Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang Dikomersialkan.

5.3 Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang Dikomersialkan.

I. Pelancong Bersetuju Terhadap Produk budaya yang dikomersialkan di MMCV adalah asli dan unik.

Pelancong yang mengadakan lawatan di Mari-Mari Cultural Village bersetuju terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh mari-mari cultural village adalah kelihatan tulen dan asali. Berdasarkan daripada penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa setiap produk budaya yang dipamerkan di mari-mari cultural mempunyai perubahan dari segi fungsi nya tetapi tidak pada ciri budayanya. Hal ini yang dikatakan oleh Cohen

(188) dalam teori constructivisme bagi menerangkan aspek ketulenan terhadap produk budaya yang dikomersialkan dimana cohen berpendapata bahawa produk budaya yang dikomersialkan untuk tujuan pelancongan tetap dianggap tulen walaupun mengalami perubahan dari segi fungsi yang mengikut peredaran masa dimana fungsi yang diperkatakan adalah untuk memudahkan pelancong itu sendiri selagi ia tidak menghilangkan makna atau ciri-ciri budaya sesuatu etnik tersebut. Namun pendapat ini tidak Selari dengan pendekatan yang dikemukakan oleh Mac Cannell(1989) dimana produk budaya yang dipentaskan adalah dikatakan sebagai sudah tidak tulen. Dimana bagi Mac Cannell (1989) Produk budaya backstage adalah tulen berbanding produk budaya di frontstage. Kerana pelancong hanya di sajikan dengan lakonan ketika di frontstage dan bukanya produk budaya yang asal.

penyataan yang dikemukakan oleh cohen melalui teori constructivsmenya dapat dipergunakan terhadap produk budaya yang terdapat di mari-mari cultural village iaitu produk budaya daripada rumah model etnik murut yang memperkenalkan satu upacara ritual yang merayakan kemenangan pahlwan etnik murut iaitu dengan melompat di atas Trampoline atau bahasa tradisinya langsaran. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa produk budaya tersebut pada asalnya adalah diletakkan tinggi namun yang demikian untuk di MMCV ianya diletakkan sedikit rendah disebabkan untuk memudahkan pelancong untuk menariknya sepertimana pahlawan etnik Murut pada masa dulu.

Situasi ini di sokong oleh kajian yang dijalankan oleh Zuriatul Fadzilah Sahdan, Rosniza Anie Che dan Habibah Ahmad (2009) mengenai kajian mereka tehadap masyarakat Batek di Pahang dimana produk budaya mereka iaitu sumpit tradisional mereka yang telah dikomersialkan dan dijual kepada pelancong berubah dari segi saiz untuk memudahkan para pelancong bawa pulang namun ianya tetap mengekalkan ciri budaya masyarakat Batek tersebut. keadaan ini yang dikatakan oleh Cohen (1988) bahawa ketulenan sesuatu produk budaya dalam konteks pelancongan boleh dirundingkan kerana produk budaya yang dipentaskan pada masa sekarang ini mungkin telah mengalami perubahan dari segi warna, kaedah, fungsi dan juga bahan yang digunakan mengikut tempoh masa yang tertentu yang lama kelamaan budaya yang dipentaskan tersebut akhirnya akan dianggap sebagai sesuatu yang tulen oleh Situasi ini di sokong oleh kajian yang dijalankan oleh Zuriatul Fadzilah Sahdan, Rosniza Anie Che dan Habibah Ahmad (2009) mengenai kajian mereka tehadap masyarakat Batek di Pahang dimana produk budaya mereka iaitu sumpit tradisional mereka yang telah dikomersialkan dan dijual kepada pelancong berubah dari segi saiz untuk memudahkan para pelancong bawa pulang namun ianya tetap mengekalkan ciri budaya masyarakat Batek tersebut. keadaan ini yang dikatakan oleh Cohen (1988) bahawa ketulenan sesuatu produk budaya dalam konteks pelancongan boleh dirundingkan kerana produk budaya yang dipentaskan pada masa sekarang ini mungkin telah mengalami perubahan dari segi warna, kaedah, fungsi dan juga bahan yang digunakan mengikut tempoh masa yang tertentu yang lama kelamaan budaya yang dipentaskan tersebut akhirnya akan dianggap sebagai sesuatu yang tulen oleh

Selain itu, produk seperti makanan, peralatan tradisional, permainan, struktur model rumah lima etnik sabah di MMCV, pakaian tradisional yang dikomersialkan di MMCV merupakan produk budaya yang telah ditambah dengan nilai-nilai dan fungsi-fungsi bagi memudahkan pelancong iti sendiri dimana di setiap model rumah etnik sabah di MMCV mendapati setiap rumah akan dibina dua tangga dimana satu tangga adalah tradisional dan satu tangga moden. Di samping dapat mengekalkan ciri budaya tersebut daripada hilang makna budayanya. Fungsinya adalah untuk memudahkan pelancong untuk melawat dan satu tangga yang tradisional adalah untuk menunjukkan kepada pelancong bentuk dan ciri budaya masyarakat tersebut. Oleh kerana ianya mengalami perubahan dari segi tempoh masa terdapat satu model rumah etnik Bajau dimana tangga tradisionalnya telah diganti dengan tangga moden. Keadaan ini yang dikatakan mengikut teori Konstruktivisme (Cohen, 1988) di dalam konteks pelancongan bahawa ketulenan terhadap produk budaya boleh dirundingkan disebabkan produk budaya tersebut telah mengalami perubahan dari segi bahan yang akhirnya pelancong anggap sebagai sesuatu yang tulen dan asli.