Ringkasan Penemuan Kajian

6.2 Ringkasan Penemuan Kajian

Analisis data hasil daripada kajian yang dilakukan menunjukkan keempat-empat objektif kajian adalah tercapai. Objektif pertama ialah mengenalpasti latar belakang latar belakang pelancong yang melawat di Mari-Mari Cultural Village. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden yang melawat ke MMCV adalah daripada yang berpendidikan tinggi. Di samping itu, kebanyakkan responden yang melawat ke

MMCV ini juga adalah yang berpendapatan tinggi. Manakala dari segi status perkahwinan pula didapati kebanyakkan pelancong yang melawat ke MMCV adalah masih bujang iaitu belum berkahwin. Selain itu juga, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelancong yang datang melawat ke MMCV adalah kebanyakkanya daripada pelancong luar dan bukannya pelancong tempatan iaitu menunjukkan bahawa pelancong dari China, Taiwan dan Hongkong serta negara Eropah dilihat lebih banyak melawat ke MMCV berbanding pelancong tempatan.

Objektif kedua pula ialah mengenalpasti tahap persepsi pelancong terhadap ketulenan atau keunikan produk budaya yang di komersialkan oleh Mari Mari Cultural Village. Hasil kajian menunjukkan bahawa MMCV menawarkan produk budaya yang dianggap oleh pelancong sebagai proudk budaya yang tulen dimana setipa model rumah yang ada di Mari-Mari cultural village membekalkan peralatan dan juga ciri-ciri budaya kaum yang dianggap pelancong adalah sebagai pengenalan kepada budaya etnik yang dipaparkan di MMCV.

Objektif ketiga pula ialah mengenalpasti tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan (fasiliti) yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village. Hasil kajian mendapati bahawa MMCV mempunyai asas kemudahan yang baik seperti kemudahan tandas dimana terdapat tiga zon di mari-mari cultural dibekalkan kemudahan tandas untuk pelancong, tempat letak kereta, penyediaan tanda arah dan juga penyediaan di dewan makan untuk pelancong.

Objektif terakhir ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelancong terhadap aspek mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan di Mari-mari Cultural Village kepada pelancong yang melawat. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa para pelancong berpuas hati dengan aspek mutu perkhidmatan di Mari-Mari Cultural Village seperti layanan mesra daripada pihak pengurusan dan kakitangan MMCV terhadap pelancong serta peruntukan masa oleh pihak pengurusan terhadap lawatan pelancong ke MMCV adalah mencukupi bagi pelancong.

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hipotesis pertama iaitu tahap kepuasan pelancong terhadap Mari-mari Cultural Village adalah dipengaruhi oleh faktor demografi telah diterima. Hal ini kerana, para pelancong yang datang ke MMCV ialah

kebanyakkannya daripada golongan wanita. Selain itu, faktor demografi yang lain juga turut dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke MMCV antaranya ialah seperti tahap pendidikan, Negara asal pelancong, tahap pendapatan isi rumah, status perkahwinan dan sebagainya. Hipotesis kedua pula ialah tahap persepsi pelancong terhadap produk budaya yang di komersialkan mempengaruhi ketulenan dan keunikan kelima-lima budaya yang dipamerkan di mari-mari Cultural Village juga diterima berdasarkan kepada penemuan kajian. Hal ini kerana, kebanyakkan responden bersetuju bahawa produk budaya yang dikomersialkan di mari-mari adalah adala satu pengalaman yang tulen dan asli walaupun wujudnya penambahbaikan untuk keselesaan pelancong. Seperti yang pengkaji lihat di MMCV tangga yang di sediakan adalah dua dimana satu tangga untuk pelancong kemodel rumah yang disediakan adalah dibina secara tradisional dan satu lagi adalah untuk memudahkan pelancong. Namun keadaan tersebut telah mempengaruhi persepsi pelancong terhadap ketulenan produk budaya yang dikomersialkan di MMCV. Hipotesis ketiga adalah tahap kepuasan pelancong terhadap melakukan lawatan ke MMCV dipengaruhi oleh aspek kemudahan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan MMCV juga diterima berdasarkan dapatan daripada kajian yang dijalankan. Hipotesis keempat juga tururt dicapai melalui kajian ini iaitu tahap kepuasan pelancong terhadap MMCV dipengaruhi oleh aspek mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan MMCV. Keempat-empat hipotesis ini diterima dan selaras dengan hasil dapatan kajian iaitu pelancong bersetuju bahawa produk budaya yang di komersialkan di Mari-Mari Cultural Village adalah tulen dan unik. Selain itu, para pelancong dilihat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan dan juga kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan MMCV.