Perubahan Struktur Politik Penyelesaian Masalah untuk melaksanakan enakmen kanun syariah II 1993 di negeri kelantan .

Perkara 76A, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ruang terbaik untuk menguatkuasakan enakmen ini. Justeru itu, kelulusan, dan sokongan majoriti 23 dari jumlah anggota parlemen diperlukan untuk membenarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan mempunyai kuasa yang akan ditetapkan oleh parlemen, yang mana kuasa tersebut hanya dimiliki oleh parlemen Malaysia. Setelah itu, enakmen itu hendaklah diluluskan semula oleh Dewan Undangan Negeri dengan kuasa yang telah diberikan itu untuk dilaksanakan.

2. Perubahan Struktur Politik

Partai yang memerintah negara Malaysia sekarang adalah partai UMNO. Dasar UMNO adalah Kebangsaan Melayu Nasionalisme. Perkara ini dirujuk pada Pasal 3 Perlembagaan Umno: “UMNO adalah partai proresif yang berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan.” 152 Menurut penganalisis politik Malaysia, John Funston : “boleh dikatakan UMNO hanya mempunyai satu ideologi yang jelas mengenai satu isu sahaja yaitu mengenai semangat kebangsaan Melayu.” 153 Perjuangan UMNO adalah bermatlamatkan bangsa dan jelas menunjukkan bahwa hasrat ke arah menegakkan syariat Islam tidak ada di dalam perlembagaan UMNO. Walaupun ada dakwaan daripada Ketua Biro Agama UMNO yaitu Dato’ 152 Marwan Hakim, Ideologi Politik di Malaysia,Kuala Lumpur: Antara Press, 1996, h. 18 153 Ibid, h. 21 Hamid Osman, bahwa UMNO bercita-cita menegakkan Islam dengan melaksanakan syiar Islam seperti Masjid, Bank Islam, Tabung Haji, dan lain-lain. Dakwaan seumpama ini hanya sabagai gimik polititk semata-mata karena selagi perubahan dasar tidak di buat di dalam perlembagaan UMNO selagi itulah syariat Islam tidak dapat ditegakkan oleh UMNO. UMNO mengakui bahwa proses Islamisasi merupakan perlaksanaan yang besar telah dilakukan sepanjang pemerintah UMNO. Penulis merujuk kepada pandangan para-para fuqaha’ khususnya maksud menegakkan Islam di dalam masyarakat umat Islam sebagai sebuah Negara ialah dengan terlaksananya syariat Islam secara menyeluruh. 154 Satu-satunya cara dapat melaksanakan syariat Islam di Malaysia ialah apabila berlakunya perubahan struktur politik di malaysia, yaitu: a. PAS harus memenangi pemilihan umum dan menumbangkan pemerintah yang ada sekarang dari Barisan Nasional BN yang didominasi oleh UMNO. PAS akan memenangi pemilihan umum apabila syariat Islam amnya, dan hukum hudud, qisas, takzir khasnya dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan sekolah dasar, menengah, dan perguruan tinggi pada semua lembaga pendidikan dan menjadi program materi penataran yang diadakan untuk para khatib, mubaligh, guru, dosen, da’i, politisi, wartawan media tulis, media cetak, dan sebagainya. 155 154 Ibid, h. 23 b. PAS perlu melakukan koalisi at-tahalluf as-Siyasi dengan BN untuk membentuk pemerintah campuran BN-PAS, tetapi haruslah koalisi tersebut didasari penerimaan BN untuk melaksanakan Syariat Islam Enakmen Kanun Jenayah Syariah dengan melakukan amandeman terhadap Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 76A. 156 c. Pemerintah Negeri Kelantan memohon untuk mendapatkan otonomi Daerah daripada pemerintah Malaysia di tingkat nasional. Dengan ini, pemerintah Kelantan bisa melaksanakan syariat Islam tanpa kendala dan tantangan dari pihak lain. 157

3. Penerangan Kepada Rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Kelantan khasnya.