Kemudahan Tandas yang Disediakan adalah Mencukupi dan Bersih Carta 4.12: Kemudahan Tandas Mencukupi dan Bersih

4.4.2 Kemudahan Tandas yang Disediakan adalah Mencukupi dan Bersih Carta 4.12: Kemudahan Tandas Mencukupi dan Bersih

sangat tidak puas hati tidak puas hati sederhana puas hati sangat puas hati

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)

Carta pai diatas menunjukkan peratusan mengenai tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan tandas yang disediakan adalah mencukupi dan bersih. Hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik melalui pemerhatian turut serta dan juga melalui borang soal selidik yang diedarkan sebanyak 100 orang menunjukkan majoriti pelancong yang datang berpuasa hati dengan perkara berkenaan. Buktinya,

46 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui menjawab berpuas hati berkenaan kemudahan tandas yang disediakan adalah mencukupi dan bersih. Disamping itu juga, peratusan yang kedua tertinggi adalah sangat berpuas hati dimana, sebanyak 29 peratus responden menjawab sangat berpuas hati berkenaan dengan kemudahan tandas yang disediakan oleh pihak MMCV adalah mencukupi dan bersih. Hal ini kerana berdasarkan daripada pengamatan penyelidik di lokasi kajian mendapati di kawasan mari-mari cultural mempunyai banyak tandas yanga di sediakan.

Hal ini kerana, sebelum memasuki perkarangan perkampungan Mari-Mari Cultural Village terdapatnya tandas di sdiakan bersebelahan dengan ‘main entrance’ untuk

kemudahan pelancong. di samping itu, terdapat juga tandas yang disediakan di dalam perkampungan mari-mari apa yang menariknya, tandas yang disediakan di dalam perkampungan Mari-Mari Cultural Village mempunyai reka bentuk yang unik yang seakan-akan bercirikan tradisional yang dibuat dengan daun nipah. Hal ini kerana, disebabkan oleh perkampungan MMCV adalah berkonsepkan kebudayaan. Tandas yang terletak di dalam perkampungan Mari-Mari Cultural Village ini adalah bersebelahan dengan rumah murut dan juga dewan persembahan tarian yang terakhir dimana tempat pelancong berkumpul untuk menyaksikan tarian tradisonal etnik yang dipersembahkan di MMCV. Selain tandas yang terdapat di ‘main entrance’ dan di dalam perkampungan itu sendiri. Terdapat juga tandas yang disediakan di bahagian atas yang bertempat di dewan makan untuk pelancong bersebelahan dengan kedai ‘souvenier’. Hal ini telah menunjukkan bahawa kemudahan tandas yang disediakan di Mari-Mari Cultural Village sangatlah mencukupi untuk para pelancong yang melawat di kawasan perkampungan. Ini didsebabkan oleh setiap bahagian di MMCV disediakan kan tanda iaitu tandas disediakan di setiap tiga bahagian iaitu, main entrance, di kawasan dalam MMCV dan juga di bahagian dewan makan iaitu aktiviti terakhir para pelancong.

Manakala, 21 peratus daripada kalangan responden yang ditemui pula menjawab sederhana berkenaan dengan kemudahan tandas yang disediakan tersebut adalah mencukupi dan bersih. Di samping itu juga terdapat pelancong yang menyatakan tidak puas hati dan sangata tidak berpuas hati dimana berkongsi peratusan sebanyak 2 peratus daripada 100 peratus palancong yang ditemui. Namun yang demikian, kebanyakkan pelancong amat berpuas hati berkenaan dengan kemudahan tadas yang disediakan oleh pihak MMCV adalah mencukupi dan bersih.

Salah seorang responden yang ditemui: “…saya tiada masalah dengan tandas yang mereka sediakan. Lagipun tandas

diorang sediakan ni semuanya cukup. banyak tandas di sini. Masa mahu masuk pun ada tandas di dalam pon ada tandas. Jadi semasa tengah melawat tu rasa mau pergi tanda boleh pergi tandas yang disediakan tu. Di atas juga pun ada

tandas juga disediakan di dewan makan atas tu...” (Joy, Malaysia, 25.1.2015)

Gambar 4.9: Kemudahan Tandas yang Disediakan di MMCV

Gambar 4.9.1 Tandas di bahagian hadapan sebelum memasuki perkampungan MMCV

Gambar 4.9.2: Tandas yang terletak di dalam kawasan perkampungan MMCV bersebelahan dengan dewan utama.

Gambar 4.9.3: Tandas yang ketiga yang terletak di bahagian atas di kawasan tempat dewan makan bersebelahan dengan ‘souvenier shop’

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)