Rumah Suku Kaum Murut

3.5.5 Rumah Suku Kaum Murut

Pembinaan model rumah Murut mengambil masa yang paling lama berbanding dnegan

4 model buah rumah etnik yang lain yang terdapat di MMCV. Tempoh masa yang diambil bagi membina model rumah murut adalah sekitar dalam 5 bulan lebih. Rumah murut ini perlu dibual dengan betul-betul supaya ianya lebih kukuh disebabkan untuk membina lansaran yang dikenali sebagai trampoline untuk melakukan aktiviti lompatan keatas lansaran tersebut memerlukan model rumah etnik murut ini dibina dengan lebih 4 model buah rumah etnik yang lain yang terdapat di MMCV. Tempoh masa yang diambil bagi membina model rumah murut adalah sekitar dalam 5 bulan lebih. Rumah murut ini perlu dibual dengan betul-betul supaya ianya lebih kukuh disebabkan untuk membina lansaran yang dikenali sebagai trampoline untuk melakukan aktiviti lompatan keatas lansaran tersebut memerlukan model rumah etnik murut ini dibina dengan lebih

“…rumah murut kena buat betul-betul la bagi kukuh sebab yang mula-mula di buat adalah lansaran tu yang mau kasi buat betul-betul baru rumah tu dan tiang-

tiang tu skali. Sebab kalua kita lompat rumah tu tidak kukuh jadi kena buat lansaran dulu baru rumah lah ambik masa 5 bulan lebih la. Material juga diorang buat dnegan sangat padat. Macam bamboo diorang akan pastikan lantai tidak ada lubang kalua murut dia guna bamboo, kulit kayu dan juga rotan jadi ambil masa sebab model rumah murut ni memang susah untuk buat berminggu-minggu

lah jugak tapi tempoh masa siap memang 5 bulan keatas…”(Temubual dengan En.Ester Mampis.13 Mac 2015; Staf Mari-mari Cultural Village di Inanam, Sabah).

Produk budaya yang di komersialkan di model rumah etnik Murut yang terkenal dengan jolokan nama lagenda sebagai headhunters adalah berkenaan dengan cara- cara etnik murut ini menyambut tetamu dimana terdapat upacara yang dilakukan sebelum mereka menerima tetamu/pelancong masuk melawat ke kawasan perkarangan model rumah etnik Murut ini. Dimana, pelancong akan disuruh melantik satu orang ketua yang akan mewakili kumpulan pelancong tersebut untuk berinteraksi dengan kakitangan MMCV yang berlakon menjadi pahlawan Murut. Selepas mereka dibenarkan masuk, pelancong akan dipertunjukkan dengan demonstrasi untuk menggunakan senjata tradisional etnik murut iaitu sumpit atau buluh pipe pelancong juga dibenarkan untuk mencuba produk tradisional tersebut supaya mereka boleh merasai budaya etnik murut ketika melakukan lawatan di model rumah etnik Murut di MMCV.

Selepas mereka mencuba sumpit iaitu senjata tradisional etnik murut ini, pelancong akan di bawa masuk kedalam model rumah etnik Murut dimana di dalam rumah tersebut pelancong akan melihat sendiri struktur dan reka bentuk model rumah etnik Murut termasuk bilik dan juga lambing-lambang pahlawan di mana terdapat Selepas mereka mencuba sumpit iaitu senjata tradisional etnik murut ini, pelancong akan di bawa masuk kedalam model rumah etnik Murut dimana di dalam rumah tersebut pelancong akan melihat sendiri struktur dan reka bentuk model rumah etnik Murut termasuk bilik dan juga lambing-lambang pahlawan di mana terdapat

“…last sekali kita bagi diorang try trampoline. Cakap bila ada festival lepas kalau diorang akan buat satu ritual ataupun perayaan tanda kemenangan diorang so

diorang akan lompat di lansaran tu ke atas so diorang akanletak satu barang akan gantung barang-barang berharga untuk pahlawan tu tariklah. Yang itu asal dia tapi kalua di mari-mari cultural village ni kami buat tidak begitu tinggi lah sebab ada di kalangan pelancong kan juga mau try Tarik itu barang. Jadi untuk memudahkan mereka Tarik tu barang kami bina tidak begitu tinggi seperti yang asal lah...” (Temubual dengan En.Ester Mampis.13 Mac 2015; Staf Mari-mari

Cultural Village di Inanam, Sabah). Produk seterusnya yang akan pelancong akan cuba adalah ‘langsaran’ atau dikenali

sebagai trampoline dalam kalangan pelancong. dimana pelancong akan diperjelaskan bahawa lansaran tersebut adalah merupakan salah benda yang akan digunakan dengan melakukan ritual tanda mereka untuk menyambut kemenangan etnik murut yang dulu-dulu akan lompat di langsaran tu ke atas dan pahlawan akan sedaya upaya untuk ambil barang yang di gantung diatas tersebtu.

Lansarang sebenar untuk pahalawan adalah tinggi tapi untuk kemudahan pelancong lansarang dibuat tidak setinggi yang asal hal ini bagi memudahkan pelancong untuk melompat mencapai barang yang digantung di atas supaya mudah untuk pelancong Tarik. Di samping itu juga, pelancong akan diberi penerangan bahawa kegunaan langsara ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk menguatkan kaki pahlawan etnik Murut supaya kaki mereka kuat untuk mengejar musuh.