Halangan Perlaksanaan. IMPLEMENTASI ATURAN JENAYAH MURTAD MENURUT ENAKMEN

BAB IV IMPLEMENTASI ATURAN JENAYAH MURTAD MENURUT ENAKMEN

KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 NEGERI KELANTAN A Upaya Perlaksanaan Syariat Islam Di Negeri Kelantan. Upaya perlaksanaan syariat Islam di Kelantan bermula sejak awal pemerintahan partai PAS yang memenangi mayoritas kerusi pemilihan legislatif di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kemuncak dari usaha PAS untuk memartabatkan syariat Islam ialah dengan terhasilnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 25 November 1993, setelah itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim. Sehingga kini, undang-undang ini masih belum dapat dilaksanakan dalam pentadbiran negeri Kelantan disebabkan pelaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Constitution of Federal. 116

B. Halangan Perlaksanaan.

Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan Hudud Qisas telah diluluskan oleh DUN Kelantan berbelas tahun yang lalu tetapi ironisnya 116 Anual Bakri Haron, Dkk, Pindaan Perlembagaan Kelantan Antara sensasi dan Legitimasi, kelantan: Pustaka Qamar, 2001 cet. 1, h. 91. pemerintah pusat tidak meluluskan perlaksanaan undang-undang ini karena terdapat beberapa masalah yang terkait di dalam proses perlaksanaannya. 117 Secara singkatnya akan dibicarakan beberapa masalah-masalah yang menghalang Kerajaan Negeri untuk melaksanakan undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Negeri Kelantan karena masalah-masalah tersebut: 1. Halangan Perlembagaan dan Perundangan. Dalam struktur perundang-undangan di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi konstitusi nasional adalah merupakan undang-undang dasar yang menjadi rujukan tertinggi. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang dibentuk dengan menggunakan wewenang pemerintah negara bagian, ternyata bertentangan dengan perkara 4 1 Perlembagaan Persekutuan yang jelas meletakkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, dan apa-apa yang bertentangan dengannya adalah terbatal setakat mana ia bertentangan itu. Perkara 75 Perlembagaan pula memperuntukkan bahwa undang- undang negara bagian yang bertentangan dengan undang-undang persekutuan adalah terbatal setakat mana bertentangan, dan undang-undang persekutuan terpakai di atas pertentangan itu. 118 117 Ibid, h. 7 118 Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Perlembagaan Persekutuan Constitution of Federal, Kuala Lumpur: Internasional Law Book Services, 1991 h. 313 Pertentangan dan percanggahan undang-undang negara bagian, dan persekutuan berhubung dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 ini ialah: a. Seksyen 56 2, enakmen memperuntukkan bahwa orang bukan Islam boleh membuat pilihan untuk dibicarakan kesalahan mereka dengan memperuntukkan di dalam enakmen ini di mana Mahkamah Bicara Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas akan mempunyai wewenang keatasnya apabila mereka memilih untuk berbuat demikian. 119 Peruntukkan ini bertentangan dengan undang-undang persekutuan karena Dewan Undangan Negeri hanya mempunyai wewenang untuk mengadakan undang-undang syara’ tertentu yang sebatas hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang-orang Islam sahaja. 120 b. Hukuman yang boleh dijalankan oleh Mahkamah Syariah di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 juga bertentangan dengan undang-undang sivil nasional. Hukuman rejam cambuk sampai mati untuk kesalahan zina, hukuman mati untuk pesalah murtad, 121 hukuman potong tangan untuk pesalah mencuri, hukuman potong tangan, dan kaki untuk kesalahan hirabah, hukuman sebat dari empat puluh kali hingga seratus kali untuk kesalahan minum khamar, zina dan 119 Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Perlembagaan Persekutuan Constitution of Federal, Kuala Lumpur: Internasional Law Book Services, 1991 h. 315 120 Senarai 2, Senarai Negeri, jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 Pindaan 1984 juga menyatakan Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang-orang Islam sahaja. 121 Enakmen hanya menyatakan hukuman bunuh bagi kesalahan murtad. qazaf zinaan, rampasan harta untuk pesalah murtad adalah bertentangan sama sekali dengan wewenang yang ada pada Mahkamah Syariah menurut Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 Pindaan 1984. Bidangkuasa Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 Pindaan 1984. Menurut seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 Pindaan 1984, wewenang Mahkamah Syariah menurut undang-undang negara hanya boleh mengenakan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM 5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 kali mana-mana campuran di antaranya. 122 2. Halangan Politik. Sebagaimana telah dinyatakan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri kelantan yang pemerintahnya diterajui oleh Partai Islam se-Malaysia PAS sedangkan pemerintah Malaysia diterajui oleh kelompok gabungan Barisan Nasional BN yang diketuai UMNO. 123 Perbezaan ideologi, dan pertentangan pendapat serta sejarah persaingan di dalam pemilihan umum sejak sekian lama menyebabkan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 ini dikaitkan dengan politik. 124 122 Lembaga penyelidikan undang-undang¸ akta mahkamah syariah, Kuala Lumpur: Internasional Law Book Services, 1991 h. 89 123 Wan Nik Wan Yusuf, Kelantan Dalam Pelbagai Isu Hudud, Kota Bahru: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan UPKNK, 1995, h. 33 124 Ibid, h. 34 Sejak merdeka partai utama yang memerintah Malaysia adalah UMNO United Malays Nation Organization. Gabungan UMNO, MCA, dan MIC dari pembentukkan Perikatan kepada Barisan Nasional telah menerajui pemerintah Malaysia sejak 1957 hingga sekarang. 125 Penulis menfokuskan di dalam kajian ini kepada partai UMNO sahaja karena ia merupakan sebuah partai yang dianggotai oleh bumiputera dan pemimpinnya dari dahulul hingga kini adalah orang Islam. 126 Setiap dasar, dan keputusan yang dibuat oleh UMNO akan memberi kesan kepada pemerintah Kerajaan Malaysia dalam segala perkara termasuk dalam hal perlaksanaan undang-undang Islam. Dalam kajian penulis, kenyataan pemimpin utama UMNO di dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang Islam sering berdolak dalik. 127 Pendirian Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO ketika itu 1993 jelas telah menolak Enakmen ini sebagai satu undang-undang Islam sebagaimana yang dikehendaki Syara’ dan mengklaim enakmen ini sebagai “Hudud PAS”. Di antara alasan penolakan ini ialah berprinsipkan siasah Syari’yyah, persoalan HAM, dan keadilan ditimbulkan karena hukuman 125 Ibid, h. 35 126 Ibid, h. 36 127 Ibid, h. 36 dibezakan di antara orang Muslim dan non muslim, menzalimi wanita di dalam kasus rogol, dan sebagainya 128 Undang-undang itu bukan undang-undang hudud tetapi undang-undang hudud PAS. Maka tidak mengiktiraf itu sebagai undang-undang hudud dan tidak terima ia sebagai undang-undang Islam. 129 UMNO menerima hukum hudud dalam Islam, tetapi tidak menerima hukum hudud PAS di Kelantan. Karena berpendapat bahwa undang-undang PAS cenderung kepada ketidakadilan, 130 karena hukum hudud dalam Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak, dan bukan bertujuan untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak kezaliman. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dilaksanakan di negara ini, dan mengatakan itu adalah hukum hudud Islam maka 128 ibid, h. 36 129 kenyataan Mahathir Mohammad di Kuala Lumpur, Berita Harian, 17 Mei 1994, Kerajaan tolak Kanun Jenayah Syariah II. 130 Kenyataan Mahathir Mohammad di Jitra. Berita Harian, 10 september 1994, Kerajaan bertindak jika hudud PAS zalim. Lihat Annual Bakhri Haron, Umno Tolak Hudud Kelantan: Pustaka Qamar, 2002 Cet. 1, h. 7 umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan bahwa Islam membawa keadilan untuk penganutnya. 131 Kerajaan pusat tidak mahu bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik. Kerajaan Malaysia akan terus mempertahankan ajaran, nilai-nilai Islam dan tidak membenarkan Kerajaan PAS melaksanakan suatu perkara yang bertentangan dengan prinsip keadilan. Kerajaan pusat akan mengenakan sanksi terhadap PAS jika mencoba untuk melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dalam Islam. 132 Pihak Kerajaan negeri sentiasa menjalankan sistem pemerintahan secara Islam mengikut prinsip tindakan pemerintah adalah sentiasa bergantung kepada kepentingan umum maslahat umum selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT yang diterapkan di dalam al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama, dan qias. Hukum hudud merupakan satu undang-undang yang boleh memberi keadilan yang sebenarnya. Dengan terlaksananya hukuman hudud akan terhasillah kepentingan umum karena Islam memandang maslahat umum lebih utama dijaga dari maslahat khusus individu 133 131 Annual Bakhri Haron, Umno Tolak Hudud Kelantan: Pustaka Qamar, 2002 Cet. 1, h. 7 132 Surat Daripada Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad Kepada Menteri Besar Gubernur Kelantan, Nik Abdul Aziz NIk Mat pada 15 Julai 1994. Lihat Wan Nik Wan Yussof, Keadilan asas Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, 1995 h. 7 133 Wan Nik Wan Yussof, Keadilan asas Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, 1995 h. 7 Oleh karena itu, maka terhindarlah kerosakan dan terciptalah kemuliaan. Menjaga kepentingan yaitu menjaga agama, keturunan, harta dan nyawa. 134 Keabsahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan dari segi hukum Syara’ adalah nyata seperti berikut: 1. Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan adalah berlandaskan Hukum Allah, yaitu al-Quran dan Hadis. Oleh itu undang-undang tersebut tidak boleh ditafsirkan dan didakwa suatu undang-undang yang tidak adil dan menzalimi orang-orang Islam Kelantan dan bercanggah dengan ajaran Islam. 135 2. Jika mereka mengatakan dan mendakwa bahwa Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan suatu undang-undang yang tidak adil, zalim dan bercanggah dengan ajaran Islam adalah bermakna Allah Ta’ala juga tidak adil dan zalim, karena undang-undang tersebut adalah berlandaskan hukum Allah SWT, yaitu al-Quran dan Hadis yang tidak boleh dipertikaikan keadilannya. 136 3. Diwujudkan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan adalah untuk melaksanakan undang-undang Allah SWT 137 , bukan untuk 134 Jawaban daripada Gubernur Kelantan NIk abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad, Tanggal 17 November 1994. Lihat Ibid, h. 11 135 Annual Bakhri Haron, Umno Tolak Hudud Kelantan: Pustaka Qamar, 2002 Cet. 1, h. 10 136 Ibid, h. 10 membuat undang-undang baru, karena undang-undang Allah SWT itu telah tersedia ada di dalam al-Quran dan Hadis yang tidak boleh diubah dan tidak boleh dipinda mengikut keadaan masa dan tempat. Dengan sebab itulah kezaliman tidak timbul dalam undang-undang Allah, tidak seperti undang-undang yang dicipta oleh manusia yang boleh diubah dan dipinda mengikut keperluan dan kepentingan sesuatu pihak yang tertentu. 138 4. Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan adalah selaras dengan kehendak syarak, yaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Ini telah ditegaskan oleh Imam Ghazali, maksudnya: “sesungguhnya tujuan syarak mensyariatkan agama Islam kepada umat manusia adalah mengandungi lima tujuan, yaitu menjaga agama, nyawa, akal keturunan dan harta benda.” minhaj Salihin : 607 5. Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan tidak boleh ditafsirkan dan didakwa suatu undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam karena undang-undang tersebut adalah berdasarkan al-Quran dan Hadis, di mana al-Quran dan Hadis itu adalah juga menjadi dasar ajaran Islam. 139 137 Undang-undang yang telah tersedia ada di dalam al-Quran dan Hadis, yang tidak boleh diubah dan tidak boleh dipinda mengikut keadaan masa dan tempat. 138 Ibid, h. 10 139 Ibid, h. 11 6. Jika undang-undang tersebut ditafsirkan dan didakwa oleh mereka suatu undang-undang yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah bermakna ajaran Islam itu juga bercanggah dengan al-Quran dan Hadis, karena ajaran Islam itu berdasarkan al-Quran dan Hadis juga. 140 7. Dengan sebab itulah tidak boleh ditafsirkan dan didakwa Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan bercanggah dengan ajaran Islam karena undang-undang tersebut dan ajaran agama Islam keduanya berdasarkan sumber yang sama, yaitu al-Quran dan Hadis. 141 Oleh itu tidak timbul pertentangan di antara undang-undang tersebut dengan ajaran Islam. 142 Jawatankuasa Undang-undang syariah dan hudud majlis peguam telah mengesahkan undang-undang hudud yang diluluskan oleh kerajaan kelantan pimpinan PAS pada November. Ketua, Sulaiman Abdullah, menyatakan hari ini jawatankuasa yang mengkaji Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 merumuskan bahawa ia adalah selaras dengan undang-undang Islam.” 143 140 Ibid, h. 11 141 Ibid, h. 12 142 Kenyataan Menteri Besar Gubernur Kelantan kepada Perdana Menteri Malaysia pada 17 november 1994, berjudul “ Penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Di Negeri Kelantan Darul Naim”. Lihat Anuar Bakhri Haron, Umno Tolak Hudud, kelantan: pustaka Qamar, 2002 cet. 1, h. 10. 143 kenyataan Sulaiman Abdullah di Kuala Lumpur, The New Sunday Times, 2 Oktober 1994, Undang- undang hudud versi PAS dapat persetujuan. Isu hudud mula timbul sekitar Oktober 1992, saat berlangsung kempen pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Terengganu. Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir seolah-olah membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Hudud Pidana Islam. Bertitik tolak dari kenyataan Perdana Menteri itu, pemerintah Kelantan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya, dan menyiapkan draf, dan disahkan oleh dewan Undangan Negeri kelantan. Hasil kesungguhan pemerintah Kelantan, maka perdana menteri selaku presiden UMNO telah menghantar surat amaran kepada pemerintah kelantan supaya tidak melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan, yaitu enakmen Kanun Jenayah syariah II 1993 di Negeri Kelantan, dengan dakwaan sebagai Hudud PAS. 144 Inilah kendala yang menjadi faktor besar sebab, dan kenapa perlaksanaan Islam di Malaysia khususnya di negeri Kelantan masih tidak dilaksanakan. Halangan di atas merupakan tantangan yang perlu dielakkan jika mahu Islam dilaksanakan sebagai Undang-undang yang terlaksana secara formal di negara Malaysia.

C. Penyelesaian Masalah untuk melaksanakan enakmen kanun syariah II 1993 di negeri kelantan .