Peralatan Kehidupan Harian Etnik Sabah (seperti dapur, tempat tidur) yang Dipamerkan adalah Asli dan Unik.

4.3.9 Peralatan Kehidupan Harian Etnik Sabah (seperti dapur, tempat tidur) yang Dipamerkan adalah Asli dan Unik.

Carta 4.9: Peralatan Kehidupan Harian Etnik Sabah yang Dipamerkan adalah Asli dan Unik

sangat setuju

(Sumber: Kajian Lapangan, 2015)

Carta pai 4.9 diatas menunjukkan peratusan persepsi pelancong mengenai peralatan kehidupan harian etnik Sabah (seperti dapur, tempat tidur) yang dipamerkan di MMCV adalah asli dan unik. Hasil dapatan kajian penyelidik melalui borang soal selidik yang diedarkan mendapati kebanyakkan pelancong sangat setuju dan setuju berkenaan dengan peralatan kehidupan harian etnik Sabah (seperti dapur, tempat tidur) yang dipamerkan di MMCV adalah asli dan unik. Hal ini kerana, sebanyak 49 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui menyatakan sangat setuju bahawa peralatan kehidupan etnik sabah yang dipamerkan di perkampungan tersebut kepada pelancong adalah asli dan unik. Sementara itu pula, sebanyak 38 peratus responden yang ditemui daripada kajian yang dijalankan mendapati bersetuju berkenaan dengan hal tersebut iaitu peralatan kehidupan harin yang dipamerkan oleh etnik sabah yang terdapat di dalam perkampungan tersebut adalah asli dan unik.

Hal ini kerana, hasil daripada pemerhatian turut serta sebagai pelancong yang berada bersama-sama pelancong yang melawat di perkampungan MMCV tersebut mendapati bahawa kebanyakkan pelancong yang datang adalah daripada pelancong asing. Oleh kerana mereka tidak pernah melihat peralatan-peralatan etnik yang dipamerkan sebelum ini mendapati bahawa peralatan yang di pamerkan khusunya yang digunakan secara harian etnik sabah di MMCV tersebut adalah unik dan asli sekali. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pengalam yang mereka rasakan adalah sangat ‘authentic’. Hal ini kerana, mereka dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan perlatan yang digunakan oleh kelima-lima etnik yang dipamerkan tersebut. Ada dalam kalangan pelancong juga dilihat mencuba peralatan harian yang dipamerkan di MMCV tersebut. Antaranya adalah, pelancong turut mencuba untuk melakukan cara-cara melakukan nyalaan api dengan menggunakan kaedah tradisional yang telah didemonstrasikan oleh kakitangan MMCV untuk dipersembahkan kepada pelancong yang datang telah memukau pelancong yang datang. Keadaan inilah yang menyebabkan majority pelancong yang ditemui telah menyatakan setuju berkenaan dengan peralatan kehidupan harian etnik sbah yang dipamerkan adalah asli dan unik.

Di samping itu, itu juga di setiap model rumah mempamerkan dapur dan tempat tidur yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri di setiap etnik yang ada disetiap model rumah yang terdapat di Mari-Mari Cultural Village. Oleh hal yang demikian menyebabkan pelancong merasakan sesuatu pengalaman yang ‘authentic’ yang belum pernah mereka rasai sebelum ini. Keadaan ini menyebabkan peratusan persepsi pelancong yang setuju berkenaan dengan peralatan harian yang dipamerkan etnik sabah di perkampungan MMCV adalah asli dan unik.

Manakala, sebanyak 13 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui menjawab sederhana berkenaan persepsi mereka terhadap peralatan harian lima etnik yang dipamerkan di mmcv adalah asli dan unik. Selain itu, tiada sebarang responden yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju berkenaan persepsi mereka terhadap hal yang tersebut. Hal ini kerana, berdasarkan kajian pemerhatian turut serta penyelidik bersama pelancong yang melawat di perkampungan MMCV menunjukkan rata-rata pelancong yang datang melawat kekawasan perkampungan terutamanya dalam melihat dan menyaksikan peraltan tradisional yang dipamerkan menunjukkan Manakala, sebanyak 13 peratus daripada 100 peratus responden yang ditemui menjawab sederhana berkenaan persepsi mereka terhadap peralatan harian lima etnik yang dipamerkan di mmcv adalah asli dan unik. Selain itu, tiada sebarang responden yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju berkenaan persepsi mereka terhadap hal yang tersebut. Hal ini kerana, berdasarkan kajian pemerhatian turut serta penyelidik bersama pelancong yang melawat di perkampungan MMCV menunjukkan rata-rata pelancong yang datang melawat kekawasan perkampungan terutamanya dalam melihat dan menyaksikan peraltan tradisional yang dipamerkan menunjukkan

Gambar 4.6: Peralatan Harian (seperti bilik tidur, dapur dan sebagainya) Etnik Sabah yang Dipamerkan di MMCV

(sumber: kajian Lapangan, 2015)