berpendapat bahwa terdapat dua perkara penting di dalam pelaksanaan undang- undang Islam yaitu:
a. Untuk melaksanakan perintah Allah secar total di dalam kehidupan manusia bermula dari aspek ibadah khusus sehinggalah melaksanakan hukuman
kepada pesalah
97
b. Untuk mendapat rahmat, dan perlindungan dari Allah SWT terhadap negeri Kelantan yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.
98
C. Mendapatkan Persepakatan Ulama’
Jawatankuasa Hudud Qisas menyiapkan rangka draf pertama undang- undang Islam ini setelah dihalusi dan dikaji oleh jawatankuasa UU 166 untuk
menentukan keabsahan berdasarkan al-Quran, Hadis, dan Ijma’ Ulama’. Setelah dipastikan keabsahannya, beberapa salinan telah dibuat untuk dihantar kepada
beberapa pihak yang terdiri dari ahli-ahli akademik, dan tokoh-tokoh agama untuk dikenalpasti jika terdapat sebarang kesilapan, dan kesalahan dalam draf undang-
undang tersebut. Setelah menerima teguran, beberapa pindaan telah dibuat untuk memastikan undang-undang tersebut sempurna dan mengikut kehendak hukum
syara’ sepenuhnya, dan pandangan ulama’ fiqih yang muktabar. Draf undang- undang yang telah dipinda itu telah dihantar sekali lagi kepada pakar untuk
disahkan, dan dipersetujui.
99
97
Ibid, h. 12
98
Ibid, h. 13
Setelah dipersetujui oleh jawatankuasa Hudud Qisas dan disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 1992, ia telah dihantar kepada Mufti Kerajaan
Negeri Kelantan untuk disemak oleh Jemaah Ulama’, Majelis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan. Setelah disemak, Mufti Kerajaan negeri
Kelantan telah membuat pengesahan dalam salah satu surat perakuan pada tanggal 17 januari 1993 kepada Jawatankuasa Hudud Qisas bahwa peruntukkan
di dalamnya adalah selaras, dan tidak bercanggah dengan hukum Syara’.
100
Setelah perbincangan terakhir di peringkat Jawatankuasa UU 166 dipersetujui,
draf undang-undang ini telah dipersetujui untuk dimajukan ke peringkat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri EXCO Kerajaan Negeri Kelantan untuk
mengajukannya ke Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi tujuan untuk dibahas, dan diluluskan.
101
Draf undang-undang yang disiapkan ini telah dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Ia adalah amandeman dari Enakmen Kanun Jenayah
Syariah I 1985 yang hanya mengandung perkara yang berkaitan Ahwal Syakhsiah
seperti nikah, cerai, rujuk, hukum kewarisan, dan perwakafan sahaja.
102
99
Anual Bakri Haron, Dkk, Pindaan Perlembagaan Kelantan Antara Sensasi dan Legitimasi, Kelantan: Pustaka Qamar, 2001 Cet. 1, H, 55
100
Ibid, h. 55
101
Ibid , h. 61
102
Ibid, h. 63
D. Isi Kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II