PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAY

TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN DI MARI-MARI CULTURAL VILLAGE, INANAM KOTA KINABALU, SABAH NOR RAWIYANI BINTI DOLLAH FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015

PENGESAHAN

NAMA : NOR RAWIYANI BINTI DOLLAH NO. MATRIK : BA12110297 TAJUK

: PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAYA YANG

DIKOMERSIALKAN DAN KEPUASAN PELANCONG TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN DI MARI- MARI CULTURAL VILLAGE, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH. IJAZAH : SARJANA MUDA SAINS SOSIAL

(SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL)

DISAHKAN OLEH; PENYELIA

Prof. Madya, Dr. Rosazman Bin Husin Tandatangan

__________________________

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Tesis Latihan Ilmiah ini adalah usaha saya sendiri kecuali segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

6 Julai 2015 …………………………………………. Nor Rawiyani Binti Dollah

BA12110297

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan latihan ilmiah dengan jayanya.

Penghargaan tidak terhingga kepada Prof, Madya. Dr. Rosazman Husin selaku penyelia latihan ilmiah ini kerana telah sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang latihan ilmiah ini dijalankan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Mari-Mari Cultural Village, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah kerana sudi memberikan kerjasama di dalam usaha saya menyiapkan latihan ilmiah ini. Sekalung ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Dollah b,

Sahamad dan juga Ibu saya Sa’adiah bt haji Abong kerana sentiasa berada di sisi saya memberi semangat dan dorongan serta memberi perbelanjaan kepada saya

bagi menyiapkan latihan ilmiah ini serta adik-beradik yang dikasih yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan untuk tidak berputus asa menyiapkan

penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Muhammad S’ofwan bin Muhammad Zubir kerana telah membantu memudahkan urusan saya dari segi

menyediakan kenderaan kepada saya untuk mendapatkan data bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada lima rakan saya (Farrah, Chynthia, Nasheeta, Faridah dan juga fashihah) yang sentiasa memberi kata-kata semangat supaya dapat meneruskan kajian yang dijalankan ini banyak dan sentiasa memberi buah fikiran dan membantu saya semasa menyiapkan latihan ilmiah ini. Penghargaan ini adalah saya tujukan untuk anda semua.

Nor Rawiyani Binti Dollah

3 Julai 2015

ABSTRAK

Sektor pelancongan memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Industri pelancongan terbahagi kepada beberapa cabang, salah satunya adalah pelancongan budaya. Pelancongan budaya dianggap penting kerana dilihat mampu memelihara budaya sesuatu masyarakat di samping dapat mempengaruhi kepuasan pelancong yang datang melawat. Isu ketulenan terhadap produk budaya yang dikomersialkan sering menjadi isu bila melibatkan sektor pelancongan budaya. Hal ini kerana isu produk budaya dalam pelancongan boleh memberi kesan kepada identiti budaya sesuatu masyarakat apabila dikaitkan dengan pengkomersialan dalam pelancongan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan serta latar belakang pelancong yang datang melawat di samping mengenalpasti tahap kepuasan pelancong dari aspek kemudahan dan juga mutu perkhidmatan yang disediakan. Kaedah pengumpulan data yang dilakukan adalah melalui survei dengan menggunakan borang soal selidik terhadap pelancong yang datang. Responden adalah terdiri daripada pelancong-pelancong yang melawat ke Mari-Mari Cultural Village (MMCV) dengan sampel kajian sebanyak 100 orang responden. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan responden yang datang melakukan lawatan ke MMCV adalah daripada kalangan pelancong yang berpendapatan tinggi, professional dan juga pelancong asing. Pelancong juga bersetuju bahawa produk budaya yang dikomersialkan adalah tulen dan asli walaupun berlakunya pertambahan fungsi yang baru di samping pelancong berpuas hati terhadap kemudahan dan mutu perkhidmatan yang disediakan di MMCV.

Kata Kunci: Ketulenan, Pengkomersialan, Produk Budaya, Kepuasan Pelancong,

ABSTRACT Tourist Perception About the Commercialization of Cultural Product and

Tourist Satisfaction about Services and Facilities. A Case Study: Mari-Mari

Cultural Village, Inanam Kota Kinabalu, Sabah.

Tourism Sector play an important role to increase the state economy. Tourism Industry can be divide into several types of sector, one of it is cultural tourism sector. Cultural tourism been seen as an important sector because it can preserve culture of

a society beside influence the tourist satisfaction. In cultural tourism, the issue of authenticity about commercialization of cultural product always been discussed among the scholar. This is because of the issue of cultural product in tourism may affect the identity of the culture when it come to commercialization in tourism. Therefore, this research was conducted to identify the tourist perception about the commercialization of cultural product in cultural tourism sector, profile of the tourist, and identify their satisfaction about quality of services and facilities. Methods been used in this research is survey through questionnaire towards 100 tourist visit the Mari-Mari Cultural Village. The result shows that the most tourist visited MMCV is made up of higher income tourist, professional and international tourist. The tourist also agree that the cultural product had been commercialized is original and authentic eventhough there is addition in its function besides they are satisfied about quality of services and facilities at MMCV.

Keywords: Authenticity, Commercialization, Cultural Product, Tourist Satisfaction.

KANDUNGAN

halaman TAJUK

i PENGESAHAN

ii PENGAKUAN

iii PENGHARGAAN

iv ABSTRAK

v ABSTRACT

vi KANDUNGAN

vii SENARAI LAMPIRAN

xvi SENARAI GAMBAR

xvii SENARAI SINGKATAN

xviii BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan dan permasalahan

1.2 Persoalan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Hipotesis Kajian

1.5 Perspektif Teori

1.5.1 Teori Konstruktivisme

1.5.2 Teori Kehendak Maslow

1.6 Definisi Konsep

1.6.1 Budaya

1.6.3 Pengkomersialan Budaya

1.6.4 Pelancongan

1.6.5 Kepuasan Pelancong

1.7 Sorotan Literatur

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Sektor Industri Pelancongan

1.8.2 Pihak Pengurusan

1.9 Metodologi Kajian

1.9.1 Penggunaan Kebolehpercayaan Soalan Borang Soal

11 Selidik melalui analisis Cronbach Alpha

1.9.2 Teknik Kutipan Data

I. Survei Dengan Borang Soal Selidik

12 III.

II. Pemerhatian Langsung di Lapangan

Pemerhatian Turut Serta

IV. Data Sekunder

1.10 Teknik Analisis Data

1.10.1 Kaedah Analisis Data Kuantitatif (Borang soal Selidik)

1.10.2 Kaedah Analisis Data Kualitatif (Pemerhatian)

1.10.3 Analisis Data Sekunder

1.11 Kesimpulan

BAB 2: PERSPEKTIF TEORI, KONSEP-KONSEP UTAMA KAJIAN DAN KAJIAN LEPAS.

2.2 Perspektif Teori

2.2.1 Pendekatan Objektivisme dan Ketulenan Produk Budaya

2.2.2 Pendekatan Konstruktivism dan Pengkomersialan Produk

19 Budaya Serta Ketulenan

2.2.3 Pendekatan Post Modernism dan Ketulenan Produk Budaya

20 Yang Dikomersialkan

2.2.4 Pendekatan Kritikal dan Ketulenan Produk Budaya yang

23 Dikomersialkan

2.2.5 Teori Kehendak dan Keperluan oleh Maslow dan Pelancongan

2.3 Konsep-Konsep Utama Kajian

2.3.1 Ketulenan Budaya

2.3.4 Pengkomersialan Budaya

2.3.5 Kepuasan Pelancong

2.4 Sorotan Kajian Lepas

2.5 Kesimpulan

BAB 3: LATAR BELAKANG PELANCONGAN BUDAYA DI SABAH DAN MMCV INANAM, SABAH.

3.1 Pengenalan

3.2 Pelancongan (kebudayaan) di Sabah, Malaysia

3.3 Latar Belakang MMCV sebagai Destinasi Pelancongan Budaya di Sabah

3.4 Aktiviti yang Perlu dilakukan oleh Pelancong Semasa Melakukan

46 Lawatan di MMCV

3.5 Produk Budaya yang Dipaparkan di MMCV dan Tempoh Masa

52 Pembinaan di Setiap Lima Model Rumah yang Terdapat di MMCV

3.5.1 Model Rumah Suku Kaum Dusun

3.5.2 Model Rumah Suku Kaum Rungus

3.5.3 Model Rumah Suku Kaum Lundayeh

3.5.4 Model Rumah Suku Kaum Bajau

3.5.5 Model Rumah Suku Kaum Murut

3.6 Kesimpulan

BAB 4: LATAR BELAKANG RESPONDEN, PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAYA YANG DIKOMERSIALKAN DAN TAHAP KEPUASAN PELANCONG TERHADAP KEMUDAHAN (FASILITI) SERTA MUTU PERKHIDMATAN DI MMCV

4.1 Pengenalan

4.2 Dapatan Kajian I: Latar Belakang Demografi Responden yang

64 Melawat MMCV

4.2.1 Jantina Responden

4.2.2 Agama Responden

4.2.3 Bangsa Responden

4.2.5 Status Perkahwinan Responden

4.2.6 Jenis Pekerjaan Responden

4.2.7 Negara asal responden

4.2.8 Taraf Pendidikan Responden

4.2.8 Pendapatan Isi Rumah Responden

4.2.9 Keanggotaan dalam Kumpulan responden yang melawat MMCV

4.3 Dapatan Kajian II: Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang

76 Dikomersialkan oleh MMCV.

4.3.1 Struktur dan Reka Bentuk Pembinaan Rumah-Rumah Tradisional

76 Etnik Sabah di MMCV Unik dan Menarik

4.3.2 Produk Kraftangan Lima Etnik Terbesar yanag Terdapat di MMVC 78 Unik dan Asli

4.3.3 Persembahan Tarian Tradisional Etnik Sabah yang

79 Dipersembahkan di MMCV Cantik dan Unik

4.3.4 Pakaian Tradisional yang Dipamerkan oleh Penari

81 Kebudayaan di MMCV Cantik dan Unik

4.3.5 Perhiasan Aksesori Tradisional Lima Etnik yang Dipamerkan

84 Oleh Penari Kebudayaan di MMCV Unik dan Asli

4.3.6 Model Rumah Etnik Rungus, Murut, Lundayeh, Bajau Laut

87 Dan Dusun di MMCV Kelihatan Asli

4.3.7 Makanan Tradisional Etnik Sabah yang disediakan oleh

90 MMCV Unik dan Asli

Di MMCV adalah seperti Asli

4.3.9 Peralatan Kehidupan Harian Etnik Sabah (seperti Dapur,

Tempat Tidur) yang Dipamerkan adalah Asli dan Unik

4.3.10 Peralatan Muzik Tradisional yang Dipamerkan di MMCV

103 Adalah Unik dan Asli

4.4 Dapatan Kajian III: Tahap Kepuasan Pelancong Terhadap Fasiliti 106 (Kemudahan) yang Ditawarkan oleh MMCV

4.4.1 Kemudahan Tempat Letak Kereta di Kawasan MMCV 106 Mencukupi dan selesa

4.4.2 Kemudahan Tandas Yang Disediakan adalah Mencukupi 110 Dan Bersih

4.4.3 Pemandu Pelancong yang Disediakan oleh MMCV Fasih 114 Dalam Bahasa Melayu/Inggeris/Mandarin

4.4.4 Kemudahan Dewan Makan yang Disediakan Selesa 117

4.4.5 Penyediaan Tanda Arah Untuk Memudahkan 120 Pergerakan Pelancong Jelasa dan Mencukupi

4.4.6 Kemudahan Tempat Solat Disediakan 123

4.4.7 Kemudahan Internet Disediakan 125

4.4.8 Kemudahan Pengangkutan Untuk Pergi ke MMCV 127 Disediakan dan Selesa

4.4.9 Kemudahan Ruang Rehat Untuk Pelancong Mencukupi 128 Dan Selesa

4.4.10 Kemudahan Ruang Menunggu untuk Pelancong 132 Disediakan dan Selesa

4.5 Dapatan Kajian IV: Tahap Kepuasan Pelancong Terhadap Mutu 134 Perkhidmatan di MMCV

4.5.1 Layanan Pihak Pengurusan di MMCV Terhadap Pelancong 134 Adalah Mesra

4.5.2 Layanan di Kaunter Pertanyaan Mesra dan Berinformatif 137

4.5.3 Kakitangan MMCV Bersedia Untuk Mnedengar dan 139 Menyediakan Penerangan yang Betul dan Tepat Kepada Pelancong

4.5.4 Tahap Kualiti Perkhidmatan Oleh Anggota Keselamatan 141 Di MMCV adalah Baik

4.5.5 Persekitaran dan Keluasan Ruang Kawasan MMCV adalah 143 Baik dan Selesa

4.5.6 Tahap Kebersihan di 5 Kawasan Model Rumah Etnik Sabah 145 Di MMCV Baik

4.5.7 Peruntukan Masa oleh Pihak Pengurusan Terhadap Jadual 147 Lawatan Pelancong di MMCV Mencukupi

4.5.8 Pihak Pengurusan MMCV dan Kakitangan Bertindak Cepat 149 Dan Responsif Terhadap Pertanyaan Pelancong

4.5.9 Perkhidmatan Bas dan Van Pelancong yang disediakan 151 Untuk Lawatan ke MMCV mencukupi dan Selesa

5.5.10 Peruntukan Masa Lawatan dan Makan Untuk Pelancong 153 Di MMCV Mencukupi

BAB 5: PERBINCANGAN DAN PENILAIAN PENEMUAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 154

5.2 Latar Belakang Responden Kajian 154

5.3 Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang Dikomersialkan 158

5.4 Rumusan Tahap Kepuasan Pelancong terhadap Kemudahan 160 (fasiliti) dan Mutu Perkhidmatan di MMCV

5.5 Kesimpulan 162

BAB 6: PENUTUP

6.1 Pengenalan 163

6.2 Ringkasan Penemuan Kajian 163

6.3 Implikasi Kajian 165

6.4 Limitasi Kajian 167

6.5 Cadangan Kajian 170

LAMPIRAN A

Borang Soal Selidik : Bahasa Melayu 177 Borang Soal selidik : Bahasa Inggeris 182 Borang Soal Selidik : Bahasa Mandarin 188

LAMPIRAN B

Transkrip Temubual Pihak Pengurusan 193

LAMPIRAN C

Gambar C1 199 Gambar C2 199 Gambar C3 200 Gambar C3 200 Gambar C4 201 Gambar C5 201 Gambar C6 201

LAMPIRAN D

Data Statistik SPSS dan Ujian Kebolehpercayaan Analisis Borang Soal 202 Selidik Cronbach Alpha

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik LAMPIRAN B: Transkrip Temubual Pihak Pengurusan LAMPIRAN C: Gambar Kajian LAMPIRAN D: Data Statistik SPSS dan Analisis Kebolehpercayaan Borang Soal

Selidik Melalui Cronbach Alpha

SENARAI GAMBAR

Gambar 3.1: Peta Kawasan MMCV 44 Gambar 3.2: Proses Penghasilan Montoku 48 Gambar 3.3: Madu Etnik Rungus 49 Gambar 3.4: Kuih Jala dan Jus Panda 50 Gambar 3.5: Pelancong Bersama Penari 52 Gambar 3.6: Penyelidik Bersama Pihak Pengurusan MMCV 60 Gambar 3.7: Produk Budaya yang Dipersembahkan kepada pelancong

61 Gambar 4.1: Pelancong Menggunakan Baju dari Kulit Kayu 82 Gambar 4.2: Aksesori daripada Manik 85 Gambar 4.3: Lima Model Buah Rumah Etnik di MMCV 88 Gambar 4.4: Makanan Tradisional 91 Gambar 4.5: Peralatan yang digunakan untuk Ritual 96 Gambar 4.6: Peralatan Harian (bilik tidur, dapur) 101 Gambar 4.7: Alat Muzik Tradisional 104 Gambar 4.8: Kawasan Tempat letak Kereta 108 Gambar 4.9: Kemudahan Tandas 110 Gambar 4.10: Pemandu pelancong dan Pelancong 115 Gambar 4.11: Dewan Makan 118 Gambar 4.12: Peta dan Tanda Arah Gambar 4.13: Ruangan rehat 130

SENARAI SINGKATAN

MMCV Mari-Mari Cultural Village SBT

Sabah Board Tourism

BAB 1

1.1 Pengenalan dan Permasalahan

Pengkomersialan sesuatu produk budaya dan kepuasan pelancong adalah berkait rapat dengan industri pelancongan kerana masing-masing memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama, mempromosikan negara Malaysia di mata dunia dalam sektor pelancongan. (The Malaysian Insider, 1 Jun 2013). Terdapat banyak destinasi-destinasi pelancongan budaya di Malaysia, antaranya adalah seperti Padang Kota, Galeri seni dan Muzium di Wilayah Utara Semenanjung, Little India, Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang, Rumah Merdeka dan Medan Budaya di Alor Setar, Kedah (Ahmad et al. 2011:459).

Selain itu, Malaysia memiliki pelbagai ciri daya tarikan dan keistimewaan khususnya keunikan terhadap produk budaya yang dipaparkan itu sendiri dapat dibangunkan sebagai destinasi atau daya tarikan pelancongan yang terkenal di dunia. Hal ini kerana, sektor pelancongan dikatakan sebagai salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi di dunia yang melibatkan beberapa sektor seperti makanan, penginapan, perkhidmatan, pengangkutan, lokasi menarik dan lain-lain lagi. Menurut Badaruddin (2008) dalam penulisan Ahmad et al. 2011:460, Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) melaporkan bahawa jumlah kedatangan pelancong antarabangsa sentiasa menunjukkan peningkatan terutamanya antara tahun 2004 dan 2007 yang telah mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata tahunan 7%.

Di samping itu, WTO turut menganggarkan peningkatan perjalanan pelancong antarabangsa akan mencecah angka 1.6 juta menjelang tahun 2020. Selain itu, Malaysia memiliki pelbagai ciri daya tarikan dan keistimewaan khususnya keunikan dan ketulenan budaya sendiri dapat dibangunkan sebagai destinasi atau daya tarikan pelancongan yang terkenal di dunia. Keunikan dan ketulenan budaya merupakan aset utama negara selain daripada keindahan alam semula jadi dan tempat bersejarah.

Destinasi pelancongan yang akan dikaji bagi memperoleh maklumat mengenai pengkomersialan produk budaya dan kepuasan pelancong ialah Kampung Budaya Mari-Mari, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Mari-mari Village memaparkan lima etnik terbesar di sabah iaitu Kadazan Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau Laut dan etnik Murut. Lokasi Kajian adalah terletak 30 minit daripada bandaraya Kota Kinabalu dimana lokasi ini mempunyai kelebihan sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.

Pengkomersialan terhadap sesuatu produk budaya sepatutnya tidak mempengaruhi ketulenan budaya sesuatu masyarakat. Akan tetapi budaya merupakan sesuatu yang tidak statik. Hal ini telah menyebabkan sesetengah budaya telah mengalami perubahan akibat daripada pengaruh pengkomersialan dan pengalaman pelancong merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan ketulenan sesuatu produk yang di pamerkan. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap prduk yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village dan sekaligus mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap perkhidmatan dan fasiliti yang di sediakan oleh Mari- Mari Cultural Village.

Kebanyakkan Negara sedang membangun dan maju berusaha untuk membangunkan produk budaya secara komersial disamping menjadi bahan tatapan pelancong (Cohen, 1988) secara intensif. Contoh produk budaya adalah merupakan tinggalan-tinggalan sejarah, bentuk-bentuk rumah, upacara ritual, makanan, adat, busana, kraf dan sebagainya. Namun terdapat golongan pelancong mempersoalkan mengenai ketulenan sesuatu produk budaya tersebut, oleh itu, isu pengkomersialan produk budaya dan kepuasan pelancong menjadi isu penting dalam konteks pembangunan pelancongan mapan di NSM (Cohen, 1988). Perkara ini akan diselidiki dalam kes Mari-Mari Cultural Village. Kajian yang dilakukan oleh McKean (1973) mengenai masyarakat Bali dimana fokus kajian beliau adalah lebih kepada persembahan tarian ritual tradisional Bali yang dikomersialkan di lobi-lobi hotel di Bali. McKean tidak memfokuskan tahap kepuasan pelancong dalam kajian beliau. Sebaliknya, kajian yang dilakukan ini memfokuskan kepada pengkomersialan produk Kebanyakkan Negara sedang membangun dan maju berusaha untuk membangunkan produk budaya secara komersial disamping menjadi bahan tatapan pelancong (Cohen, 1988) secara intensif. Contoh produk budaya adalah merupakan tinggalan-tinggalan sejarah, bentuk-bentuk rumah, upacara ritual, makanan, adat, busana, kraf dan sebagainya. Namun terdapat golongan pelancong mempersoalkan mengenai ketulenan sesuatu produk budaya tersebut, oleh itu, isu pengkomersialan produk budaya dan kepuasan pelancong menjadi isu penting dalam konteks pembangunan pelancongan mapan di NSM (Cohen, 1988). Perkara ini akan diselidiki dalam kes Mari-Mari Cultural Village. Kajian yang dilakukan oleh McKean (1973) mengenai masyarakat Bali dimana fokus kajian beliau adalah lebih kepada persembahan tarian ritual tradisional Bali yang dikomersialkan di lobi-lobi hotel di Bali. McKean tidak memfokuskan tahap kepuasan pelancong dalam kajian beliau. Sebaliknya, kajian yang dilakukan ini memfokuskan kepada pengkomersialan produk

1.2 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam penyelidikan ini yang menarik minat untuk dikaji iaitu:

1. Adakah demografi responden mempengaruhi pelancong datang semula ke Mari-Mari Cultural Village.

2. Adakah tahap kepuasan pelancong terhadap produk budaya yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi keaslian produk budaya tersebut.

3. Adakah fasiliti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi tahap kepuasan pelancong.

4. Adakah mutu perkhidmatan Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi tahap kepuasan pelancong yang datang.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti latar belakang demografi responden yang melawat Mari-Mari Cultural Village.

2. Untuk mengetahui persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh Mari-Mari Cultural Village.

3. Mengetahui tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village.

4. Untuk mengetahui tahap kepuasan pelancong terhadap mutu perkhidmatan Mari-Mari Cultural Village.

1.4 Hipotesis Kajian

1. Latar belakang demografi pelancong mempengaruhi lawatan ke Mari-Mari Cultural Village.

2. Tahap persepsi pelancong terhadap produk budaya yang di komersialkan mempengaruhi ketulenan dan keunikan kelima-lima budaya yang dipamerkan di Mari-Mari Cultural Village.

3. Fasilisti yang mencukupi yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village boleh mempengaruhi tahap kepuasan pelancong.

4. Mutu perkhidmatan yang berkualiti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village boleh mempengaruhi tahap kepuasan pelancong.

1.5 Perspektif Teori

1.5.1 Teori constructivisme dan pelancongan.

Mengikut pendekatan ini, pengkomersialan dan ketulenan budaya dilihat sebagai produk sosial yang dibentuk, bukannya sesuatu realiti yang objektif semata-mata dan tidak digunakan oleh komuniti. Pengkomersialan budaya melalui pelancongan tidak semestinya memusnahkan makna produk budaya atau budaya tempatan oleh pelancong. Hal ini kerana mengikut Cohen (1988) sesuatu yang tidak tulen boleh juga menjadi suatu produk budaya yang baru kerana melalui tempoh masa yang tertentu, ketulenan wujud secara tersendiri dan produk tersebut akan diterima secara tulen mengikut makna baru yang diberi oleh pengeluarnya dan ahli masyarakat semasa. Di mana makna baru ditambah kepada makna yang lama sebagai contohnya kajian kes terhadap kaum Batek di Pahang (Mustafa, 2009). Penambahan makna baru terhadap sumpit yang digunakan oleh kaum Batek yang pada mulanya panjang tetapi berubah menjadi lebih pendek kerana memenuhi permintaan pelancong. Oleh itu, berlakunya penambahan makna baru oleh pengeluar iaitu sumpit tersebut berubah menjadi pendek. Namun, makna sumpit kepada kaum Batek tersebut tetap dianggap tulen dan boleh dirundingkan dengan pelancong. Dengan cara ini, pengkomersialan budaya akan memelihara budaya tradisi agar lebih bermakna dalam konteks keuntungan wang disamping dapat memelihara identity etnik yang mungkin akan hilang jika tidak dipelihara. ini dikatakan oleh Cohen sebagai ketulenan boleh dirundingkan dan tidak semestinya sesuatu yang primitive given.

1.5.2 Teori Kehendak oleh Maslow Dan Motivasi Dalam Perjalanan Keperluan

Tujuan

Rujukan Kajian Pelancongan dalam literature

Fisiologi

Melepaskan diri, kelegaan daripada (physiologi)

Ketenangan

perasaan cemas, fizikal, ketengan minda daripada tekanan.

Keselamatan

Kesihatan, rekreasi, sentiasa beraktif (safety)

Sekuriti

untuk masa depan.

Kebergantungan

dengan keluarga, (belonging)

Kasih saying

dalam hubungan persanakan, teman, kemudahan dalam hubungan

interaksi, keetnikan, menunjukkan kasih saying dirinya terhadap ahli keluarga.

prestij, menunjukkan (esteem)

Rasa hormat

Pencapaian

Status,

kepentingannya kepada orang lain, pengenalan orang ramai.

Self-actualization Setia kepada diri Eksplorasi dan penilaian terhadap alam

sendiri

sekitar, penumuan diri, kepuasan terhadap kehendak diri.

Mengetahui dan Ilmu pengetahuan Kebudayaan, pendidikan, minat dengan memahami

asing, keinginan untuk know

understand) Estetika

Alam sekitar, pemandangan (aesthetics)

Menghargai

kecantikan

(Sumber: dipetik daripada Mill dan Morrison dalam Chan, 2005)

1.6 Definisi Konsep

Definisi konsep di dalam bab ini hanya diterangkan secara ringkas. Definisi konsep utama kajian akan diperjelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab 2.

1.6.1 Budaya

Menurut Mohd Taib Osman (1988), “ budaya didefinisikan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.Manakala menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula “budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

1.6.2 Pelancongan Budaya

Definisi pelancongan budaya menurut Velene L. Smith (1989:4-6) mempunyai beberapa maksud dan dilihat dari 2 sudut. Sudut pertama ialah kecenderungan para pelancong untuk pergi ke sesebuah destinasi kerana didorong oleh faktor budaya dan aktiviti yang dilakukan mereka di sesebuah destinasi berkait dengan budaya (Smith 1977: 4-6). Dorongan tersebut adalah keinginan melihat pengalaman budaya dalam kalangan sesebuah masyarakat dalam sesebuah kawasan. Kedua, pelancongan budaya

adalah himpunan produk yang ditakrifkan sebagai “budaya” yang ditawarkan di sesebuah destinasi.

1.6.3 Pengkomersialan Budaya

Menurut Swedberg dalam bukunya sosiologi ekonomi pada tahun 1994, komersial ialah suatu ilmu dalam bidang ekonomi yang terikat dengan pertukaran barangan, perkhidmatan, dan aktiviti –aktiviti buruh yang berkaitan dengan perniagaan dan kewangan. Ekonomi komersial tidak termasuk aktiviti seperti menjaga anak, kerja- kerja rumah, dan lain-lain jenis buruh domestik yang biasanya dilakukan secara tanpa gaji. Secara amnya komersial ialah sesuatu yang boleh memberi kebaikan dalam aspek kewangan iaitu melalui proses jual-beli atau sewa serta melibatkan perniagaan.

1.6.4 Pelancongan

Velena L. Smith (1989:4-6) ada dua sudut yang pertama pelancong cenderung pergi ke sesuatu destinasi pelancongan iaitu disebabkan oleh factor budaya dan aktiviti yang dilakukan iaitu pengalaman budaya dalam kalangan sesebuah masyarakat dalam sesuatu kawasan. Kedua, pelancongan budaya adalah himpunan produk yang

ditakrifkan sebagai “budaya” yang ditawarkan di sesebuah destinasi pelancongan.

1.6.5 Kepuasan pelancong Parasuraman, Zeithaml & Berry (1994) mendakwa bahawa kepuasan pelancong adalah

berkaitan dengan penilaian mereka bukan sahaja terhadap kualiti perkhidmatan tetapi juga ciri-ciri produk dan harga.

1.7 Sorotan Literatur (Kajian Lepas)

Menurut Greenwood (1977), pengkomersilan budaya untuk sektor pelancongan telah menyebabkan kehilangan makna budaya tersebut kepada masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, kehilangan makna ini juga akan seterusnya mengakibatkan mereka hilang minat dalam meneruskannya dan menghasilkannya. Pandangan ini adalah hasil daripada analisisnya terhadap ritual Alarde yang dilakukan Menurut Greenwood (1977), pengkomersilan budaya untuk sektor pelancongan telah menyebabkan kehilangan makna budaya tersebut kepada masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, kehilangan makna ini juga akan seterusnya mengakibatkan mereka hilang minat dalam meneruskannya dan menghasilkannya. Pandangan ini adalah hasil daripada analisisnya terhadap ritual Alarde yang dilakukan

Cohen (1988) pula tidak mempunyai pandangan yang sama dengan Greenwood dan berpendapat bahawa pengkomersilan tidak semestinya menyebabkan kemerosotan makna dan ketulenan budaya. Hal ini hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Menurut Cohen, produk budaya yang dikomersilkan untuk para pelancong akan memberi makna yang baharu kepada masyarakat. Ini disebabkan produk tersebut akan menjadi suatu tanda diakritikal kepada identiti budaya mereka yang berupaya bertindak untuk memelihara identiti mereka di depan pihak luar. Medina (2003) bersetuju dengan pernyataan Cohen yang mana pengkomersilan budaya untuk pelancongan boleh membantu dalam pemeliharaan budaya sesuatu masyarakat melalui pewujudan permintaan atau pemberian nilai ke atasnya. Kajiannya terhadap perkampungan berdekatan tapak sejarah Maya di Belize telah menunjukkan pengambilan kembali identiti dan budaya Maya di kalangan masyarakat yang telah menghilang atau melupakannya. Keadaan ini berlaku kerana pelancongan dan minat pelancong terhadap budaya Maya yang mengakibatkan masyarakat tersebut mencari dan mengenali budaya asal mereka yang telah hilang daripada kerja-kerja ahli arkeologi, etnografi dan epigrafi. Motivasi untuk berbuat demikian wujud daripada idea bahawa penambahan kepada pengalaman pelancong secara tulen dapat menghasilkan lebih banyak untung untuk mereka. Medina menegaskan bahawa budaya yang dihasilkan akibat ini bukan sesuatu budaya yang baharu tetapi suatu budaya yang mempunyai ketulenan dan berasaskan pengetahuan daripada penemuan ahli pengkaji.

Seperti kajian Medina, kajian Grünewald (2002) juga menunjukkan bahawa pengkomersilan budaya dapat membantu dalam 'penghidupan semula' identiti budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat Pataxó yang dikaji oleh beliau didapati Seperti kajian Medina, kajian Grünewald (2002) juga menunjukkan bahawa pengkomersilan budaya dapat membantu dalam 'penghidupan semula' identiti budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat Pataxó yang dikaji oleh beliau didapati

Kajian McKean (1973) mengenai masyarakat Bali juga menunjukkan perkembangan budaya tradisi akibat perkembangan industri pelancongan. Apabila masyarakat Bali melayan minat pelancong mengenai budaya mereka, pada masa yang sama mereka juga menggalakkan dan memperkukuhkan kesenian budaya mereka. McKean melihat budaya masyarakat Bali sebagai merangkumi "persembahan budaya" di mana persembahan ini mempunyai penonton seperti dewa dewi, penduduk tempatan dan pelancong. Persembahan yang dibentuk untuk para pelancong bersifat komersial dan tidak mempunyai makna secara agama. Walaupun begitu, faedah kewangan menyebabkan mereka melatih dengan lebih banyak dan ini menyebabkan penyampaian mereka bertambah baik. Menurut beliau, keadaan ini membolehkan budaya mereka diperkukuhkan dan pada masa yang sama mereka mendapat faedah. Selain itu, ketulenan budaya mereka juga tidak dijejaskan kerana apa yang ditambah masih mengikut budaya asal.

Daripada kajian-kajian yang dibincang di atas, dapat disimpulkan bahawa ketulenan budaya sesuatu masyarakat tidak semestinya akan merosot apabila dikomersilkan tetapi ada kemungkinan bahawa tindakan untuk mengkomersilkannya akan membawa kepada pemeliharaan serta pengukuhan budaya dalam masyarakat tersebut.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini secara amnya adalah berkepentingan kepada beberapa pihak seperti sektor industri pelancongan, pihak pengurusan, masyarakat, dan pelancong. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara ketulenan dan pengkomersialan budaya dan untuk mengkaji kesan pengkomersialan budaya terhadap daya tarikan pelancong.

1.8.1 Sektor Industri Pelancongan

Kajian ini dapat membangunkan sektor industri pelancongan. Sektor industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang dapat menjana eknomi negara. Tempat pelancongan yang memenuhi permintaan pelancong dapat menarik ramai pelancong dari negara asing untuk melancong ke tempat tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara dalam pertukaran mata wang asing.

1.8.2 Pihak Pengurusan

Kajian ini akan membantu pihak pengurusan tempat pelancongan memahami prmintaan pelancong. Di samping itu, pihak pengurusan perlu sentiasa memastikan bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan sempurna. Selain itu, pihak pengurusan perlu memastikan ketulenan dan pengkomersialan budaya sentiasa berada di landasan yang tepat supaya dapat menarik lebih ramai pelancong.

1.8.3 Masyarakat

Kajian ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membuat lawatan di tempat kebudayaan supaya masyarakat dapat memahami budaya sendiri serta mengenal budaya masyarakat lain. Selain itu, masyarakat perlu mengamalkan tradisi mereka dengan sempurna supaya geneasi akan datang dapat mewarisinya. Budaya sesebuah masyarakat perlu dikekalkan supaya dapat diwarisi secara turun-temurun.

1.8.4 Pelancong

Kajian ini sangat penting bagi seseorang pelancong kerana tempat pelancong yang menarik dapat menarik lebih ramai pelancong. Di samping itu, sesuatu tempat pelancong tidak boleh tanpa pelancong, tempat pelancong tidak akan membangun dan tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana kerugian. Oleh itu, pihak pengurusan harus memberi perhatian serta sentiasa memastikan bahawa tempat tersebut adalah sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna.

1.9 Metodologi Kajian

Pendekatan utama kajian ini adalah penyelidikan Kuantitatif. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini dilakukan di Kampung Budaya Mari-Mari, Inanam. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh Mari-Mari Cultural Village sekaligus mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village. Kaedah kuantitatif akan digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan permerhatian di kawasan kajian.

1.9.1 Pengujian Kebolehpercayaan Soalan Borang Soal Selidik Melalui Analisis Cronbach Alpha.

Kaedah ini digunakan bagi menilai konsistensi dalam set solan yang mengukur kebolehpercayaan objektif di dalam kajian yang dijalankan. Cronbach Alpha menurut Sekaran (1992) ialah indeks kebolehpercayaan yang selalunya digunakan bagi mengenalpasti kebolehpercayaan soalan yang dikemukakan di dalam kajian. Oleh itu, analisis ini adalah penting untuk memastikan bahawa borang soal selidik yang dilakukan oleh penyelidik menepati dan juga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi agar kajian yang dijalankan adalah valid berdasarkan ujian penilaian analisis Cronbach Alpha.

1.9.2. Teknik Kutipan Data

Dalam memahami dan mengenalpasti tahap kepuasan pelancong, pnyelidik mengunakan mengintergrasikan beberapa teknik kutipan data. Pengunaan kepelbagaian penggunaan teknik kutipan data dapat membantu pnyelidik mendapatkan data yang kukuh bagi menjawab objektif kajian yang dijalankan.

I. Survei dengan Borang Soal selidik Persampelan rawak mudah ialah proses mengambil satu sampel di mana setiap unit- unit dipilih secara individu mahupun secara langsung melalui suatu proses yang rawak (Rohana Yusuf, 2003). Hal ini kerana persampelan rawak merupakan metod yang paling mudah bagi memilih unit ataupun responden dan merupakan asas kepada bentuk-bentuk persampelan yang lain. Kaedah persampelan rawak mudah ini juga turut digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data untuk mengkaji tahap kepuasan pelancong yang datang melawat ke kawasan perkampungan mari-mari. Oleh sebab itu dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik di kawasan perkampungan budaya mari-mari ini adalah dengan menggunakan sepenuhnya borang soal selidik. Penggunaan borang soal selidik ini akan diedarkan kepada sebanyak 100 orang pelancong yang datang melawat ke kawasan perkampungan mari-mari tersebut tidak kira sama ada pelancong asing mahupun pelancong tempatan. Hal ini kerana tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelancong disamping melihat persepsi pelancong terhadap produk budaya yang ditawarkan dan dikomersialan oleh pihak pengurusan di Mari-Mari Cultural Village.

II. Pemerhatian Langsung di Lapangan Kaedah pemerhatian adalah salah satu cara untuk mendapatkan data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung degan responden. Dengan erti kata yang lain adalah, pengumpulan data tersebut dilakukan tanpa bertanya soalan secara langsung pada responden. Hal ini kerana, responden akan diperhatikan dalam persekitaran yang sedia ada atau secara semulajadi dan kemudiannya aktiviti atau tingkah laku mereka akan direkodkan oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2006).

III. PemerhatianTurut Serta. Kaedah ini akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan memerhati suasana dan persekitaran di Kampung Budaya. Menurut Mohd (2005) dan Nana (2005), kaedah pemerhatian Turut Serta adalah untuk memperoleh gambaran yang sebenar terhadap suasana yang akan dikaji. Di mana penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam suasana kajian yang dijalankan tersebut. Dalam menjalankan kaedah pemerhatian turut serta ini penyelidik akan berinteraksi dengan pelancong yang menjadi sampel dalam kajian bagi mengumpul data kajian melalui pelancong yang melawat di kawasan perkampungan budaya mari-mari tersebut. Hal ini demikian, penyelidik juga berada dalam situasi pertama pemerhatian turut serta dimana kehadiran pengkaji tidak diketahui oleh ahli dalam kajian yang dijalankan. Hal ini kerana, mengikut Sabitha Marican (2006) kaedah pemerhatian turut serta mempunyai dua situasi iaitu penglibatan peyelidik diketahui atau tidak diketahui oleh ahli dalam kajian tersebut. Sebagai contohnya melelui kajian lepas (Black dan Reiss, 1967) telah menggunakan pakaian seperti orang awam untuk berada bersama polis yang tidak menggunakan pakaian seragam dalam kereta polis di Boston, Chicago dan Washington. Ia bertujuan bagi melihat interaksi antara polis dan orang awam. Pegawai polis mengetahui penglibatan penyelidik sebagai pemerhati sebaliknya orang awam yang berinteraksi dengan polis tidak dimaklumkan bahawa interaksi mereka sedang diperhatikan oleh penyelidik. Keadaan seperti ini telah diserapkan dan diguna pakai oleh penyelidik bagi mendapatkan data untuk mencapai objektif dalam kajian. Dimana, kehadiran penyelidik sebagai pelancong diketahui oleh pihak pengurusan mari-mari namun pelancong yang melawat dan menikmati produk budaya yang ditawarkan oleh pihak MMCV tidak dimaklumkan bahawa gelagat dan interaksi mereka diperhatikan oleh penyelidik.

IV. Data Sekunder Data sekunder ialah bata atau bahan ilmiah yang telah dibuat dan dikumpulkan oleh pengkaji lain serta maklumat data sekunder dapat menjawab persoalan kajian yang akan dikaji (Sabitha Marican, 2005). Pencarian bahan ilmiah akan digunakan sebagai maklumat tambahan melalui pembacaan buku, jurnal, surat khabar, artikel, dan mengakses maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi.

1.10 Teknik Analisis Data

1.10.1 Kaedah analisis data kuantitatif (borang soal selidik)

Teknika analisis data yang digunakan adalah borang soal selidik secara berstruktur iaitu secara rawak kepada pelancong diamana, setiap unit di pilih secara individu mahupun secara langsung melalui proses yang rawak (Rohana Yusuf, 2003). Didalam borang soal selidik yang diedarkan mempunyai tiga Bahasa iaitu Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga mandarin. Agihan borang soal selidik dilakukan oleh penyelidik dengan mendapat kerjasama pemandu bas pelancong selaku wakil kepada penyelidik. Di samping itu, pelancong akan mengisi borang tersebut semasa berada dalam bas sewaktu pelancong dalam perjalanan pulang ke hotel di Kota Kinabalu. Saiz sampel yang digunakan adalah sebanyak 100. Di samping itu, pemandu bas sebagai pembantu untuk mentadbir pengedaran borang soal selidik (edar dan pungut). Masa yang diperuntukan adalah dalam 30 dan 40 minit. Selain mengedar borang didalam bas dan van pelancong penyelidik juga mengedar borang soal selidik tersebut semasa waktu makan pelancong di dewan makan dimana waktu tersebut dianggap sesuai kerana pelancong terlebuh dahulu sudah mengalami dan menikmati produk budaya yang ditawarkan di perkampungan mari-mari tersebut.

1.10.2. Kaedah analisis data kualitatif (pemerhatian)

Kaedah analisis yang kedua digunakan adalah teknik analisis data melalui pemerhatian dimana pengkaji akan memerhati suasana dan keadaan di perkampungan mari-mari cultural village. Di mana, kaedah pemerhatian adalah untuk memperoleh gambaran yang sebenar terhadap suasana yang dikaji. Di samping itu kaedah analisis data pemerhatian ini juga pengkaji akan mengambil foto dan nota kerja lapangan untu mengukuhkan data yang diperolehi. Disamping itu juga penyelidik akan bersama-sama dengan pelancong melawat dalam kawasan perkampungan mari-mari cultural village tersebut. Selain itu juga, penyelidik akan memerhati tingkah laku pelancong yang melawat dalam kawasan perkampungan tersebut terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh pihak pengurusan mari-mari cultural village. Kaedah yang dijalankan ini adalah diaplikasikan daripada kajian yang di lakukan oleh Black dan Reiss

(1967) iaitu melakukan pemerhatian untuk mengkaji interaksi polis dengan orang awam.

1.10.3 Analisis data sekunder.

Untuk melengkapkan kajian yang dijalankan ini penyelidik juga akan menggunakan data sekunder sebagai maklumat tambahan melalui pembacaan buku, jurnal, surat khabar, artikel dan juga edaran pamphlet dari mari-mari cultural village. Hal ini kerana, bagi menyokong dan menguatkan data daripada kajian yang diperolehi dari hasil kerja di lapangan dengan mengabungkan data dapatan kajian lapangan dengan data sekunder supaya dapat menyokong perolehan data kajian lapangan. Dimana menurut sabitha Marican (2005), pencarian bahan ilmiah digunakan bagi menyokong data dapatan kajian yang dijalankan.

1. 11 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penyelidikan terhadap hubung kait antara pengkomersialan sesuatu budaya dan kepuasan pelancong di Mari-Mari Cultural Village, ini perlu dijalankan untuk menjelaskan bagaimana pengkomersialan sesuatu produk budaya tersebut menjadi kepuasan pelancong selain faktor lain yang mendorong pelancong untuk datang ke Mari-Mari Cultural Village dilakukan dalam industri pelancongan ini. Melalui kajian ini juga, ketulenan sesebuah budaya itu juga diketahui dan mempengaruhi daya tarikan pelancong untuk berkunjung di tempat tersebut. Dengan itu, secara tidak langsung pengkomersialan produk, budaya dan ketulenan sesuatu budaya terhadap pelancong juga dapat diketahui.

Oleh itu, kajian ini wajar dijalankan supaya dapat mencapai objektif kajian dalam penyelidikan ini dan dapat menjawab segala persoalan-persoalan yang timbul setelah selesai menjalankan penyelidikan ini. Kepentingan kajian yang dijalankan ini boleh memelihara budaya setempat yang semakin pupus dan tidak semestinya menghapuskan budaya tersebut disamping dapat menyumbangkan kepada pembentukan produk budaya di sabah oleh Sabah Tourism. Menteri Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kesenian dan kebudayaan terus menjadi teras kepada pembentukan masyarakat moden dalam Berita Utusan. Oleh itu, pengkomersialan terhadap produk sesuatu budaya merupakan komponen penting dalam industri pelancongan.

Secara kesimpulannya, penyelidikan terhadap hubung kait antara pengkomersilan sesuatu budaya dan kepuasan pelancong di Mari-Mari Cultural Village, ini perlu dijalankan untuk menjelaskan bagaimana pengkomersilan sesuatu produk budaya tersebut menjadi kepuasan pelancong selain factor lain yang mendorong pelancong untuk datang ke Mari-Mari Cultural Village dilakukan dalam industri pelancongan ini. Melalui kajian ini juga, ketulenan sesebuah budaya itu juga diketahui dan pengaruhnya terhadap daya tarikan pelancong untuk berkunjung di tempat tersebut. Dengan itu, secara tidak langsung pengkormesilan produk buda dan ketulenan seseuatu budaya terhadap pelancong juga dapat diketahui. Oleh itu, kajian ini wajar dijalankan supaya dapat mencapai objektif kajian dalam penyelidikan ini dan dapat menjawab segala persoalan-persoalan yang timbul setelah selesai menjalankan penyelidikan ini.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR: PERSPEKTIF TEORI, KONSEP-KONSEP UTAMA KAJIAN DAN KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan

Di dalam bab 2 ini membincangkan mengenai sorotan literatur dimana akan merungkaikan kesesuaian perspektif teori, konsep-konsep utama dan sorotan kajian lepas. Perspektif teori yang digunakan di dalam penyelidikan ini dilihat sebagai kayu ukur untuk melihat pengkomersialan produk budaya serta kepuasan pelancong di Mari- Mari Cultural Village, Inanam Sabah. Di samping itu juga, konsep-konsep utama yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah untuk memberikan penekanan dan penjelasan bagi mengoperasikan penggunaan konsep semasa di lapangan. Selain itu sorotan kajian lepas juga adalah dijadikan sebagai panduan untuk melakukan perbandingan hasil kajian yang lepas dengan penyelidikan yang dijalankan. Oleh sebab itu, ketiga-tiga perkara ini dilihat amat penting dalam penyelidikan ini kerana wujudnya hubungkait antara satu sama dengan yang lain.

2.2 Perspektif Teori

Perdebatan berlaku dimana pengkomersialan sesuatu produk budaya tersebut boleh mengganggu gugatkan sesuatu ketulenan budaya tersebut. Oleh hal yang demikian terdapat 4 perdebatan teori dalam mempersoalkan isu mengenai ketulenan dalam sesebuah produk budaya yang dikomersialkan.

2.2.1 Pendekatan Objektivism dan Ketulenan Produk Budaya

Di dalam pendekatan objektivisme menumpukan pada pengertian asal. Dimana penulis-penulis seperti Boorstin (1964) telah mengkritik pengkomersialan sesuatu produk budaya terhadap pelancong secara besar-besaran dan rasionalisasi industri pelancongan disebabkan pengkomersialan sesuatu produk budaya boleh menyebabkan berlakunya peristiwa palsu yang diistilahkan oleh Boorstin sebagai

‘pseudo event’. Beliau melihat, para pelancong kebiasaanya menikmati dan menggunakan tempat-tempat dan produk budaya yang di persembahkan tersebut

adalah tiruan dan bukannya asli. Hal ini kerana, pelanocong dianggap sebagai mudah terpedaya kerana tidak dapat menilai ketulenan sebenar sesuatu produk budaya tersebut. Bagi Boorstin (1964), dalam commoditization, bukan sahaja event yang ditunjukkan sebagai tarikan pelancong tersebut palsu malah dilihat sebagai sesuatu event yang dibuat-buat melalui peristiwa-peristiwa palsu, namun begitu bagi boorstin dan wang mengklasifikasikan bahawa pelancong tidak atau amat jarang menyukai ketulenan apa yang pasti produk budaya yang dikomersialkan tersebut ada ciri-ciri budaya yang dipaparkan tersebut (Boorstin 1964; Wang 1999).

Bagi MacCannell (1989) pula menerangkan konsep ketulenan produk budaya yang di komersialkan mempunyai peringkat iaitu diklasifikasikan sebagai stage authenticity, di mana beliau telah mengaplikasikan teori yang dikemukakan oleh Goffman dimana Gofman mengemukakan perspektif dramaturgical iaitu melalui perspektif tersebut Gofman menerangkan bahawa wujudnya peringkat hadapan dan juga peringkat belakang pentas hal ini telah digunakan oleh MacCannel dalam menerangkan sesuatu produk budaya yang di komersialkan tersebut mempunyai dua peringkat iaitu front stage dan juga back stage yang merujuk kepada pementasan budaya pelancong yang dikomersialkan tersebut. Pentas hadapan adalah merujuk kepada persembahan melalui rupa luar iaitu sebagaimana seseorang melihat pementasan teater. Namun sebaliknya, di belakang pentas adalah keadaan yang betul- betul tuken yang melibatkan persediaan sebenar untuk mempersembahkan lakonan di pentas hadapan.

Oleh itu penggunaan perspektif ini dalam konteks produk pelancongan, belakang pentas adalah merujuk kepada sebahagian dari budaya tersebut yang betul- betul tulen yang amat jarang sekali dilihat oleh pelancong. Situasi begini mengikut Mac Cannell (1989) menerangkan terdapatnya perbezaan antara apa sebenarnya yang ada di depan dan di belakang pentas dalam konteks produk budaya yang dikomersialkan

dalam pelancongan. Oleh itu dalam ‘mempersembahkan’ sesuatu produk budaya tertentu, tempoh masa, tempat atau acara, Mac Cannell (1989) telah mendakwa