Latar Belakang Mari-Mari Cultural Village sebagai Destinasi Pelancongan Budaya Di Sabah.

3.3 Latar Belakang Mari-Mari Cultural Village sebagai Destinasi Pelancongan Budaya Di Sabah.

Gambar 3.1: Mari Mari Cultural Village

(Sumber: Gambar kajian lapangan 2015)

Tempat asal MMCV ini adalah merupakan tanah kebun buah orang kampung Kionsom yang sebesar tujuh hektar. Dimana pada mulanya dahulu banyak buah-buahan seperti durian, manggis, langsat dan sebagainya. Pemilik Mari-Mari Cultural Village ini mempunyai perjanjian dengan orang kampung iaitu pemilik tanah kebun ni persetujuan dibuat jadi pemilik tanah dengan pemilik MMCV ini merupakan sharepartner. Dimana pemilik MMCV menyatakan idea atau pendapatnya untuk membuka sebuah tempat pelancongan budaya di kawasan tanah tersebut memandangkan suasana kawasan ini amat sesuai untuk dijadikan kawasan

pelancongan. 1 Mengikut temubual responden pengasas yang memulakan destinasi

pelancongan budaya mari-mari ini adalah Encik Octavius yang merupakan orang tempatan yang berasal daripada Kota Belud, Sabah. Produk pelancongan yang beliau ada sekarang ini adalah merupakan produk pelancongan yang ketiga yang dimiliki dan

1 Temubual dengan pihak pengurusan MMCV pada 13 Mac 2015.

cetusan idea daripada encik Octavius itu sendiri. Dimana, beliau dikatakan mahu melakukan sesuatu kelainan dengan membuka tempat pelancongan seperti ini

disamping dapat mengekalkan budaya atau identiti etnik negeri sabah. 2 ‘Idea pembukaan ini datang dari dia sendiri dia mau buat satu benda yang lain.

dia mau mau mengekalkan budaya itu. Jadi dia buat satu tempat macam ni iaitu jauh dari bandar utama. Jadi suasana dia ngam untuk tempat pelancongan’ (Temubual dengan En.Ester Mampis.13 Mac 2015; Staf Mari-

mari Cultural Village di Inanam, Sabah). tempat ini secara rasminya di jadikan tempat pelancongan adalah pada tahun 2008

iaitu perasmian dilakukan oleh menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar negeri sabah iaitu YB Datuk Haji Masidi Manjun jadi tempat ini dijadikan tempat

pelancongan budaya adalah dalam lingkungan 7 tahun 3 . Di samping itu juga menurut encik mampis yang merupakan pihak pengurusan di MMCV tersebut menyatakan bahawa semakin lama tempat itu dibuka semakin tinggi permintaan dan jumlah pelancong yang datang. Hal ini kerana, bagi pihak pengurusan tersebut menyatakan bahawa masih terdapat banyak lagi orang yang minat terhadap produk budaya Etnik sabah ini. Dimana menurut beliau orang atau pelancong dikatakan mau tahu lebih lagi mengenai kepelbagaian etnik yang terdapat di negeri Sabah ini.

“…orang sekarang ini lebih banyak mahu tau. Kerana budaya sekarang ini agak susah mahu mahu jumpa susah mahu tau dimana mau pergi. Jadi tempat ini

baguslah untuk introduction bagi negeri sabah lah. Dimana di MMCV ni memaparkan suku kaum yang terkenal di negeri sabah seperti Dusun, rungus,

lundayeh murut dan bajau…” (En.Ester Mampis.13 Mac 2015.pihak pengurusan Mari-mari Cultural Village di Inanam, Sabah)

Di samping itu, MMCV dikatakan sebagai tempat wajib lawat oleh Sabah Board Tourism. Dimana SBT memberi sokongan daripada segi promosi MMCV kepada pelancong. Melalui SBT pelancong akan tahu kewujudan MMCV di Sabah. Selain itu,

2 Ibid 3 Ibid 2 Ibid 3 Ibid

tempat ini terkenal lagi di negeri sabah. 4

Lokasi MMCV ini terletak sepanjang 25 kilometer dari pusat bandaraya dan memakan masa 45 minit untuk sampai dari pusat bandaraya kota kinabalu ke MMCV. Di samping itu, bagi memudahkan urusan pihak MMCV mempunyai agen sendiri untuk ambil pelancong di hotel yang mereka menginap. Antara hotel-hotel yang mempunyai rangkaian dengan MMCV ialah Hotel Rasa Ria, Nexus, Sabandar, Mimpian jadi, Langkah Syabas, Beringgis Resort dan Kasih Sayang Resort (Amazing Borneo.com diakses pada

20 Mac 2015). Bayaran masuk untuk lawatan ke MMCV dikenakan mengikut jumlah pelancong

yang datang melawat. Jika dua hingga sembilan pax dikenakan bayaran sebanyak RM160 ringgit dan jika melebihi 10 pax keatas bayaran dikenakan kurang sedikit iaitu sebanyak RM150 ringgit. Bagi golongan kanak-kanak pula caj lawatan dikurangkan sebanyak RM130 ringgit sahaja untuk setiap seorang kanak-kanak. Namun jika menggunakan perkhidmatan servis pengangkutan yang disediakan oleh pihak MMCV pelancong yang datang melawat dikenakan caj tamabahan untuk pengangkutan dari hotel tempat menginap sebanyak RM30 ringgit. Selain itu, di MMCV ini terdapat tiga sesi masa lawatan yang boleh pelancong pilih untuk datang iaitu sesi pagi yang bermula pada jam Sembilan pagi sehingga jam satu petang, sedi petang pula bermula jam satu petang sehingga jam lima petang dan sesi malam bermula pada jam lima petang sehingga jam Sembilan malam. Namun difahamkan bahawa sesi pagi selalunya

fully booked. 5

4 Ibid 5 Temubual dengan pihak pengurusan MMCV pada 13 Mei 2015.