Pembatasan dan Perumusan Masalah. Tujuan dan Manfaat penelitian

Berdasarkan kajian dan penilaian yang dibuat, enakmen ini adalah suatuenakmen yang amat penting untuk menjadi titik tolak kepada perlaksanaan hukum Islam secara keseluruhannya hudud, qisas, dan takzir di Malaysia, yang selama ini hanya tertumpu kepada hukum kekeluargaan, kewarisan, dan wakaf Ahwal Syakhsiyyah sahaja, justeru itu semua pihak terutamanya yang beragama Islam seharusnya memainkan peranan untuk menjayakannya. Jika terdapat sedikit kelemahan maka ia tidak seharusnya menjadi satu alasan untuk menolak keseluruhan hukum itu, akan tetapi usaha-usaha haruslah dicari untuk mengatasi kelemahan itu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan akta mahkamah Syariah bidangkuasa Jenayah 1965 pindaan 1984 haruslah dinilai semula untuk memberikan laluan kepada pelaksanaan enakmen ini di Kelantan. Untuk itu di dalam skripsi ini, penulis akan membahaskan tentang Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negara Bagian Kelantan, dari sudut perlembagaan , dan perundangan serta politik, serta akan membahaskan cadangan penyelesaian bagi membolehkan ia dilaksanakan berdasarkan pandangan pakar politik, dan hukum di Malaysia. Dengan demikian penulis memilih judul “IMPLEMENTASI ATURAN JENAYAH MURTAD MENURUT ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN”.

B. Pembatasan dan Perumusan Masalah.

1. Pembatasan Masalah Terdapat pelbagai permasalahan yang di bahas dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Di Negeri Kelantan, antaranya adalah seperti berikut: 1. Jenis-jenis kesalahan hudud, kesalahan-kesalahan hudud adalah seperti Sariqah mencuri, hirabah merompak, zina melakukan persetubuhan haram, qazaf membuat tuduhan bahwa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi, syurb meminum arak atau minuman yang memabukan dan murtad keluar dari agama Islam. 2. Qisas adalah kesalahan-kesalahan yang menyebabkan kematian manusia dan menyebabkan kecederaan badan. Agar pembahasan skripsi ini menjadi lebih terfokus, tersusun dengan sistematis dan terarah, maka penulis membatasi lingkup permasalahan dengan pembatasan masalah Jenayah Murtad. 2. Rumusan Masalah Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Neger Kelantan, tetapi ianya tidak dapat dijalankan karena telah dihalang Kerajaan Persekutuan melalui satu arahan rasmi yang dikeluarkan oleh perdana Menteri kepada Menteri besar Negeri kelantan. Agar tidak adanya pembahasan yang melebar sehingga menimbulkan kerancuan serta kesalah pahaman dalam penulisan ini, maka penulis merumuskan masalah yang menjadi pokok pembahasan dalam penulisan ini sebagai berikut: 1. Apa itu Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan? 2. Apa Saja usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan negeri Bagian Kelantan dalam upaya pelaksanaan Syariat Islam, khususnya bagi melaksanakan Kanun Jenayah syariah II 1993 negeri Kelantan? 3. Apa saja Halangan perlaksanaan oleh Undang-undang Perlembagaan Malaysia, dan bagaimanakah cara penyelesaiannya?

C. Tujuan dan Manfaat penelitian

Sehubungan dengan masalah-masalah yang telah dijelaskan di atas,maka penelitian ini mempunyai tujuan untuk menyelesaikan dan mencari jawaban atas masalah-masalah tersebut dengan upaya sebagai berikut: 1. Untuk menjelaskan Apa itu Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan. 2. Untuk mengetahui Usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negara Bagian Kelantan dalam upaya perlaksanaan Syariat Islam, khususnya bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan. 3. Untuk mengukur sejauhmana tantangan dan halangan perlaksanaan Syariat Islam oleh pemerintah Malaysia khusus di Negara bagian Kelantan Darul Naim dan apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi kendala yang menghalang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Negeri Kelantan. Seterusnya, manfaat yang dapat dikutip dari penelitian ini antara lain adalah sebagai berikut: a. Memberikan informasi kepada umum tentang murtad yang boleh merosakkan aqidah umat Islam khususnya di Malaysia dan di Indonesia umumnya. b. Sumbangan kepada masyarakat dalam memberi pemahaman implementasi aturan Jenayah Murtad menurut Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Di Negeri Kelantan. c. Sebagai tambahan bagi khazanah wacana keilmuan di Malaysia

D. Metode Penelitian