Upacara Ritual Kegamaan Tradisional yang Dipersembahkan di Mari- Mari Cultural Village adalah seperti Asli.

4.3.8 Upacara Ritual Kegamaan Tradisional yang Dipersembahkan di Mari- Mari Cultural Village adalah seperti Asli.

Carta 4.8: Upacara Ritual Keagamaan adalah Seperti Asli n=100

tidak setuju

sederhana

setuju

sangat setuju

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)

Carta pai 4.8 diatas menunjukkan peratusan persepsi pelancong mengenai upacara ritual keagamaan tradisional yang dipersembahkan di Mari-Mari Cultural Village adalah seperti asli. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik terhadap 100 pelancong yang dipilih secara rawak melalui borang soal selidik yang diedarkan mendapati kebanyakkan pelancong menjawab sangat setuju dan setuju berkenaan dengan upacara ritual Keagamaan tradisional yang dipersembahkan di Mari-Mari Cultural Village adalah seperti asli. Buktinya, sebanyak 47 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui menjawab setuju berkenaan dengan hal tersebut begitu juga dengan responden yang menjawab setuju dimana, sebanyak 35 peratus daripada 100 peratus responden menyatakan setuju mengenai persepsi mereka terhadap upacara ritual keagamaan yang dipersmebahkan tersebut seakan-akan asli daripada budaya yang dipersembahkan tersebut.

Hal ini kerana, kebanyakkan pelancong yang melihat upacara ritual keagamaan yang dipersembahkan oleh kakitangan mari-mari tersebut menyatakan bahawa mereka mengagumi dan merasai pengalaman yang tulen dimana mereka merasai seakan-akan mereka adalah daripada etnik tersebut. Setiap pelancong yang datang diberikan arahan untuk turut serta dalam aktiviti seperti sebelum memasuki rumah murut pelancong dikehendaki melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh etnik murut semasa menerima tetamu. Di mana, sebelum pelancong memasuki pekarangan rumah murut di pintu masuk rumah murut terdapat pahlawan murut yang sedang menunggu bersama-sama dengan bobolizan (bomoh). Hal ini kerana untuk mendedahkan kepada pelancong mengenai upacara-upacara ritual yang dilakukan oleh kaum murut pada masa dulu semasa menerima orang luar untuk masuk ke dalam perkampunga mereka. Di samping itu juga, melalui upacara tersbut, pihak atau kakitangan yang ditugaskan sebagai bobolizan dan juga pahlawan murut tersebut mengetahui niat baik pengunjung tersebut mereka seakan-akan melakukan upacara merestui kedatangan pelancong untuk masuk ke dalam model rumah murut. Keadaan ini dilihat dan merupakan pengalaman yang ‘authentic’ yang dirasakan oleh pelancong walaupun ianya dilakonkan semula oleh pihak kakitangan mari-mari cultural village. Oleh hal yang demikian, keadaan ini menyebabkan majority pelancong mempunyai persepsi bersetuju berkenaan dengan upacara ritual keagamaan tradisional yang dipersembahkan di mari-mari cultural village adalah seperti asli.

Sehubungan dengan itu, terdapat pelancong yang menjawab sederhana dengan peratusan sebanyak 16 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui berpendapata bahawa upacara ritual keagamaan tradisional yang dipersembahkan di mari-mari cultural village adalah seperti asli Cuma sederhana. Manakala, terdapat juga dalam kalangan pelancong yang ditemui menjawab tidak setuju berkenaan dengan penyataan upacara ritual keagamaan tradisional yang dipesembahkan di mari-mari cultural village adalah seperti asli. Hal ini kerana, ada dalam kalangan pelancong yang memberi komen berkenaan di ruangan komen dan cadangan yang disediakan di dalam borang soal selidik dengan menyatakan bahawa pihak mari-mari cultural village sepatutnya menunjukkan lebih lagi ketulenan dalam setiap upacar ritual mengikut lima model etnik yang terdapat di dalam perkampungan MMCV tersebut.

“…pihak mari-mari cultural village sepatutnya menunjukkan lebih lagi ‘originality’ di setiap ritual yang dipersembahkan kepada pelancong. Originalty ritual tersebut yang saya hendak lihat...” ( Malaysia, 21. 5. 2015).

Berdasarkan daripada kenyataan responden yang meninggalkan komen di ruangan komen dan cadangan mendapati bahawa latar belakang responden adalah dari kalangan pelancong tempatan. Oleh yang demikian membuktikan bahawa pelancong tempatan dilihat lebih menginginkan upacara ritual yang asal di setiap lima etnik yang terdapat di perkampungan Mari-Mari Cultural Village tersebut. Oleh sebab itu, mereka menjawab tidak setuju berkenaan upacara ritual tradisional yang dipersembahkan kerana bagi pelancong tempatan ianya tidak ada ciri keasliaan didalam upacara tersebut berbanding dengan pelancong asing yang beranggapan bahawa upacara yang dipersembahkan atau dilakonkan dipentas adalah satu pengalaman yang tulen.

Gambar 4.5: Penyelidik Bersama dengan Kakitangan MMCV yang Terlibat dalam Melakonkan Upacara Ritual Keagamaan Serta Alatan yang Digunakan.

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)