Perubahan Perlembagaan Penyelesaian Masalah untuk melaksanakan enakmen kanun syariah II 1993 di negeri kelantan .

Berdasarkan hasil penilitian di atas, masalah yang menjadi kendala perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, maka penulis memberikan saranan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang berlaku

1. Perubahan Perlembagaan

Jika dilihat kepada peruntukkan Perkara 4, Perkara 75, dan jadwal kesembilan maka nyatalah bahwa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, dan tidak sah untuk dilaksanakan akibat pertentangan ini. Inilah yang menyebabkan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 ini ditangguhkan sehingga ke hari ini. Bagi menjamin perlaksanaannya, maka pindaan kepada Perlembagaan Malaysia, dan Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Syariah 1965 Pindaan 1984 perlu dibuat. 145 Perkara 11, perkara 13, senarai 2, jadual kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, dan seksyen 2, akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa syariah 1965 pindaan 1984 perlu dipinda agar selaras dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Perkara 4, dan perkara 75 Perlembagaan adalah tidak perlu dipinda jika peruntukkan di atas telahpun dipinda. 146 145 Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, Petikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan: Telda Corporation Sdn. Bhd, 1994 cet. 1, h. 15 146 Ibid, h. 16 Jika Perlembagaan Persekutuan tidak mahu pinda, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 tetap boleh dilaksanakan dengan peruntukkan perkara 76 atau 76A, Perlembagaan Persekutuan. 147 Perkara 76 1 C membenarkan Parlemen Malaysia membuat apa-apa perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri dengan permintaan mana-mana Dewan Undangan Negeri. Perkara 76A pula memperuntukkan bahwa parlemen boleh memberi wewenang kepada Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang- undang yang biasanya hanya boleh dibuat oleh parlemen tetapi setakat mana yang dihadkan oleh parlemen khas untuk enakmen hudud. Undang-undang yang diperbuat melalui kuasa yang diberi oleh perkara 76A ini tidak akan terjejas walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara Malaysia. Undang- undang negeri itu akan terpakai walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara Malaysia. Undang-undang negeri itu akan terpakai walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara. Untuk itu peruntukkan di dalam perkara 75, Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berlaku, begitu juga pertentangan dengan seksyen 2, akta Mahkamah syariah Bidangkuasa jenayah 1965 pindaan 1984 adalah tidak memberi kesan. 148 Justeru itu peruntukkan di dalam Perkara 76A adalah jalan yang terbaik jika dibandingkan dengan peruntukkan di dalam Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Jika peruntukkan di dalam perkara 76A digunakan, ia masih sukar dilaksanakan karena ia memerlukan kepada penafsiran semula senarai 2, jadwal 147 Ibid, h. 20 148 Ibid, h. 22 kesembilan, dan pindaan kepada perkara 11, dan perkara 13, Perlembagaan Persekutuan serta Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa jenayah 1965 pindaan 1984. Perkataan ‘termasuklah’ di dalam ayat “...........termasuklah hukum Syarak berhubung mewarisi harta......” 149 di dalam senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan perlulah dibezakan dengan perkataan ‘hendaklah artinya. 150 Perkataan ‘termasuk’ adalah ungkapan yang meluaskan, sedangkan perkataan ‘hendaklah artinya’ adalah ungkapan yang menyempitkan makna sesuatu perkataan. Perkara 74 4 menjelaskan lagi persoalan ini dengan mengatakan, jika perbahasan awal itu adalah dengan tujuan meluaskan umum maka penyempitan makna terkemudian itu tidak akan membatalkan perluasan makna asal itu. Justeru itu, jika definisi ini diterima pakai, maka peruntukkan di Senarai 2, Jadual Kesembilam yang menspesifikasikan Hukum Syarak boleh dibuat oleh Dewan Undangan Negeri adalah tidak menyempitkan perkataan ‘termasuklah’ tersebut. Oleh itu, enakmen adalah menepati kehendak Jadual Kesembilan. Namun begitu peruntukkan di perkara 11, 13, dan Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah 1965 Pindaan 1984 tetap perlu dipinda karena masih bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 151 149 Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Akta Mahkamah Syariah, Loc. Cit. 150 Ahmad Ibrahim, Perlaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia Dalam Bengkel Eksklusif Penjelasan Kanun Jenayah Syariah, Kuala Lumpur, 25 Januari 1994 151 Ahmad Ibrahim, Perlaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia Dalam Bengkel Eksklusif Penjelasan Kanun Jenayah Syariah, Kuala Lumpur, 25 Januari 1994 Perkara 76A, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ruang terbaik untuk menguatkuasakan enakmen ini. Justeru itu, kelulusan, dan sokongan majoriti 23 dari jumlah anggota parlemen diperlukan untuk membenarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan mempunyai kuasa yang akan ditetapkan oleh parlemen, yang mana kuasa tersebut hanya dimiliki oleh parlemen Malaysia. Setelah itu, enakmen itu hendaklah diluluskan semula oleh Dewan Undangan Negeri dengan kuasa yang telah diberikan itu untuk dilaksanakan.

2. Perubahan Struktur Politik