Sorotan Kajian Lepas

2.4 Sorotan Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Jin Huh (2002) ini adalah berkenaan dengan tahap kepuasan pelancong terhadap tapak budaya yang dijalankan di Virginia Historic Triangle di Amerika. Ianya merupakan kawasan sejarah yang merupakan destinasi pelancongan yang popular di Amerika. Di dalam kajian yang dilakukan oleh Jin Huh (2002) ini mendapati fokus kajian adalah berkenaan terhadap karakteristik pelancong yang melawat destinasi warisan sejarah ini. Di samping itu juga kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan diantara destinasi warisan budaya tersebut mempengaruhi kepuasan pelancong yang datang melawat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan melakukan kajian kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang responden yang melawat ke tapak warisan budaya The Virginia Historic Triangle di Amerika. Hasil dapatan kajian yang diperolehi Cuma 251 responden daripada 300 responden sahaja yang dapat dianalisis dengan menggunakan SPSS system. 4 faktor yang diketengahkan didalam borang soal selidik yang di sediakan iaitu berkenaan dengan tarikan umum pelancong yang datang, tarikan terhadap warisan sejarah, faktor penyelenggaraan destinasi pelancongan tersebut dan faktor tarikan budaya. Dapatan kajian mendapati bahawa pelancong yang datang berpuas hati terhadap monument-monumen sejarah yang ada disamping itu juga pelancong juga dilihat berpuas hati terhadap pakej pelancongan, bangunan-bangunan sejarha, Taman Tema yang terdapat disitu. Namun yang demikian dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa elemen yang menyebabkan pelancong tidak berpuas hati. Hal ini kerana, ‘expectation’ pelancong terhadap hal-hal seperti produk-produk kraftangan, makanan, cenderamata adalah berlainan daripada tanggapan pelancong keadaan ini telah mempengaruhi tahap kepuasan pelancong yang melawat di tapak The Virginia Historic Triangle.

Manakala, Kajian yang dilakukan oleh Norlidan Hanim et.all (2011) ini adalah membincangkan dan menganalsis berkenaan terhadap kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan di destinasi pelancongan pulau kapas. Kajian ini memilih lokasi kajian di Taman laut Pulau Kapas (TLPK). Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan termasuk alam sekitar yang ditawarkan oleh TLPK. Tujuan kajian adalah untuk Manakala, Kajian yang dilakukan oleh Norlidan Hanim et.all (2011) ini adalah membincangkan dan menganalsis berkenaan terhadap kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan di destinasi pelancongan pulau kapas. Kajian ini memilih lokasi kajian di Taman laut Pulau Kapas (TLPK). Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelancong terhadap kualiti perkhidmatan termasuk alam sekitar yang ditawarkan oleh TLPK. Tujuan kajian adalah untuk

Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif iaitu temubula bersemuka dengan pelancong domestic sahaja yang melawat kawasan tersebut. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik juga iaitu dengan menbahagikan kepada dua bahagian dengan bahagian yang pertama merupakan pengumpualn maklumat demografi pelancong sementara bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan persepsi pelancong terhadap kepuasan perkhidmatan ditawarkan di TLPK.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati kesemua pelancong yang mengadakan lawatan ke destinasi tersebut terhadap kualiti perkhidmatan (tahap keselamtan, infrastruktur, keseluruhan perjalanan, kebersihan dan kemudahan sokongan) yang di tawarkan sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min persepsi antara 3.72-4.87 yang lebih tinggi daripada nilai min purata 2.5. Tetapi wujud perbezaan antara nilai min tersebut sama ada melalui gap mahupun ujian t berpaangan. Analisis jurang mendapati nilai min kebanyakkan kualiti perkhidmatan adalah negative bagi semua atribut. Nilai t juga didapati signifikan yang menunjukkan terdapat perbezaan antara kepuasan yang dijangka dan persepsi. Namun yang demikian, tingkat kepuasan epalncong masih lagi tinggi kerana nilai min persepsi mereka melepasi nilai min persepsi purata. Secara keseluruhan tahap kepuasan yang diperolehi pelancong terhadap kelima-lima perkhidmatan adalah bersesuaian dan memenuhi kriteria statistic

yang telah ditetapkan selain memperoleh nilai ‘cronbach alpha’ yang tinggi (melebihi 0.80).

Di samping itu, Kajian yang dijalankan Tidti Tidtichumrernporn et.all (2010) adalah membincangkan berkenaan dengan tahap kepuasan pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa terhadap produk pelancongan budya Lanna iaitu di Chiang mai walking street activities. Di dalam kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan Di samping itu, Kajian yang dijalankan Tidti Tidtichumrernporn et.all (2010) adalah membincangkan berkenaan dengan tahap kepuasan pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa terhadap produk pelancongan budya Lanna iaitu di Chiang mai walking street activities. Di dalam kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan

Bagi mengukur tahap perbezaan pelancong tempatan (thai) dang juga pelancong antarabangsa kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dengan mengunakan borang soal selidik untuk 100 orang responden 50 responden dari kalangan pelancong tempatan dan 50 adalah dari kalangan pelancong antarabangsa. Dimana pengukuran tahap kepuasan diukur berkenaan dengan kepuasan mereka terhadap produk budaya yang di promosikan di Chiang Mai Street. Produk budaya tersebut merangkumi (makanan asli Thailand, persembahan seni tradisonal Thailand, urutan tradisional tahiland dan juga cenderamata). Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakkan pelancong yang ditemui menyatakan berpuas hati terhadap produk budaya yang di promosikan di Chiang Mai Street terutamanya daripada kalangan pelancong asing yang menunjukkan tahap kepuasan yang lebih tingi berbanding dengan pelancong tempatan (Thailand) terutamanya terhadap promosi makanan asli Thailand. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden yang berlatarbelakangkan pendidikan tinggi mempunyai tahap kepuasan yang paling tingi.

Berbeza dengan Kajian yang dijalankan oleh Benjamin Essu dan Vivian Mbaze (2009) ini adalah membincangkan mengenai pengukuran tahap kepuasan pelancong terhadap pelancongan festival budaya yang diadakan di Nigeria yang merupakan festival tradisi masyarakat Nigeria iaitu Festival Carnival Calabar. Calabar merupakan Berbeza dengan Kajian yang dijalankan oleh Benjamin Essu dan Vivian Mbaze (2009) ini adalah membincangkan mengenai pengukuran tahap kepuasan pelancong terhadap pelancongan festival budaya yang diadakan di Nigeria yang merupakan festival tradisi masyarakat Nigeria iaitu Festival Carnival Calabar. Calabar merupakan

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan juga kuantitati. Kaedah kualitatif digunakan dnegan melakukan temubual secara bersemuka dengan penonton (pelanocng) festival. Di smaping itu, kaedah kuantitatif digunakan dengan melakukan soal selidik secara berfokus dimana penonton daripada kalangan yang berumur 20 tahun keatas sahaja akan diberikan borang soal selidik iaitu seramai 500 orang responden daripada kalangan penonton (pelancong). Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden daripada kalangan penonton yang ditemui berpuas hati terhadap 9 atribut yang terdapat pada festival tersebut. Dimana ketiga-tiga focus penonton iaitu penonton yang melihat festival sepanjang malam, yang tinggal di kawasan festival dan penonton yang pergi balik menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti yang ada di festival Karnival Calabar.

Namun begitu kajian yang dijalankan oleh M. Kozak (2001) dimana di dalam kajian tersebut adalah mengemukakan perbandingan penilaian terhadap kepuasan bagi pelancong Jerman dan British di Destinasi Pelancongan. Penganalisian perbandingan kajian terhadap kepuasan pelancong di dua destinasi pelancongan yang berbeza. Dimana, dapatan kajian menunjukkan hasil kajian yang melibatkan 1872 pelancong dari British dan German yang mengunjungi Turki dan Mallorca pada musim panas tahun 1998. Kajian ini dilakukan di Turki dan Mallorca. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan dan persamaan tahap kepuasan pelancong yang mengadakan lawatan ke Turki. Untuk menguju perbezaan di antara dua destinasi tersebut, borang soal selidik diedarkan di kedua-dua destinasi.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pelancong dari British mempunyai tahap kepuasan yang tinggi berbanding dengan pelancong dari German dalam aspek penginapan, pengangkutan, layanan dan perkhidmatan oleh pihak pengurusan.

Kajian yang dijalankan oleh Akama dan Keiti (2003) pula adalah berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Kozak (2001).kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan pengukuran tahap kepuasan pelancong di safari Hidupan Liar di kenya yang dianggap sebagai sector pelancongan yang penting di Kenya. Di mana, lebih satu juta pelancong antarabangsa telah melawat Taman Negara Kenya setiap tahun. Sebaliknya, sejak kebelakangan ini bilangan pelancong antarabangsa ke Taman Negara ini semakin berkurangan. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kualiti perkhidmatan di Taman haiwan liar serta kurang penekanan keatas aspek keselamatan pelancong dan kemudahan yang tidak selesa. Kajian ini telah menunjukkan bahawa salah satu faktor adalah kekurangan kualiti taman dan tahap kepuasan pelancong yang melawat Taman Negara Tsavo Barat, Kenya. Dalam kajian ini juga menggunakan ciri-ciri kualiti perkhidmatan (SERVQUAL=SERVICE QUALITY FRAMEWORK) bagi mengukur kualiti perkhidmatan dan tahap kepuasan pelancong yang datang ke taman negara tersebut. Kajian dilakukan keatas 200 orang responden yang terdiri daripada pelancong antarabangsa.

Dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak 70 peratus daripada 200 orang responden didapati berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di Taman Negara Tsavo Barat. Kajian ini memberi imej bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi kemerosotan kedatangan pelancong di Taman Negara Kenya.

Oleh kerana kajian yang dijalankan juga melibatkan tahap persepsi pelancong terhadap produk budaya yang di komersialkan hasil kajian yang lepas berkenaan dengan produk budaya yang dikomersialkan telah dikaji oleh beberapa pengkaji berkaitan dengan ketulenan keatas produk budaya yang di komersialkan tersebut.

Dimana, mengikut kajian yang dijalankan oleh Greenwood (1977), pengkomersilan budaya untuk sektor pelancongan telah menyebabkan kehilangan makna budaya tersebut kepada masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, kehilangan makna ini juga akan seterusnya mengakibatkan mereka hilang minat dalam meneruskannya dan menghasilkannya. Pandangan ini adalah hasil daripada analisisnya terhadap ritual Alarde yang dilakukan di Fuenterrabia. Menurut beliau, apabila ritual ini dikomersilkan dan pihak kerajaan mengarah ia dilakukan dua kali untuk memenuhi Dimana, mengikut kajian yang dijalankan oleh Greenwood (1977), pengkomersilan budaya untuk sektor pelancongan telah menyebabkan kehilangan makna budaya tersebut kepada masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, kehilangan makna ini juga akan seterusnya mengakibatkan mereka hilang minat dalam meneruskannya dan menghasilkannya. Pandangan ini adalah hasil daripada analisisnya terhadap ritual Alarde yang dilakukan di Fuenterrabia. Menurut beliau, apabila ritual ini dikomersilkan dan pihak kerajaan mengarah ia dilakukan dua kali untuk memenuhi

Cohen (1988) pula tidak mempunyai pandangan yang sama dengan Greenwood dan berpendapat bahawa pengkomersilan tidak semestinya menyebabkan kemerosotan makna dan ketulenan budaya. Hal ini hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Menurut Cohen, produk budaya yang dikomersilkan untuk para pelancong akan memberi makna yang baharu kepada masyarakat. Ini disebabkan produk tersebut akan menjadi suatu tanda diakritikal kepada identiti budaya mereka yang berupaya bertindak untuk memelihara identiti mereka di depan pihak luar. Medina (2003) bersetuju dengan pernyataan Cohen yang mana pengkomersilan budaya untuk pelancongan boleh membantu dalam pemeliharaan budaya sesuatu masyarakat melalui pewujudan permintaan atau pemberian nilai ke atasnya. Kajiannya terhadap perkampungan berdekatan tapak sejarah Maya di Belize telah menunjukkan pengambilan kembali identiti dan budaya Maya di kalangan masyarakat yang telah menghilang atau melupakannya. Keadaan ini berlaku kerana pelancongan dan minat pelancong terhadap budaya Maya yang mengakibatkan masyarakat tersebut mencari dan mengenali budaya asal mereka yang telah hilang daripada kerja-kerja ahli arkeologi, etnografi dan epigrafi. Motivasi untuk berbuat demikian wujud daripada idea bahawa penambahan kepada pengalaman pelancong secara tulen dapat menghasilkan lebih banyak untung untuk mereka. Medina menegaskan bahawa budaya yang dihasilkan akibat ini bukan sesuatu budaya yang baharu tetapi suatu budaya yang mempunyai ketulenan dan berasaskan pengetahuan daripada penemuan ahli pengkaji.

Seperti kajian Medina, kajian Grünewald (2002) juga menunjukkan bahawa pengkomersilan budaya dapat membantu dalam 'penghidupan semula' identiti budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat Pataxó yang dikaji oleh beliau didapati mengamalkan balik budaya mereka yang semakin mengurang untuk menunjukkan ketulenan produk mereka dan menarik minat pelancong. Aktiviti pelancongan dan Seperti kajian Medina, kajian Grünewald (2002) juga menunjukkan bahawa pengkomersilan budaya dapat membantu dalam 'penghidupan semula' identiti budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat Pataxó yang dikaji oleh beliau didapati mengamalkan balik budaya mereka yang semakin mengurang untuk menunjukkan ketulenan produk mereka dan menarik minat pelancong. Aktiviti pelancongan dan

Kajian McKean (1973) mengenai masyarakat Bali juga menunjukkan perkembangan budaya tradisi akibat perkembangan industri pelancongan. Apabila masyarakat Bali melayan minat pelancong mengenai budaya mereka, pada masa yang sama mereka juga menggalakkan dan memperkukuhkan kesenian budaya mereka. McKean melihat budaya masyarakat Bali sebagai merangkumi "persembahan budaya" di mana persembahan ini mempunyai penonton seperti dewa dewi, penduduk tempatan dan pelancong. Persembahan yang dibentuk untuk para pelancong bersifat komersial dan tidak mempunyai makna secara agama. Walaupun begitu, faedah kewangan menyebabkan mereka melatih dengan lebih banyak dan ini menyebabkan penyampaian mereka bertambah baik. Menurut beliau, keadaan ini membolehkan budaya mereka diperkukuhkan dan pada masa yang sama mereka mendapat faedah. Selain itu, ketulenan budaya mereka juga tidak dijejaskan kerana apa yang ditambah masih mengikut budaya asal.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Rosazman Hussin (2009), menyatakan pengkomersialan budaya sebagai suatu produk dan dijual kepada pelancong dalam bentuk lokasi sejarah silam, pertunjukan amalan ritual, seni kraftangan, pertunjukan tarian tradisi dan adat-istiadat seperti perkahwinan. Di tunjukkan bahawa kehidupan tarian suku kaum dan etnik tertentu telah di komersialkan sebagai komoditi dan dijual kepada pelancong. Kajian yang dijalankan oleh Rosazman Hussin (2009) ini telah dilakukan di Miso Walai Homestay di Kg. Batu Puteh. Objektif kajian adalah melihat Manakala kajian yang dilakukan oleh Rosazman Hussin (2009), menyatakan pengkomersialan budaya sebagai suatu produk dan dijual kepada pelancong dalam bentuk lokasi sejarah silam, pertunjukan amalan ritual, seni kraftangan, pertunjukan tarian tradisi dan adat-istiadat seperti perkahwinan. Di tunjukkan bahawa kehidupan tarian suku kaum dan etnik tertentu telah di komersialkan sebagai komoditi dan dijual kepada pelancong. Kajian yang dijalankan oleh Rosazman Hussin (2009) ini telah dilakukan di Miso Walai Homestay di Kg. Batu Puteh. Objektif kajian adalah melihat

Dalam kajian ini mendapati bahawa perbezaan di dua kawasan homestay iaitu wiso walai di Kg Batu puteh dan homestay Balai Kito di Kg Sukau. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengkomersialan budaya orang sungai di Kg Batu Puteh lebih Berjaya berbanding pengkomersialn budaya di Kg. Sukau. Hal ini kerana, di Batu puteh wujudnya pengurusan yang sistematik terhadap pengenalan budaya melalui eko pelancongan yang diselia oleh bdan NGO iaiti MESCOT yang bekerjasama. Manakala di Kg Sukau adalah milik persendirian dan ini amat menyukarkan kejayaan dalam pengkomersialan budaya orang sungai melalui konteks ekopelancongan.