4.  Lampiran  Enakmen  Undang-undang  Kanun  Jenayah  syariah  II  1993  hukum hudud.
113
4.1 Enakmen undang-undang kanun jenayah syariah II 1993 hukum hudud Negeri
Kelantan. 4.2 Rancangan undang-undang kanun jenayah syariah II 1993.
4.3 Susunan fasal-fasal 4.3.1 Fasal
Fasal
1. tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
2. tafsiran
3. jenis-jenis kesalahan
BAHAGIAN I Kesalahan- kesalahan hudud.
4. Jenis-jenis kesalahan hudud.
5. Sariqah.
6. Hukuman karena melakukan sariqah.
7. Bilakah hukuman Hudud tidak boleh dikenakan.
8. hirabah
9. Hukuman hirabah.
113
Dasar-Dasar  Kerajaan  Negeri  Kelantan  Darul  Naim,  Kelantan:  Pusat  Kajian  Strategik Jilid 1, H. 20
10. Zina.
Fasal
11. Hukuman zina.
12. Qazaf.
13. Hukuman qazaf.
14. Al-li’an.
15. Akibat Li’an
16. Liwat.
17. hukuman liwat.
18. Membuktikan liwat.
19. Musahaqah.
20. Ittiyan almaitah.
21. Ittiyan albahimah.
22. Syurb.
23. Irtidad atau murtad.
23.  1    Irtidad  ialah  apa-apa  perbuatan  yang  dilakukan  atau  perkataan  yang disebutkan  oleh  seorang  Islam  yang  mukallaf  yang  mana  perbuatan  atau
perkataan  itu  mengikut  hukum  syarak  adalah  menjejaskan  atau  berlawanan dengan aqidah Islam:
Dengan syarat bahwa perbuatan yang dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat dengan sukarela dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa
atau oleh keadaan.
2    Perbuatan-perbuatan  atau  perkataan-perkataan  yang  menjejaskan  aqidah itu  adalah  perbuatan-perbuatan  atau  perkataan-perkataan  mengenai  atau  bersabit
dengan  perkara-perkara  asas  yang  dianggap  mesti  diketahui  dan  dipercayai  oleh tiap-tiap orang-orang islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun
iman dan perkara-perkara halal dan haram 3  Sesiapa yang disabitkan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman
keatasnya  dikehendaki  oleh  mahkamah  supaya  bertaubat  dalam  tempoh  yang tidak kurang dari tiga hari setelah dia didapati bersalah.
4 Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih berterusan dengan pendiriannya terhadap  perbuatan  yang  dilakukan  atau  perkataan  yang  disebutkan  itu,  maka
mahkamah  adalah  mengisytiharkan  hukuman  bunuh  ke  atasnya  dan memerintahkan  supaya  hartanya  samada  diperolehi  sebelum  atau  selepas  dia
melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi baitul mal: Dengan  syarat  bahwa  sekiranya  dia  bertaubat  samada  sebelum  dijatuhkan
hukuman bunuh ke atasnya atau selepas dijatuhkan hukuman itu, maka hendaklah dia terlepas dari  hukuman  bunuh dan  hartanya  yang dihukum rampas  hendaklah
dipulangkan  kepadanya,  dan  dia  hendaklah  dikenakan  sanksi  penjara  selama
tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
114
Perlaksanaan  Enakmen  Kanun  Jenayah  Syariah  II  1993  ini  hanyalah melibatkan  masyarakat  muslim  sahaja.  Masyarakat  non-Muslim  akan  diberikan
114
Dasar-Dasar  Kerajaan  Negeri  Kelantan  Darul  Naim,  Kelantan:  Pusat  Kajian  Strategik Jilid 1, H.19.
pilihan  untuk  memilih  Enakmen  Kanun  Jenayah  Syariah  II  1993  ini  ataupun undang-undang sivil yang sedia ada.
Bagi  kasus  yang  melibatkan  non-muslim  melakukan  kekerasan  dan penganiayaan  kepada  masyarakat  muslim  seperti  ini  akan  diserahkan  kepada
pihak  mangsa  untuk  memilih  undang-undang  mana  yang  akan  dipakai  kepada mangsa  bagi  dikenakan  sanksi  pidana  kepada  pelaku.  Ini  karena  dengan
terlaksananya  Enakmen  Kanun  Jenayah  Syariah  II  1993  ini,  maka  konsep dualisme undang-undang akan berlaku di negeri Kelantan.
115
115
Abdul  Hadi  Awang,  Islam  Yang  Memerintah  Berbeza  Dengan  Islam  Yang  Diperintah Majalah I,
bil 15, Januari 2004 h. 26
BAB IV IMPLEMENTASI ATURAN JENAYAH MURTAD MENURUT ENAKMEN
KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 NEGERI KELANTAN
A Upaya Perlaksanaan Syariat Islam Di Negeri Kelantan.
Upaya perlaksanaan syariat Islam di Kelantan bermula sejak awal pemerintahan partai  PAS  yang  memenangi  mayoritas  kerusi  pemilihan  legislatif  di  Dewan
Undangan  Negeri  Kelantan.  Kemuncak  dari  usaha  PAS  untuk  memartabatkan syariat Islam ialah dengan terhasilnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993
yang telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 25 November 1993, setelah itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan  Kelantan  Darul  Naim.  Sehingga  kini,  undang-undang  ini  masih  belum dapat
dilaksanakan dalam
pentadbiran negeri
Kelantan disebabkan
pelaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Constitution of Federal.
116
B. Halangan Perlaksanaan.
Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan Hudud  Qisas telah  diluluskan  oleh  DUN  Kelantan  berbelas  tahun  yang  lalu  tetapi  ironisnya
116
Anual Bakri Haron, Dkk, Pindaan Perlembagaan Kelantan Antara sensasi dan Legitimasi, kelantan: Pustaka Qamar, 2001 cet. 1, h. 91.