalah sebagai suatu kajian manusia yang bergerak keluar daripada habitat semulajadi mereka serta penglibatan indiustri yang dikatakan bertindak balas pada keperluan pelancong, dan juga kesan ke atas diri pelancong dan industri ini daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran (Batta, 2000).

Pengertian yang meluas ini sukar untuk difahami kerana ianya tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan sebagai pelancongandan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan industri ini. Oleh sebab itu, wujud definisi yang lain dalam menerangkan istilah pelancongan ini dengan lebih jelas. Sebagai contohnya definisi pelancongan oleh Leiper (1981) menyatakan pelancongan Pengertian yang meluas ini sukar untuk difahami kerana ianya tidak menjelaskan secara mendalam apa yang dimaksudkan sebagai pelancongandan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam membangunkan industri ini. Oleh sebab itu, wujud definisi yang lain dalam menerangkan istilah pelancongan ini dengan lebih jelas. Sebagai contohnya definisi pelancongan oleh Leiper (1981) menyatakan pelancongan

kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan serta elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih dari satu

hari” (Batta, 2000). Bagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji merasakan bahawa konsep yang diutarakan oleh Leiper (1981) sesuai diaplikasikan di dalam kajian yang

dijalankan ini dimana, beliau mengatakan bahawa pelancong adalah merupakan sebagai satu sistem yang terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, iaitu elemen manusia iaitu sebagai pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih mengikut kehendak pelancong yang datang melawati sesebuah kawasan destinasi pelancongan.

2.3.3 Budaya

Mengikut Roshan Cultural Herritage Institute (2001), budaya adalah merujuk kepada cara hidup yang mengandungi Bahasa, sastera dan sains, pemikiran, semangat, aktiviti sosial, dan interaksi. Di samping itu, umumnya kebudayaan dalam Bahasa inggeris sebagai culture adalah berasal daripada perkataan latin “cultura”, dalam Bahasa mandarin disebut Wen Hua dan dalam Bahasa arab Thaqafah, sukukata Bu membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala daya adalah mengandungi akal, jalan fikiran, atau penciptaan. Maksud umum bagi budaya ialah segala hasil dari akal dan pemikiran manusia yang asli. Manakala bagi ahli sosiologi seperti Edward B. taylor (1874) berpendapat budaya adalah merupakan keseluruhan yang kompleks dimana merangkumi aspek pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat.

2.3.4 Pegkomersialan Budaya

Pengkomersialan budaya dilihat sebagai satu fenomena atau isu yang sering menjadi perdebatan oleh ahli-ahli antropologi dan soisologi. Antaranya adalah Picard (1995), beliau menggambarkan bahawa keadaan ini melalui masalah pelancongan di Bali, Indonesia. Perdebatan yang ditimbulkan dalam pengkajian beliau dibali adalah mengenai adakah penduduk di Bali dapat keuntungan daripada proses mengkomersialkan produk budaya mereka melalui pelancongan tanpa menghilangkan identity asal dan tanpa memusnahkan budaya sedia ada mereka.

Di samping itu, pemasaran adalah merupakan satu proses pengurusan yang dipertanggungjawakan untuk mengenalpasti dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan disamping untuk mendapatkan keuntungan. Manakala bagi promosi pula adalah memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada bakal pengunjung mengenai sesebuah destinasi pelancongan. Pemilihan bentuk promosi serta maklumat yang ingin disampaikan seharusnya bersesuaian dengan segmen pasaran. Dimana, bentuk promosi yang biasa digunakan melelui lawan sensaang, Word of mouth, pameran, brosur, dan melalui agensi pelancongan. Bagi Cooper, Fietcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), megatakan bahawa promosi adalah merupakan campuran kepada aktiviti komunikasi yang mana persatuan pelancongan atau jabatan pelancongan berusaha untuk menarik atau mempengaruhi orang awam.

Selain itu, Kodler (1996) telah mendefinisikan pemasaran sebagai proses pengurusan dan sosial yang mana individu atau kumpulan mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui penciptaan dan pertukaran produk dan nilai-nilai daripada orang lain. bagi Bonn dan Brand (1995), berpendapat bahawa pelancongan dan perjalanan bagi pasaran yang eksekutif secara asalnya menempuhi cabaran yang berkaitan dengan pengukuran yang tepat bagi permintaan dan pengenalan kepada potensi pasaran. Menguikut pendapat Jaln (1995), secara amalannya, pemilihan bagi sasaran pasaran merupakan satu kajian yang kompleks dan memerlukan kepada analisi yang agak kritikal bagi setiap demografi dan ciri-ciri gelagat bagi segmen yang berpotensi. Oleh itu, pemasaran untuk mana-mana jenis produk atau perkhidmatan Selain itu, Kodler (1996) telah mendefinisikan pemasaran sebagai proses pengurusan dan sosial yang mana individu atau kumpulan mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui penciptaan dan pertukaran produk dan nilai-nilai daripada orang lain. bagi Bonn dan Brand (1995), berpendapat bahawa pelancongan dan perjalanan bagi pasaran yang eksekutif secara asalnya menempuhi cabaran yang berkaitan dengan pengukuran yang tepat bagi permintaan dan pengenalan kepada potensi pasaran. Menguikut pendapat Jaln (1995), secara amalannya, pemilihan bagi sasaran pasaran merupakan satu kajian yang kompleks dan memerlukan kepada analisi yang agak kritikal bagi setiap demografi dan ciri-ciri gelagat bagi segmen yang berpotensi. Oleh itu, pemasaran untuk mana-mana jenis produk atau perkhidmatan

Selain itu, Buckley dan Papadopoulus (1986), telah mencadangkan bahawa perlunya pemerhatian yang menyeluruh diberikan kepada ciri-ciri pelawat dalam usaha untuk membangunkan strategi pemasaran yang rasional. Contohnya, kewujudan segmen pasaran yang jelas harus dikenalpasti dan dibuat kajian tentang faktor-faktor keputusan untuk membeli yang mana ianya lebih penting dalam segmen tersebut. bagi pendapat dNetherlands National Tourist Office (1992) pula, permintaan pelancong adalah luas dan tidak terkira banyaknya pilihan untuk segmentasi seperti umur, kelas sosial, fasa pembangunan keluarga, corak perbelanjaan, tujuan kebudayaan atau untuk alam semulajadi, melancong secara persendirian atau berkumpulan mahupun sesuatu yang menarik minat pelancong tersebut untuk melancong. Hal ini menunjukkan bahawa setiap dan sasaran pasaran seharusnya bersesuaian dengan apa yang kita hendak tawarkan samada kepada pelancong atau pelawat bagi sesebuah destinasi pelancongan.

Oleh itu, Mckercher, Ho dan Du Cros (2003) berpendapat bahawa pentingnya untuk mengakses potensi pasaran secara realistik dan responden dapat merasa promosi pelancongan agensi tempatan adalah tidak begitu bagus, jadi lembaga pelancongan hongkong telah mendesak pengurus asset (curator) untuk membangunkan asset (bahan pameran) mereka sebagai tarikan pelancongan. Bagi Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd, dan Winhill (1998) mengatakan bahawa pemasaran adalah berkenaan dengan kajian yang berkaitan asas kepada perancangan organisasi. Dimana, pemasaran adalah berkaitan dengan produk, harga, promosi dan bukan sahaja terletak kepada untung semata-mata.

2.3.5 Kepuasan Pelancong

Konsep mengenai kepuasan pelancong adalah berbeza di setiap destinasi yang dikunjung dari satu kawasan dengan kawasan yang lain oleh pelancong domestik mahupun pelancong antarabangsa. Hal ini kerana setiap tempat atau kawasan Konsep mengenai kepuasan pelancong adalah berbeza di setiap destinasi yang dikunjung dari satu kawasan dengan kawasan yang lain oleh pelancong domestik mahupun pelancong antarabangsa. Hal ini kerana setiap tempat atau kawasan

Hal ini yang dikatakan sebagai reaksi yang mempunyai kaitan dengan masa istimewa, iaitu sebelum membeli, selepas membeli dan setelah menggunakan sesebuah produk mahupun perkhidmatan (velan kunjuraman, 2014). Di samping itu, bagi Bake dan Crompton (dalam Ranjanthran & Mohammed, 2010), telah mentakrifkan makna kepuasan sebagai kepuasan yang diarah oleh dua faktor iaitu faktor utama adalah faktor dalaman yang meliputi elemen sosial dan psikologi seseorang individu iaitu seperti perasaan, tingkah laku, keperluan serta yang kedua ialah faktor luaran iaitu seperti keadaan musim dan juga interaksi sosial. Oleh sebab itu, dalam kajian yang dijalankan ini kepuasan pelancong ditakrifkan sebagai satu perasaan berpuas hati apabila kehendak dan permintaan mereka dapat dipenuhi. Hal ini dimana, kepuasan ini dilihat boleh mempengaruhi mereka untuk mengadakan kunjungan semula ke lokasi yang sama pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, dalam kajian yang dijalankan ini faktor kepuasan pelancong yang dikenalpasti adalah seperti mutu perkhidmatan yang disediakan, dari segi aspek fasiliti, produk pelancongan yang dikomersialkan dan sebagainya.

Rajah 2.3 Rangka konseptual kajian

Matlamat dan Objektif

Persoalan Penyelidikan

Kajian Literatur

Skop Kajian

PELANCONG ASING PELANCONG DOMESTIK MARI-MARI CULTURAL VILLAGE

Demografi pelancong dan Persepsi Kepuasan Pelancong terhadap aspek

pelancong terhadap produk budaya fasiliti dan mutu perkhidmatan di yang ditawarkan oleh Mari-Mari Mari-Mari Cultural Village.

Cultural Village

PENGUMPULAN DATA

KAEDAH KUALITATIF KAEDAH KUANTITATIF  Temuramah pihak pengurusan

 Borang Soal Selidik Pelancong Mari-Mari Cultural Village

ANALISIS PENILAIAN

 Demografi Pelancong  Latar belakang mari-mari

 Persepsi pelancong cultural village.

 Tahap kepuasan pelancong

Transkrip

PENEMUAN KAJIAN

SPSS